31 Dis 2022

Pantun oleh ZurinahbHassan

 PERBUALAAN PANTUN.


Sebuah pantun mesti mengandungi tiga komponen iaitu:

1.Pembayang

2.Maksud

3.Rima

Ketiga perkara di atas adalah syarat sah sesuatu puisi itu dinamakan pantun atau yang membezakan pantun daripada puisi yang lain.

 PEMBAYANG 

Pembayang pantun mestilah mematuhi ciri-ciri seperti di bawah. 

1.Mempunyai wacana yang berbeza daripada maksud

2.Baris pertama berima dengan baris ketiga dan baris kedua berima dengan baris keempat

Apakah yang dimaksudkan dengan “mempunyai wacana yang berbeza daripada maksud”?. Ada yang masih keliru dengan keperluan “pemisahan wacana” ini. Ia bermaksud baris pertama dan kedua (iaitu baris pembayang) memperkatakan hal atau kisah yang lain daripada baris ketiga dan keempat (baris maksud). Baris pertama dan kedua memerikan cerita dan citra yang sama sekali berlainan daripada cerita dan citra dalam baris ketiga dan ketiga. Sebagai contoh cuba lihat pantun di bawah:

Dua tiga kucing berlari,

     Manakan sama si kucing belang;

Dua tiga boleh kucari,

      Manakan sama tuan seorang.


Baris pertama dan kedua dalam pantun membawa cerita yang terpisah daripada cerita pada baris seterusnya.  Baris pertama dan kedua memperkatakan tentang kucing yang berlari, sedangkan baris ketiga dan keempat bercerita tentang kekasih hati yang sudah pasti seorang insan, bukannya kucing. 

Kalau ada sumur di bendang,

   Boleh kita menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

     Boleh kita berjumpa lagi. 


Dalam pantun yang kedua, baris pertama dan kedua adalah perihal sumur dan orang yang berharap dapat mandi di sumur manakala baris ketiga dan keempat menyentuh tentang harapan untuk bertemu lagi jika sama-sama dipanjangkan umur. Inilah yang dimaksudkan dengan mempunyai wacana yang berlainan bukan perkara atau benda yang sama. 

Kadang-kadang ada rangkap yang ditulis empat baris tetapi  tidak mempunyai pembayang. Wacana dari baris satu hingga empat adalah sama, iaitu memperkata tentang perkara yang sama.  Rangkap seperti ini bukanlah pantun.  Contoh: 

Dengarlah anak ini nasihat

Buat kerja bersungguh-sungguh

Semoga bahagia dunia akhirat

Solat yang wajib jangan ditangguh


Rangkap ini mempunyai satu cerita sahaja, iaitu tentang berbuat baik. Ia berisi nasihat seorang ayah kepada anaknya supaya bekerja bersungguh-sungguh,  jangan menangguhkan solat demi mengharap kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh kerana tiada elemen pembayang, maka ia bukanlah pantun walaupun rangkap ini berima abab.

29 Dis 2022

Memori Akhir ke PPUM














 

Perkongsian dari FB

 EGO TAK BOLEH BUAT KAU BAHAGIA


Susah nak buang ego? Ego buat kau terseksakan?Kau boleh je ego, tapi biarlah bertempat. Jangan biar ego menguasai diri kau, sampai kau terseksa. Kerana ego, kau banyak melukakan hati seseorang. Perkataan lain bagi ego ialah takabbur. Menurut hadis: Takabbur itu menolak kebenaran dan merendahkan manusia~Riwayat Muslim.


Orang kalau dah ego, salah dia depan mata pun dia tak nak mengaku. Rasa bagi dia perkataan "maaf" tu haram untuk di sebut. Bila sesuatu terjadi, ringan jari kau menuding salah pada orang lain. Laju jugak mulut kau pertahankan diri sendiri. Kawan, jangan ego!. Ego sentiasa mahu tunjuk betul dan menang dalam banyak perkara. 


Jangan ego sangat. Kerana ego hancurlah sebuah hubungan. Kerana ego jugalah, insan yang dahulunya rapat kini tak bertegur sapa. Takziah buat yang ego!. Kemarahan seseorang manusia hanyalah 4 minit dan selebihnya adalah ego. Bila seseorang menasihati kau dan kau terasa dengan perbuatan itu, kau sebenarnya ada masalah ego.


