31 Dis 2010

Tahukah anda?

1. Lesung pipit dibentuk oleh kawasan persambungan antara kulit dan otot pipi.

2. Sejumlah 50 juta sel kulit mati setiap hari.Kalau ditimbang,sel kulit mati yang dalam tempoh empat tahun adalah sama dengan berat badan kita.

3. Coklat boleh membunuh anjing!Benar,coklat memberikan kesan kepada hatidan sistem saraf anjing.Hanya beberapa cubit sahaja sudah cukup membunuhanjing kecil. 

4. Jantung manusia berdegup sebanyak 100,000 kali dan mengepam sejumlah 1,136 liter darah setiap hari.
5. Air merupakan satu2nya bahan yang wujud dalam 3 bentuk,iaitu cecair,pepejal dan wap.
6. Otak akan berhenti membesar apabila kita mencaoai umur 18 tahun.
7. Cahaya bergerak dengan kepantasan 297,000 kilometer per saat dan cahaya mataharimengambil masa selama lapan minit untuk sampai ke bumi.
8. Berat panet bumi bertambah satu tan setiap hari angkara debu tahi bintang yangjatuh ke bumi ini.Berapa pula berat bumi?Sekitar 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan.
9. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
10. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
11. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
12. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321. Ajaib bukan...
13. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
14. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
15. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
16. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
17. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
18. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
19. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
20. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala

Lemak Manis

LEMAK MANIS


Lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi –amboi
Kupandanglah manis ala amboi
Anak siapa
(2 x)

Gunung Bentan gilang –gemilang
Air laut (2x) tenang-tenangan
Budi sedikit tidak kan hilang
Itu menjadi(2x)kenang-kenangan

Lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi –amboi
Kupandanglah manis ala amboi-amboi
Anak siapa
(2 x)

Minggu bahasa menjulang cita
Julang citra warisan merdeka
Bukti cinta kasih khazanah bangsa
Bersama kita jayakan

Lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi –amboi
Kupandanglah manis ala amboi-amboi
Anak siapa
(2 x)

Minggu bahasa menjulang cita
Erat rapat bersama warganya
Bangsa Malaysia di mercu dunia
Bersama kita jayakan

Lemak manis ala amboi-amboi
Santan kelapa ala amboi –amboi
Kupandanglah manis ala amboi-amboi
Anak siapa
(2 x)



Nazam amalan dalam kehidupan

Elok kata murni jiwa
Harum budi
Hidup kita penuh makna
Orang sudi

Elok paras banyak harta
Jika keji
Tiada siapa ingin dekat kita rugi

Hai saudara jangan sombong
tinggi diri
Hidup jadi sia-sia
Tak bererti

Elok tingkah perbuatan Hati mulia
Itulah tanda , orang budiman orang suka
Elok perangai tidak dengki iri hati
Hidup damai sana sini orang rai

Hai saudara insaf diri buat kebaikan
Jangan lalai sampai lupa pada tuhan

Ingat pesan ayah bonda penuh harapan
Anaknya jadi insan mulia masa depan
Harapan guru muridnya jadi orang berguna
Capai jaya cekal usaha hidup sempurna

Hai saudara jangan mudah putus harapan
Rajin usaha itu tanda kejayaan......


TUGASAN SEMASA CUTI 2010

RIANG RIA CUTI SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEDAS
20 NOVEMBER 2010 – 2 JANUARI 2011 (BIDANG BAHASA)
TINGKATAN
MP
TUGASAN
TANDA TANGAN PENJAGA

SATU
BM
BUKU SKRAP



BI
BUKU SKRAP




DUA
BM
Menulis sinopsis novel tingkatan 3 mengikut bab dan menyenaraikan 10 peristiwa yang anda rasa menarik dan meninggalkan kesan kepada anda



BI






TIGA
BM
BUKU SKRAP



BI
BUKU SKRAP




EMPAT
BM
Menulis sinopsis novel tingkatan 5 mengikut bab dan menyenaraikan 10 peristiwa yang anda rasa menarik dan meninggalkan kesan kepada anda



