29 Dis 2022

Perkongsian dari FB

 EGO TAK BOLEH BUAT KAU BAHAGIA


Susah nak buang ego? Ego buat kau terseksakan?Kau boleh je ego, tapi biarlah bertempat. Jangan biar ego menguasai diri kau, sampai kau terseksa. Kerana ego, kau banyak melukakan hati seseorang. Perkataan lain bagi ego ialah takabbur. Menurut hadis: Takabbur itu menolak kebenaran dan merendahkan manusia~Riwayat Muslim.


Orang kalau dah ego, salah dia depan mata pun dia tak nak mengaku. Rasa bagi dia perkataan "maaf" tu haram untuk di sebut. Bila sesuatu terjadi, ringan jari kau menuding salah pada orang lain. Laju jugak mulut kau pertahankan diri sendiri. Kawan, jangan ego!. Ego sentiasa mahu tunjuk betul dan menang dalam banyak perkara. 


Jangan ego sangat. Kerana ego hancurlah sebuah hubungan. Kerana ego jugalah, insan yang dahulunya rapat kini tak bertegur sapa. Takziah buat yang ego!. Kemarahan seseorang manusia hanyalah 4 minit dan selebihnya adalah ego. Bila seseorang menasihati kau dan kau terasa dengan perbuatan itu, kau sebenarnya ada masalah ego.


Selagi kau boleh baiki kau baiki. Ego tak boleh buat kau bahagia. Dan ego jugak akan buat hidup kau menyesal. Jika maaf tu menzahirkan bahagia, mohonlah maaf. Jika maaf itu mencambahkan gembira, maafkanlah segalanya. Ego hati itu tak kemana, kerana kita semua adalah pendosa.


Ego ini selalunya ada pada orang yang tak matang. Orang lain asyik kena faham dia. Dia ajelah yang betul. Semua kena ikut cara dia. Respect kat orang yang mengalah lepas itu minta maaf. Lagi okey dari yang tak nak mengalah, asyik dia je nak menang. Orang yang mula minta maaf dulu ni bukan bermakna dia kalah. Sebenarnya, dialah pemenang. Menang dalam melawan ego diri sendiri.


Tanda kau dah matang, orang kutuk kau, mengata kau macam mana pun, kau dah tak ambil kisah. Sebab kau tahu, tak faedah pun nak sentap dengan orang macam tu. Anjing menyalak lama-lama dia diam jugak. Bila kau mengalah dalam sesuatu pergaduhan yang kau tak salah, itu bukan bermakna engkau lemah. Tapi membuktikan yang kau dah matang. Kita pun tak sentiasa betul. Memberi maaf saja tak cukup, kadang kena jugak sedar diri yang kita ni tak semestinya betul. Cubalah mintak maaf pulak.





Maaf sejukkan hati. Bila kita salah, turunkan ego. Buang ego tu. Tak susah pun mengaku salah dan minta maaf. Hanya dengan perkataan maaf, boleh sejukkan banyak hati. Matang itu tak di ukur dengan berapa banyak umur kita sekarang. Tapi ianya di ukur dengan berapa kerap kita sabarkan diri, ketika segala yang kita minta, mula tidak munculkan diri.