Selagi kau boleh baiki kau baiki. Ego tak boleh buat kau bahagia. Dan ego jugak akan buat hidup kau menyesal. Jika maaf tu menzahirkan bahagia, mohonlah maaf. Jika maaf itu mencambahkan gembira, maafkanlah segalanya. Ego hati itu tak kemana, kerana kita semua adalah pendosa.


Ego ini selalunya ada pada orang yang tak matang. Orang lain asyik kena faham dia. Dia ajelah yang betul. Semua kena ikut cara dia. Respect kat orang yang mengalah lepas itu minta maaf. Lagi okey dari yang tak nak mengalah, asyik dia je nak menang. Orang yang mula minta maaf dulu ni bukan bermakna dia kalah. Sebenarnya, dialah pemenang. Menang dalam melawan ego diri sendiri.


Tanda kau dah matang, orang kutuk kau, mengata kau macam mana pun, kau dah tak ambil kisah. Sebab kau tahu, tak faedah pun nak sentap dengan orang macam tu. Anjing menyalak lama-lama dia diam jugak. Bila kau mengalah dalam sesuatu pergaduhan yang kau tak salah, itu bukan bermakna engkau lemah. Tapi membuktikan yang kau dah matang. Kita pun tak sentiasa betul. Memberi maaf saja tak cukup, kadang kena jugak sedar diri yang kita ni tak semestinya betul. Cubalah mintak maaf pulak.





Maaf sejukkan hati. Bila kita salah, turunkan ego. Buang ego tu. Tak susah pun mengaku salah dan minta maaf. Hanya dengan perkataan maaf, boleh sejukkan banyak hati. Matang itu tak di ukur dengan berapa banyak umur kita sekarang. Tapi ianya di ukur dengan berapa kerap kita sabarkan diri, ketika segala yang kita minta, mula tidak munculkan diri.

15 Dis 2022

Bersabar dengan Ujian Allah- Rohana Saad FB


 UJIAN ADALAH TARBIYAH ALLAH


Sahabat,

Ingatlah.. ALLAH menguji kita setakat kemampuan kita dan tidak melebih daripada itu. Mungkin, ALLAH menguji kita kerana ALLAH rindu akan rintihan kita kepadaNya yang telah lama sepi dan mungkin juga ALLAH ingin menguatkan lagi iman kita yang semakin hari semakin goyah.


“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)


Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah.

(HR. Al-Baihaqi)


Kadang-kadang kita dah banyak berdoa tetapi ALLAH belum makbulkan apa yang kita impikan, itu tandanya ALLAH menyayangi kita kerana ALLAH tahu kita akan setia berdoa kepadaNya dan mengingatiNya. Sahabat, kalau sekali kita berdoa terus ALLAH bagi, takut-takut selepas itu kita dah lupakan ALLAH semakin jauh dariNya.


Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi ALLAH. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi ALLAH ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.


Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi ALLAH. Orang yang tidak dikasihi ALLAH dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi ALLAH dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan ALLAH kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian ALLAH dia akan dibenci ALLAH.

14 Dis 2022

Perkongsian dari Fb Rohana Saad- Siri Muhasabah Diri

 


DAHULUKAN ISTIGHFAR SEBELUM EMOSI


Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik manusia pasti ada kurangnya. Sejahat-jahat manusia pasti ada baiknya. Jangan cepat marah dan cepat benci. Berwaspadalah dengan buruk sangka kerana buruk sangka adalah seburuk-buruk perkataan dusta. Hati kadang salah menduga, mulut kadang salah berkata.Telinga salah mendengar. Dahulukan dengan istighfar sebelum emosi.


Jangan pernah tinggal 5 perkara:

1. Solat walau sibuk, 

2. Sedekah walau sempit,

3. Senyum walau sedih,

4. Sangka baik walau pahit,

5. Silatulrahim walau kecewa.


Yakinlah!, semua perkara ini pasti memudahkan urusan kita di Akhirat nanti. Tenanglah wahai diri, lupakanlah apa yang telah menyakitkan hati dan teruslah istiqomah ke jalan yang ditetapkan olehNya. Bersabarlah apabila diri dibenci atau disakiti, walaupun dalam hati berdarah.. rahsia dihati tiada siapa yang tahu. Bila banyak yang menyakitimu, itu tandanya kamu orang yang baik. Ingat!..hanya pohon berbuah manis yang dilempari batu.