BI






LIMA
BM
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PADA SPM 23 HB NOVEMBER - 20 DISEMBER 2010



BI
USAHA HINGGA CEMERLANG - SETIAP SAAT ADALAH KEJAYAAN




Disediakan oleh



CIK NAFIZAH ABD WAHAB
Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa SMK Agama Pedas



TAJUK BUKU SKRAP

TINGKATAN 2010 TAJUK
1 R KEGIATAN KOKURIKULUM
1K PELANCONGAN
1T KELUARGA
1G PERAYAAN
1S KEBUDAYAAN
1F ALAM SEKITAR
3R SAINS DAN TEKNOLOGI
3K SEMANGAT PATRIOTISME
3G PERINDUSTRIAN
3T EKONOMI
3S GEJALA SOSIAL

SYARAT-SYARAT PENGHASIALAN BUKU SKRAP

  1. Sediakan 50 muka surat depan dan belakang kertas A 4
  2. Muka surat 1 - 25 keratan akhbar / majalah dalam bahasa Melayu
  3. Muka surat 26 – 50 keratan akhbar / majalah dalam bahasa Inggeris
  4. Tajuk sudah ditentukan mengikut senarai di atas
  5. Tajuk ditentukan berdasarkan kelas pada tahun 2010
  6. Buku skrap hendaklah dihasilkan dengan kemas dan menarik
  7. Tarikh, bulan dan tahun hendaklah ditulis bersebelahan keratan akhbar
  8. Nombor muka surat hendaklah ditulis
  9. Muka hadapan buku skrap hendaklah mengandungi butiran berikut
    1. Nama Penuh
    2. Tingkatan
    3. Tajuk
  10. Sebarang kemusykilan sila bertanya kepada guru-guru bahasa SMK Agama Pedas

MOTIVASI MUHASABAH DIRI

Dalam setiap hari 5 kali, kita mendengar azan yang melaungkan “Marilah Menuju Kejayaan”. Kejayaan di dalam azan bukan sahaja untuk berjaya dengan kehidupan di akhirat, mungkin juga boleh dihayati untuk kejayaan di atas dunia yang Insyallah, boleh membantu kejayaan di akhirat.
Himpunan mutiara kata motivasi untuk yang ingin cemerlang dengan kerjaya atau apa juga bidang yang sedang dilakukan. Supaya kita tidak mudah berasa kerdil, pemalas, pesimis, mudah patah semangat, tidak percaya diri dan tidak mempunyai cita-cita!
Walaupun orang yang mutiara kata ini kebanyakannya dari mulut orang bukan Islam, tapi ingatlah ‘menuntut ilmu biar ke negeri China”.
Semoga memberi manfaat.
1. Orang-orang yang mengkritik kita sebenarnya adalah pengawal jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran (Corni Ten Boom)
2. Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha (Dr. James Mantague)
3. Saya telah mempelajari kehidupan lelaki hebat dan wanita-wanita terkenal, dan saya menemui bahawa mereka yang mencapai puncak kejayaan iaalah mereka yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang ada di hadapan mereka dengan segenap tenaga, semangat dan kerja keras (Harry S. Truman)
4. Tiada rahsia untuk menggapai kejayaan. Kejayaan itu dapat dicapai dengan persiapan, kerja keras dan mahu belajar dari kegagalan (General Collin Power).
5. Kita menilai diri kita dengan mengukur dari apa yang kita rasa mampu untuk kerjakan, orang lain mengukur kita dengan mengukur dari ada yang telah kita lakukan (Henry Wadsworth Longfellow)
6. Orang-orang yang sukses telah belajar membuat diri mereka melakukan kerja yang harus dikerjakan ketika kerja itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak (Aldus Huxley)
7. Ada dua macam manusia di dunia ini : mereka yang mencari alasan dan mereka yang mencari kejayaan. Orang yang mencari alasan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak selesai, dan orang yang mencari kejayaan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak boleh diselesaikan (Alan Cohen)
8. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang bodoh akan kerjakan tiga hari kemudian (Abdullah Ibnu Mubarak)
9. Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta sedekah.
Rasulullah menyuruh lelaki berkenaan menunggu sekejap dan baginda masuk ke dalam rumah. Selepas keluar semula, Rasulullah menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual di pasar.
Dikisahkan sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah berpesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda. Apakah yang berlaku kemudian? Selang beberapa hari, lelaki itu datang menemui Rasulullah dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.
Inilah dorongan dan motivasi Nabi Muhammad kepada umatnya agar tidak meminta-minta, sebaliknya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan rezeki untuk penghidupan di dunia.
Hinggakan Rasulullah pernah membaca doa khusus untuk mengelakkan sikap malas berusaha ini dan sewajarnya kita mengamalkan membaca doa berkenaan setiap hari agar terus memiliki semangat dalaman yang mantap untuk bekerja dan terus berusaha.


