11 Dis 2022

Perkongsian Rencam kehidupan

KESALAHAN SEHALUS KUMAN DI UNGKIT

Kita tersungkur lagi, tersungkur dek rencah Dunia yang pelbagai ragam. Erti kata lain, kita dah penat. Apa yang kita penatkan? Kita penat menjaga hati manusia. Sedangkan sebelum ni sakitnya belum pulih lagi. Penat dah bersabar. Lelah dah bertahan. Terlalu banyak dah mengalah. Kalau kita lepas cakap tak jaga hati orang pasti akan dibenci dan terputus silaturahim. Islam tidak benarkan kita putus silaturahim. Pendamlah kita sorang perasaan, semoga kita tak meletup akibat terlalu lama terpendam. Kita berbuat baik dengan orang lain sedang kejahatan mereka yang dikembalikan kepada kita. Kita saja yang perlu menjaga hati dan perasaan orang lain.

Jujur, kita dah penat menjaga hati orang lain. Penatnya hanya ALLAH yang tahu. Penat sembunyikan kesedihan demi orang lain, yang entah fikir juga tentang perasaan kita atau pun tidak. Di hadapan orang, kita berlagak dengan senyuman yang seolah-olah kita tidak dihujani dengan pelbagai ragam manusia. Hakikatnya, sakit kerana terlalu lama kita menipu diri sendiri. Ya sakit sangat! Itulah yang kita rasa dari dulu sehingga kini. Tidak layakkah kita untuk rasa dihargai walaupun seketika? Penat memikirkan jalan penyelesaian ini, yang kadang-kadang membuatkan badan kita menjadi lemah. 

Ya, hanya ALLAH tempat kita mengadu akan perkara ini. Kerana ALLAH kita masih kuat untuk menjaga hati mereka.. Kita pendam. Pendam sehingga memakan diri. Sukar untuk kita meluahkan rasa kecewa ini terhadap mereka. Ye, kita sayangkan mereka. Kita tak nak mereka terasa hati dengan kata-kata kita. Sebab itu kita memilih untuk pendam. Melihat mereka bahagia, kita juga turut gembira walaupun hakikatnya hati di dalam tidak tersenyum seperti indahnya senyuman di bibir ini. Dunia ini benar benar tidak adil. Tak pernah tunjuk rasa kecil hati atau apa apa sebab mereka tak tahu. Kita setia bersama mereka walau dalam susah dan senang. Banyak jenis manusia yang fikir diri sendiri je.