Kebencian hanya merugikan diri sendiri, tersenyumlah ketika disakiti. Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tegar dan damai. Setelah terlukai, pohon tak pernah menunggu parang untuk terus tumbuh. Berterima kasihlah kepada orang yang telah menyakitimu, kerana sesungguhnya dia telah membuatmu bertambah kuat dan dewasa. Kalau kita tak buat salah, jangan takut. Kalau kita tak buat jahat jangan bimbang. Biarlah orang nak menuduh, nak mengata kita. Kebenaran pasti akan muncul nanti. Percayalah.

11 Dis 2022

Kalander awsi persekolahan. 2023/2024

 


Selamat berpindah ke tempat baharu Cikgu Fawarni













 

Perkongsian Rencam kehidupan

KESALAHAN SEHALUS KUMAN DI UNGKIT

Kita tersungkur lagi, tersungkur dek rencah Dunia yang pelbagai ragam. Erti kata lain, kita dah penat. Apa yang kita penatkan? Kita penat menjaga hati manusia. Sedangkan sebelum ni sakitnya belum pulih lagi. Penat dah bersabar. Lelah dah bertahan. Terlalu banyak dah mengalah. Kalau kita lepas cakap tak jaga hati orang pasti akan dibenci dan terputus silaturahim. Islam tidak benarkan kita putus silaturahim. Pendamlah kita sorang perasaan, semoga kita tak meletup akibat terlalu lama terpendam. Kita berbuat baik dengan orang lain sedang kejahatan mereka yang dikembalikan kepada kita. Kita saja yang perlu menjaga hati dan perasaan orang lain.

Jujur, kita dah penat menjaga hati orang lain. Penatnya hanya ALLAH yang tahu. Penat sembunyikan kesedihan demi orang lain, yang entah fikir juga tentang perasaan kita atau pun tidak. Di hadapan orang, kita berlagak dengan senyuman yang seolah-olah kita tidak dihujani dengan pelbagai ragam manusia. Hakikatnya, sakit kerana terlalu lama kita menipu diri sendiri. Ya sakit sangat! Itulah yang kita rasa dari dulu sehingga kini. Tidak layakkah kita untuk rasa dihargai walaupun seketika? Penat memikirkan jalan penyelesaian ini, yang kadang-kadang membuatkan badan kita menjadi lemah. 

Ya, hanya ALLAH tempat kita mengadu akan perkara ini. Kerana ALLAH kita masih kuat untuk menjaga hati mereka.. Kita pendam. Pendam sehingga memakan diri. Sukar untuk kita meluahkan rasa kecewa ini terhadap mereka. Ye, kita sayangkan mereka. Kita tak nak mereka terasa hati dengan kata-kata kita. Sebab itu kita memilih untuk pendam. Melihat mereka bahagia, kita juga turut gembira walaupun hakikatnya hati di dalam tidak tersenyum seperti indahnya senyuman di bibir ini. Dunia ini benar benar tidak adil. Tak pernah tunjuk rasa kecil hati atau apa apa sebab mereka tak tahu. Kita setia bersama mereka walau dalam susah dan senang. Banyak jenis manusia yang fikir diri sendiri je.




 

10 Dis 2022

Perkongsian dari FB Pn Rohana Saad

 LEMBUT HATI CEPAT KESIAN KAT ORANG


Bila dah matang baru faham kenapa orang cakap jangan terlalu baik sangat. Baik berpada-pada, jahat jangan sekali. Biasalah tu adat manusia. Manusia sering lupa untuk berterima kasih apa orang berbuat baik pada mereka. Tetapi mereka tidak akan pernah lupa untuk menyalahkan kita apabila bersalah pada mereka. Don't expect too much bila kau buat baik, orang balas baik. Kau salah. Buat baik macam mana pun, tak mustahil dia akan pijak kepala kau dalam diam. Kadang dalam hidup ni kena selfish jugak. Jujur sangat kena tipu. Bila diam, dilayan macam orang bodoh. Bila sabar dipandang lemah. Ada tempat kita perlu lembut. Ada tempat kita kena tegas. 