Doa Rasulullah itu ialah “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, kelemahan dan kemalasan, pengecut dan bakhil dan daripada bebanan hutang.” (Riwayat Abu Daud).
Ini pula kata-kata Dr Fadzillah Kamsah mengenai kerja yang saya kutip dari blog Wanwma. Muhasabahlah diri kita, jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’

sumber;isuhangat.blogspot.com

29 Dis 2010

Dasar MBMMBI KPM


Dasar MBMMBI KPM

Secara dasar MBMMBI adalah berikut
Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan P&P
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam P&P
  4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan P&P
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di url http://www.moe.gov.my/mbmmbi
Fungsi BTP, BTPN dan PKG adalah daripada sokongan teknikal kepada sekolah dalam melaksanakan MBMMBI pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah Pelajaran


Salam 1 Malaysia Buat Semua,
Disertakan Gambar Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud

About the author

28 Dis 2010

PSS SMKA PEDAS JOHAN NEGERI KATEGORI SEK MEN LUAR BANDAR 2010

Johan PSS Peringkat Negeri 2010 Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.


Anugerah PSS Cemerlang 2010 telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
( BTPNNS ) di Port Dickson pada 28 December 2010. Anugerah disampaikan oleh Tuan Abdullah Bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah, BPNNS. Turut hadir wakil pengarah, Tuan Haji Hamzah Bin Abu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, sebagai tetamu jemputan.
      
Majlis Penyampaian Sijil Pusat Sumber Cemerlang
 Peringkat Negeri Sembilan 2010
PDFCetakemel
SENARAI NAMA SEKOLAH YANG BERJAYA DALAM PENTARAFAN PSS 2010
KATEGORI  SEKOLAH MENENGAH BANDAR
1.      SEK. MEN. KEB. KING GEORGE V  ( JOHAN)
2.      SEK. MEN. KEB SERI AMPANGAN ( NAIB JOHAN)
3.      SEK. MEN. KEB. BUKIT KEPAYANG(KETIGA)
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR
1.      SEK.MEN. KEB. AGAMA PEDAS ( JOHAN)
2.      SEK. MEN. KEB. SERI PAGI ( NAIB JOHAN)
3.      SEK. MEN. KEB. PALONG 2 (KETIGA)
KATEGORI SEK. RENDAH BANDAR
1.      SEK. KEB. KING GEORGE V ( JOHAN)
2.      SEK. KEB. PUTERI ( NAIB JOHAN)
3.      SEK. KEB. RAHANG ( KETIGA)
KATEGORI SEK. RENDAH LUAR BANDAR
1.      SEK. KEB. NURI ( JOHAN)
2.      SEK. KEB. UNDANG REMBAU (NAIB JOHAN)
3.      SEK. KEB. PANCHOR ( KETIGA)
 Terima Kasih kepada  Bahagian Teknologi Pendidikan
 Negeri Sembilan atas pengiktirafan ini. Tahniah kepada 
Datin Hajah Zakiah Bt Kassim, Pengetua Cemerlang SMKA Pedas, NS. 
Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Pn. Rukiah Bt Mohamed Ibrahim,
 Guru Media Pusat Sumber Sekolah, SMKA Pedas.

27 Dis 2010

Renungan Rohaniah - Perkongsian Ilmu daripada Laman Kembara Bahasa.

