24 Mei 2013

E-Mel daripada pengetua Sekolah agama Anwar Longsan kepda Pak Latip

Surat dari Kemboja

Selam hurmat dari saya kepada pakcik .kamarin saya hanter email kepada pakcik dapat terima kah?dari saya ustaz solleh ahmad longsan sebagai imam daerah kohthom dan pengetua sekolah anwar longsan

Pacik Abdul Latif Talib yang saya kasihsayang dan sangat rindu.saya ustaz solleh ahmad sebagia Pengetua sekolah Anwar longsan ingin mengucapkan jutawan terimakasih kepada pakcik yang sudi datang ke kampung kami.dan membantu elon untuk kami guru guru yang mengajar di sekolah anwar.bantuwan pacik bawak untuk kami ini sengat bernilai tinggi tidak ada apa yang banding dengan jasa pakcik .kami guru dan penduduk kampong tiap-tiap malam jumat baca yasin dan solat hajat doa dengan allah agar pakcik makcik dan sekeluarga dapat rahmat berkat tembahkan rizzaqi dan semua amalkabjikan diredlai Allah Amin.

Kami guru terutama saya sandiri ustaz solleh sekali lagi ingan mengucapkan jutawan terimakasih jazakollah kepada pakcik Abdul Latip b Talib yang sudi datang berjumpa ziyarah kampung halaman kami.terutama sekali dapat membantu elon ustaz ustaz dalam membantu kami kerna sengat berharga dikalangn kami ini. sebab tiada gaji bulan untuk guru-guru yang mengajar ilmu ugama dikampung kami sangat-sangat suhsah .sebab itulah kami taklupa seumur hidup diatas hati pakcik yang sangat murni sanggup membantu elon kepada kami yang sengat suhsah.kami tidak ada apa-apa untuk balas kepada pakcik kecuali mohon dengan Allah tiap-tiap malam jumat kami baca surah yasin dan solat hajat mohon dengan Allah semoga pakcik makcik dan sekaluarga dapat hidayah rahmat walafiat berlindungan dari Allah dan semua amal kabjikan di terima oleh Allah dan Allah masukkan dalam gulungn orang yang muttaqin islam iman dan ehsan akhir sekali kami kirim salam kepada pakcik dan semua rombungan dengn lafaz Assalamualaikum warohmatullah wabarkatuh.selam hurmat dari saya ustaz solleh ahmad

kami doa kan dengan allah semoga dilancerkan rancangan usha pacik yang sengat murni dan sengat berharga ini .agar allah sahajalah yang belas jasa pakcik yang terbaik ini kami doa dengan allah semoga pakcik tambahkan rizzaqi dan tetap dalam sihat walafiat senantiasa berlindungan dari Allah.saya ingan mengucap jutaan terimakasih jazakollah.dari saya ustaz solleh ahmad pengetua sekolah anwar.

Ustaz Solleh Ahmad 

Sumbangan Kepada Sekolah Agama Anwar Longsan Khohtom Kemboja

Misi kali ini fokusnya kepada sekolah Agama Anwar Longsan.
Peralatan yang dibawa  seperti berikut;-

1. Buku Tulis
2. Pensil
3. Pemadam
4. Poster mengenal huruf jawi , huruf rumi, matematik, sains,
5. Bahan laminate
6. Buku Rujukan Guru Bagi Matematik, Sains, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris
7. CD bahan pengajaran dan pembelajaran.
8. Sumbangan dalam bentuk wang
dan lain-lain

Rakaman aktiviti Misi Bantuan Ke kemboja bulan Februari 2013- Sumber Pn Siti Salbiah Zahari








Pengetua Sekolah Agama Anwar Longsan, Khohtom , Kemboja