29 Jul 2012

Langit Ungu

Pernahkah anda melihat fenomena langit berwarna ungu? Mungkin ada yang mengatakan ia sebagai satu fenomena yang dikenali dengan nama Aurora dan tentunya sudah banyak diketahui orang. Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh Matahari. Namun ini adalah fenomena langit ungu bukan Aurora. Fenomena sangat jarang ditemui ini terjadi di langit Essex, Inggeris. Fenomena di mana zarah dari matahari menyebabkan langit berwarna hijau atau merah memang kerap ditemui di Norway atau utara Skotalandia.


Namun, pemandangan sangat jarang ditemui di mana langit berubah menjadi ungu terjadi di selatan Inggeris. “Pada mulanya saya tak menyangka akan melihat pemandangan ini. Saat itu benar-benar menakjubkan dan saya tak tahu apa dapat melihatnya lagi di kehidupan saya. Saya sangat senang melihat hasil gambar yang saya ambil saat itu” kata jurugambar Petet Scott (43) yang berjaya melihat fenomena ini di luar bandar. Saat itu, Peter menggunakan kamera Canon DSLR 5D untuk mengambil gambar fenomena langit ungu tersebut.

Melayukini.net - Subhanallah! Fenomena langit ungu ini jika berlaku di hadapan mata kita sudah tentu ia bagaikan satu pemandangan yang sangat indah. Ia sebenarnya sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Semoga kita dapat menghayati hikmah di sebalik kejadian ini.

Sumber: Melayukini.net

25 Jul 2012


ISU KESIHATAN : Sakit mental dalam kalangan pekerja isyarat untuk majikan




RAMAI pekerja berhenti secara tiba-tiba; ramai pekerja kerap bercuti sakit; ramai pekerja ponteng; ramai pekerja yang menurun kualiti  dan produktiviti; budaya ampu-mengampu berleluasa; budaya tikam belakang  sesama kakitangan; dan budaya gosip tidak sihat sesama anggota syarikat adalah tanda sesebuah organisasi syarikat itu mempunyai persekitaran kerja tidak sihat dan memiliki pekerja yang mengalami masalah mental.

Pakar psikiatri, Profesor Mohamad Hussain Habil berkata, budaya suasana tempat kerja tidak sihat seperti ini berpotensi besar memberi tekanan kepada pekerja yang akhirnya menjadi penyumbang besar kepada masalah mental dan kemurungan.

“Ramai tidak sedar atau tidak ambil endah dengan tekanan yang dialami di tempat kerja. Kebanyakan masyarakat memikirkan hal ini sebagai perkara biasa dan hanya membiarkannya tanpa diambil sebarang langkah pemulihan atau rawatan.

Sedangkan, tanpa diketahui sebahagian sakit mental iaitu kemurungan berpunca daripada masalah di tempat kerja yang menjadi penyumbang kepada kecelaruan pemikiran akibat arahan ketua yang tidak jelas, masalah komunikasi, pembahagian tugasan kerja yang tidak seimbang, ketua pilih kasih termasuk gangguan seksual,” katanya.

Menurutnya, jika majikan atau organisasi syarikat gagal mengesan atau mengambil pendekatan dan membiarkannya, untuk jangka masa panjang memberi kesan negatif.

“Kesannya tidak kepada pekerja itu semata-mata, malah majikan turut berdepan kerugian dari segi produktiviti mutu pekerja,” katanya sambil memberitahu, menjadi tanggungjawab majikan menyediakan persekitaran tempat kerja baik dan selamat dengan mewujudkan saingan sihat sesama kakitangan.

“Penyediaan tempat kerja yang kondusif boleh menjadi motivasi kepada pekerja bagi menyumbang hasil kerja yang optimum, berproduktiviti tinggi serta meningkatkan keperibadian dan kepuasan diri,” katanya.

Sekiranya berlaku tanda-tanda negatif demikian di dalam organisasi, syarikat perlu segera mencari penyelesaian agar jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/

24 Jul 2012

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini..
Kita merancang apa akan kita lakukan esok..
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan..
Kita merancang akan beberapa tahun akan datang..
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik  perancang.
Redhalah segala ketentuan Allah kerana Dia Maha Mengetahui sebaik-baik  keputusan.

Renungan Bersama. Perkongsian Ilmu Genta

  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

14 Jul 2012

BENGKEL LAKON DAN MINI FESTIVAL PUISI

BENGKEL LAKON DAN MINI FESTIVAL PUISI
Tarikh : 14 Julai 2012(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Golden Straits Villas Port Dickson
Penganjur : Karyawan Negeri Sembilan dan JPNS
Penceramah : Encik Roslan Madon (Puisi)
                     Encik Roslee Mansor (Teater )



Peserta Bengkel SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail.

1. Nor Zahidah Nor Azhar (4 Ibnu Taimiyyah)
2. Haidah Faqihah Bt Hasri ( 2 Ar Razi)
3. Nurhanis Syafiqah Rozaiman (2 Ar Ghazali)
4. Siti Najwa Adlina Bt Abdullah ( 4 Al Ghazali)
5. Zul Azri B. Badrulhisam (2 Al Ghazali)

SMKA SHAMS