 Himbauan Ibadah Haji: Menghayati Khutbah Akhir Nabi s.a.w 

Musim haji bertandang lagi. Para tamu Allah mula mendatangi tanah suci Makkah dan Madinah, dengan membawa harapan dikurniai haji mabrur. Saat berhimpun di Padang Arafah menjadi kemuncak ibadah haji. "Tiada haji tanpa Arafah (wuquf di Arafah)". Demikian sabda Nabi. Peristiwa penting yang sewajarnya disedari oleh para tamu Allah di tanah suci Makkah ialah bahawa pada 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah itulah Nabi s.a.w menyampaikan khutbah akhirnya atau khutbah selamat tinggalnya kepada umat yang dicintainya. Maka seyogialah sekalian tamu Allah (dan juga semua umat Nabi) menghayati khutbah penutup Nabi s.a.w itu. 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui adakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba; oleh itu segala urusan yang melibatkan riba kamu batalkanlah dari sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar; maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka pun berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah bahawa mereka sama sekali tidak boleh memberi masuk orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dalam bulan Ramadan, dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awaslah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain; semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang langsung mendengarnya daripadaku.


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah kusampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-MU.


[Salawat dan salam ke atas Nabi s.a.w yang kita cintai]

23 Dis 2010

STATUS IJAZAH KPM-OUM

Berita Harian bertarikh 18 November 2010 – STATUS IJAZAH KPM-OUM


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca Lepasan Sarjana Muda Pengajaran KPM-OUM, Kuala Lumpur, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2010 – Status ijazah KPM-OUM.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Ijazah Sarjana Muda Pengajaran yang ditawarkan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah diluluskan penawarannya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Namun begitu, guru yang akan ditemuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk kenaikan gred memerlukan satu lagi pengiktirafan kelayakan iaitu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ekoran itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah berurusan dengan pihak OUM untuk bertanya berkenaan status pengiktirafan tersebut.
Berdasarkan perbualan telefon dengan pegawai di OUM pada 11 November 2010, dimaklumkan pihak MQA telah mengemukakan Perakuan Akreditasi kepada JPA untuk diiktirafkan. Turut dimaklumkan bahawa pihak JPA tidak dapat memberi pengiktirafan tersebut selagi tidak mendapat kelulusan oleh menteri dalam satu mesyuarat khas. Pihak JPA telah memberitahu OUM bahawa mesyuarat tersebut akan dilangsungkan pada awal Disember.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Keputusan PMR 2010

Keputusan PMR akan diumumkan hari ini.
 Kepada anak-anak didik di tingkatan 3 di SMK Agama Pedas diharapkan mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua subjek.
 Keputusan ini adalah sebagai ukuran terhadap usaha anak-anak selama ini.
Tahniah kepada yang berjaya mendapat 9A bagi yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan , janganlah terlalu kecewa..jadikan ini sebagai titik tolak untuk usaha yang seterusnya..Jadikan semuanya sebagai teladan bagi yang baik dan sempadan bagi yang tidak baik.

23 December 2010(Khamis)
9.30 pagi

Tarikh Pembayaran Gaji 2011

TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2011 KAKITANGAN AWAM 

22 Dis 2010

Berita Harian Online | Muhyiddin seru korporat, PBT perkasa bahasa kebangsaan

Berita Harian Online | Muhyiddin seru korporat, PBT perkasa bahasa kebangsaan

Penjenamaan Semula Kurikulum dan Tuntutan Pengisiannya

Penjenamaan Semula Kurikulum dan Tuntutan Pengisiannya

Prof. Dr. Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China
[Terbit dalam Klik Web DBP www.dbp.gov.my]

Sebagai susulan keputusan kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, memansuhkan PPSMI atau Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bermula pada tahun 2012, telah dimasyhurkan proram MBMMBI, iaitu Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris.

