14 Dis 2022

Perkongsian dari Fb Rohana Saad- Siri Muhasabah Diri

 


DAHULUKAN ISTIGHFAR SEBELUM EMOSI


Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik manusia pasti ada kurangnya. Sejahat-jahat manusia pasti ada baiknya. Jangan cepat marah dan cepat benci. Berwaspadalah dengan buruk sangka kerana buruk sangka adalah seburuk-buruk perkataan dusta. Hati kadang salah menduga, mulut kadang salah berkata.Telinga salah mendengar. Dahulukan dengan istighfar sebelum emosi.


Jangan pernah tinggal 5 perkara:

1. Solat walau sibuk, 

2. Sedekah walau sempit,

3. Senyum walau sedih,

4. Sangka baik walau pahit,

5. Silatulrahim walau kecewa.


Yakinlah!, semua perkara ini pasti memudahkan urusan kita di Akhirat nanti. Tenanglah wahai diri, lupakanlah apa yang telah menyakitkan hati dan teruslah istiqomah ke jalan yang ditetapkan olehNya. Bersabarlah apabila diri dibenci atau disakiti, walaupun dalam hati berdarah.. rahsia dihati tiada siapa yang tahu. Bila banyak yang menyakitimu, itu tandanya kamu orang yang baik. Ingat!..hanya pohon berbuah manis yang dilempari batu.


Kebencian hanya merugikan diri sendiri, tersenyumlah ketika disakiti. Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tegar dan damai. Setelah terlukai, pohon tak pernah menunggu parang untuk terus tumbuh. Berterima kasihlah kepada orang yang telah menyakitimu, kerana sesungguhnya dia telah membuatmu bertambah kuat dan dewasa. Kalau kita tak buat salah, jangan takut. Kalau kita tak buat jahat jangan bimbang. Biarlah orang nak menuduh, nak mengata kita. Kebenaran pasti akan muncul nanti. Percayalah.