Selagi orang berlembut dengan kita jangan ambil kesempatan. Don't ever take someone for granted. Manusia ni time dia perlu kau je, dia baik. Dia ingat, dia cari.. dah jumpa yang lain terus blah. Manusia macam ni memang ada, bersepah!. Lepas ni, jangan bagi muka sangat pada orang yang dah sakitkan hati kau. Kau kena lawan bila rasa diri tu terlalu di rendahkan. Kadang takde niat pun nak kurang ajar dengan orang. Tapi ada setengah orang yang jenis fikir diri dia sendiri je. Kebaikan kita tabur orang balas dengan kejahatan. Kadang-kadang rasa dendam kat orang, dendam kat manusia yang selalu pijak kepala orang untuk kepentingan diri.


Susah nak faham dengan rata-rata perangai manusia. Kadang-kadang boleh baca apa yang tersirat kat hati kadang tu tidak. Pada kita mungkin niat membantu, pada orang mungkin niatnya nak menganiaya kita. Senang kata, tepuk dada tanya la hati, perlukah menjadi bodoh sentiasa dipergunakan, atau menabur kebaikkan tanpa mengira apa yang akan jadi. Mungkin sebab kita ni jenis lembut hati, buat la apa pun, dorang mesti kata takpe tapi kita la yang sakit hatinya bila terkenangkan apa yang orang buat kat kita. Hati kita, kita yang tentukan, hati manusia, susah nak tau apa isinya. Semoga mereka-mereka yang menganiaya terima la balasan setimpal atas apa yang mereka buat kat kita. Manusia ni memang kompleks. Sangat menakutkan kalau kita tahu segala intention manusia dekat muka bumi ni. 


Berpada-pada buat kebaikan, manusia yang tinggi kesabaran, tinggi darjat di mata ALLAH. Kalau kita layan marah kita, syaitan lagi suka. Banyakkan berdoa agar tak ada orang yang sakiti kita. Tapi kita manusia biasa, mesti kadang-kadang melenting juga bila ada orang buat jahat kat kita. Apa pun kita kena sabar. Setiap perbuatan samada baik atau buruk tetap akan dibalas, samada cepat atau lambat, di Dunia atau di Akhirat, ALLAH yang tentukan. Paling penting, kita sebagai penentu hati dan pembuat keputusan perlu lebih berhati-hati dalam sesuatu tindakan. Kalau boleh, pertolongan yang dihulurkan jangan sampai memudaratkan diri.

Catatan FB Cikgu Rohana Saad

 SEHARUSNYA REHAT BAHAGIAKAN DIRI 


Kembalikan dirimu sebagai seseorang yang luka dihati telah sembuh. Sebagai seseorang yang kepingan hati telah kembali utuh. Kembali fokus dan lakukan segala sesuatu untuk tujuan baik. Jalani hidup ini untuk masa depanmu, bukan untuk bagaimana mereka memandangmu. Biarkan kehadiranmu bukan hanya dilihat, tapi juga dirasakan. Kau terlalu banyak berkorban, mungkin hari ini kau seharusnya rehat dan membahagiakan dirimu sendiri.


Tidak perlu di ceritakan pada mereka, betapa kau harus bertatih, jatuh bangun, lari dari kejaran bayang-bayangmu. Tentang betapa kau harus berdebat hebat dengan hatimu untuk terus melangkah atau menyerah. Tentang kau harus sanggup walau sebenarnya berat. Tinggalkan trauma dan lepaskan semua luka. Semoga setelahnya kau temui bahagia.


Betapa banyak kenikmatan tercipta di balik bencana dan kebahagian dari berulang-ulangnya musibah. Bersabarlah atas semua apa yang menimpamu, kerana semua kejadian akan ada akhirannya. Semua kesempitan akan diakhiri dengan kelapangan. Dan semua kesedihan akan di akhiri dengan kebahagian. 


Semakin bertambah umur, semakin ingin menyembunyikan cerita hidup sendiri. Kehidupan senyap ini menyenangkan. Menangis waktu solat is the best feeling ever. Bila kau mengadu pada ALLAH. Hati kau akan rasa tenang. It's work. Rasa tenang dan jauh dari segala masalah. Hidup tak ingin ribut dengan orang lain dan menginginkan kedamaian. Biar mengalah, asal kita menang dalam diam. Biar mengalah, asal kita tidak melukai sesiapa pun. Diam dan tenang itu simbul kemenangan.