Sebagai persiapan untuk menghadapi tahun 2012, telah direncanakan pengubahsuaian kurikulum yang hasilnya dikenal sebagai KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ada orang yang mempersoalkan nama kurikulum itu kerana sebelumnya telah ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan untuk peringkat sekolah menengah ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Dalam hubungannya dengan sikap menghargai dan menghormati keputusan berani dan rasional kerajaan dalam hal pemansuhan PPSMI, di tengah-tengah gelombang kontroversi yang bersejarah, termasuk berulangnya perarakan ala Keranda 152 pada tahun 1960-an, pada hemat saya tidak perlulah isu nama dipolemikkan.

Saya lebih menilainya sebagai usaha penjenamaan semula kurikulum sistem pendidikan di negara kita yang mendukung hasrat untuk menghasilkan suatu bentuk transformasi budaya dan sosial. Dapat difahami bahawa apabila sesuatu proses transformasi atau reformasi akan dimulakan, salah satu langkah yang lazim dilakukan ialah mengetengahkan slogan yang diperkirakan dapat menggambarkan bentuk transformasi atau reformasi itu. Maka bagi saya, nama Kurikulum Standard Sekolah Rendah itu tidaklah lain daripada penjenamaan semula Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah, dengan pengubahsuaian dan peningkatan aspek-aspek tertentu.

Dengan bersangka baik terhadap pengenalan kurikulum baru itu, tidaklah pula kita patut berpeluk tubuh tanpa berusaha menyemak kandungannya dan bagaimana pelaksanaannya berlangsung di sekolah. Kita patut memantau bahawa gagasan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu aspek KSSR itu benar-benar dilaksanakan dengan ikhlas dan sungguh-sungguh pada semua peringkat, baik pada penyediaan bahan ajar, proses pengajaran dan pemelajaran (P&P) dan pengujiannya.

Penjenamaan semula kurikulum sekolah hendaklah disusuli dengan pengisian yang jelas dan terancang serta bersepadu sifatnya. Kita mengharapkan bahawa ciri kesepaduan kurikulum tidak diabaikan kerana matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan. Selain cemerlang dalam bidang akademik, pelajar dituntut agar cemerlang dalam bidang akhlak, pemikiran, emosi, kreativiti dan sikapnya. Kesemua unsur itu menjadi inti pati sahsiah insan yang cemerlang.

Pemansuhan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan pengubahsuaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang akan lebih berdasarkan penilaian menurut sekolah diharapkan benar-benar berasaskan dorongan untuk membentuk sahsiah pelajar yang lebih bersepadu dan tidak lebih cenderung pada kecemerlangan dalam peperiksaan formal semata-mata. Kesempatan perlu diambil oleh pendidik dan pentadbiran sekolah agar kurikulum yang bersepadu diterjemahkan dengan tepat dalam proses pengajaran dan pemelajaran di bilik darjah.

Khusus tentang aspek bahasa pula, kesempatan pelaksanaan KSSR (dan kemudian KSSM pastinya) perlu diambil untuk membudayakan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan sebaik-baik dan seluas-luasnya. Pembudayaan bahasa mestilah dijuruskan kepada dua strategi penting. Yang pertama ialah pembudayaan bahasa Melayu untuk mengisi tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Yang kedua pula ialah pembudayaannya daripada segi peningkatan mutunya.

Pembudayaan bahasa Melayu daripada segi tarafnya perlu menjadi asas kesedaran pentadbir dan pendidik di sekolah untuk merancang dan menetapkan peluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dalam kalangan murid sesama murid dan antara murid dengan guru serta warga sekolah yang lain. Tidak sewajarnya timbul isu adanya sekolah yang mengedarkan surat kepada ibu bapa, contohnya, yang menggunakan bahasa asing kerana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Segala kegiatan di sekolah seharusnya dapat dinilai penggunaan bahasa perantaraannya, agar tidak mengurangkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi meskipun dalam keadaan tertentu memang ada keperluan menggunakan bahasa lain. Pastilah pembudayaan taraf bahasa Melayu dalam sekitaran sekolah memerlukan iltizam seluruh warga sekolah itu sendiri, terutama pihak pentadbiran sekolah.

Cabaran yang lebih mendasar ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, agar semua guru, tidak kira mata pelajaran apa yang diajarkannya, benar-benar dapat membudayakan bahasa yang memenuhi ciri laras bahasa ilmu, walaupun yang saya maksudkan bukan bahasa ilmiah seperti di pusat pengajian tinggi. Gagasan bahasa Melayu merentas kurikulum (BMMK) sewajarnya ditegaskan semula pelaksanaannya agar penguasaan bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa ilmu, tidak diperoleh oleh murid hanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi dalam semua mata pelajaran.

Dalam hal pembudayaan mutu bahasa Melayu pula, KSSR hendaklah direncanakan pengisiannya agar dapat menjadi bahasa yang tidak simpang-perenang penggunaannya dalam kalangan murid. Selain aspek mekanik bahasa yang meliputi tatabahasa, sistem ejaan dan sebutan, peningkatan pembudayaan dalam penggunaan bahasa yang memanfaatkan aspek dinamik bahasa amat perlu ditekankan. Penguasaan bahasa kiasan dan gaya bahasa yang beragam hendaklah dipentingkan supaya dari awal lagi murid lazim menggunakan bahasa yang ada nilai estetik dan retoriknya.

Sementara itu, program meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang dikatakan menjadi punca kerjaaan pada tahun 2002 memutuskan pelaksanaan PPSMI hendaklah benar-benar diberi pengisian yang terancang. Dengan demikian, diharapkan tidak timbul keluhan atau kekecewaan mana-mana pihak dalam hal penguasaan bahasa Inggeris lepasan sekolah.

Kita amat berharap bahawa KSSR (dan kemudian KSSM) dapat menjadi wadah yang menangkis keperluan mana-mana pihak menyarankan pengajaran subjek-subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut. Kurikulum yang dijenamakan semula itu mestilah dapat membuktikan bahawa dengan sukatan pelajaran, bahan ajar, proses pengajaran dan pemelajaran serta sistem pengujian yang tepat, bahasa tersebut dapat dikuasai dengan baik tanpa menjejaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sejak semula berteraskan bahasa Melayu.

Maaf Hamba Bertanya- Prof Dr Awang Sariyan

Maaf Hamba Bertanya

Maaf hamba bertanya:

Masihkah tuan hamba percaya?
tamadun kita lebih dua alaf usianya
sudah terbina sistem pemerintahannya
Wilayah takluknya hingga ke Senggora dan Langkasuka
Berita kebesarannya dan hubungan akrabnya sampai di Sri Lanka
Bahasanya menjadi wahana pentadbiran
juga bahasa dagang antara mancabangsa
dan bahasa para pendeta mengaji agama

Maaf hamba bertanya:

Masihkah tuan hamba percaya?
tamadun kita sudah cemerlang, gemilang dan terbilang
pada zaman kesultanannya
di serata pelosok alam Melayu wujud kerajaan dengan daulatnya
hidup bersendikan adat, adat bersendikan syarak
- Samudera Pasai, Melaka, Aceh, Patani, Kalimantan, Riau-Johor-Lingga
Dagang dan santeri memakmurkan iktisad dan ilmu bangsa
Ulama', pujangga dan pencerita menghasilkan karya
- perihal agama wahyu, ilmu duniawi, undang-undang peraturan, ketatanegaraan, kisah dan ceritera
dalam prosa dan puisi bermutu
Bahasa Melayu masyhur hingga ke Turki dan Parsi
dipelajari dan dikuasai menjadi syarat mendatangi negeri
diperikan menyamai bahasa Latin dan Perancis di benua atas angin

Maaf hamba bertanya:

Masihkah tuan hamba percaya?
tamadun yang kita warisi daripada keutuhan sejarah
kita jadikan asas kenegaraan kala menuntut pembebasan
agama tonggak kehidupan
bahasa wahana pemikiran
budaya teras peradaban
hak peribumi dikembalikan
hak saudara senegara diperkongsikan
raja nan adil dipertuankan

Maaf hamba bertanya:

Masihkah semua itu tuan hamba pertahankan
dalam mengemudikan watan?

~ Kembara Bahasa ~
30 November 2010, 10.00 malam
Beijing Shi

SMKA SHAMS