a) Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Papa..(akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof , tiga peristiwa yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan terhadap watak utama iaitu Intan Juliana ialah Mak Chik Noraini menegur Julia apabila mendapati Julia hanya merenung bubur jagung. Selain itu Jeffri menuam muka Julia yang terkena bola tenis. Dismaping itu Jeffri bertanyakan Julia tentang kertas peperiksan yang telah dilalaui pada hari itu. Akhir sekali Rasylan sering menemani Julia ke mana-mana sahaja.
b)4 kepincangan masayarakat yang telah saya pelajari melalui novel Papa..(akhirnya kau tewas juga!) karya Deana Yusof ialah Muaz semasa usia remaja sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya sehingga melahirkan anak luar nikah.Selain itu Jeffri telah melarang Julia berkawan dengan Rasylan atas faktor keturunannya. Julia pula berkawan rapat dan sering bersama-sama dengan Rasylan sedangkan mereka belum berkahwin. Akhir sekali Jefri meyimpan buruk sangka dan prejudis terhadap Aisyah yang ingin menjenguk Intan Maliana di dalam bilik.
18 Jun 2012
JAWAPAN PEMAHAMAN
1. Rangkai kata 'tiada jalan pintas' bermaksud untuk berjaya tiada cara mudah.
2. Untuk berjaya dalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyai jadual belajar yang sistematik yang wajar dipatuhi. Selain itu, perlunya keluarga yang harmoni tanap berlakunya ketegangan dalam keluarga dapat mewujudkan keselesaan untuk anak belajar. Akhir sekali, ibu bapa memberi perhatian terhadap perkembangan jiwa anak mereka yang meningkat remaja dengan tujuan anak-anak tidak terasa dipaksa untuk meraih kejayaan dalam pelajaran semata-mata.
3. Pada pendapat saya, sesetengah pelajar hanya belajar pada saat -saat akhir sebelum peperiksaan kerana kurangnya persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, golongan ini merasakan bersedia pada saat akhir lebih baik daripada tidak bersedia langsung dengan harapan apa yang dibaca disoal dalam peperiksaan kelak. Akhir sekali , tidak tahan dengan leteran ibu bapa lalu mengulang kaji pelajaran hanya untuk mengelakkan diri daripada terus dimarahi.

JAWAPAN RUMUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
RUMUSAN
Petikan membincangkan sebab-sebab seorang murid itu gagal dalam peperiksaan yang dihadapinya di negara ini.
Punca murid gagal dalam peperiksaan ialah ibu bapa hanya mahu anak berjaya tetapi kurang memberi sokongan secara berterusan malah anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tidak pernah didekati untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi. Selain itu, sesetengah guru hanya memberi fokus kepada murid-murid cemerlang dalam peperiksaan sehinggakan mengabaikan murid yang lemah. Murid pula bersikap tiada keinginan untuk meningkatkan prestasi akademik dan bersikap mudah putus asa sekiranya gagal dalam peperiksaan. Di samping itu, masyarakat hanya bertanyakan kejayaan seorang jiran sekiranya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Kekangan untuk menghadapi mengatasi punca kegagalan murid dalam peperiksaan ini ialah murid-murid tidak berminat untuk belajar sebaliknya lebih berminat untuk bermain.Aktiviti sekolah terlalau padat menyebabkan murid-murid tidak fokus terhadap peperiksaan,
Kesimpulannya, murid-murid perlu berterusan mengulang kaji pelajaran agar mudah memahami pengajaran guru dan seterusnya dapat menjawab peperiksaan kelak.

15 Jun 2012
Kegiatan
kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang wajib disertai oleh semua
pelajar. Sebenarnya, kegiatan kokurikulum biasanya dijalankan selepas waktu
belajar atau pada hari Sabtu. Antara aktiviti ini termasuklah persatuan, kelab,
permainan, unit beruniform, dan sukan. Saya telah menyertai pasukan pengakap
sejak tingkatan satu lagi untuk menambah pengetahuan dan pengalaman
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semasa menyertai
pasukan pengakap sekolah, banyak pengalaman telah saya lalui.
Pasukan
pengakap sekolah sangat aktif. Kami perlu menghadiri perjumpaan pada setiap
minggu. Biasanya, kami akan dilatih untuk belajar cara-cara berkawad kaki. Hal
ini dikatakan demikian kerana pertandingan kawad kaki unit beruniform merupakan
aktiviti utama dalam agenda tahunan pasukan pengakap. Oleh hal yang demikian,
saya mempelajari teknik berkawad dengan berpegang pada prinsip genggam
bara api, biar sampai jadi abu. Walaupun berkawad kaki merupakan latihan
yang sukar, namun saya tetap dapat menguasainya kerana saya tidak mudah
berputus asa untuk mempelajari sesuatu ilmu.
Selain itu,
saya dan rakan-rakan yang menyertai pasukan pengakap juga diajar cara-cara
untuk mendirikan khemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kami perlu mendirikan
khemah sendiri tanpa bantuan guru pengajar sewaktu perkhemahan dijalankan.
Dalam aktiviti ini, kami diajar teknik mencari batu yang sesuai, kayu yang
kukuh, dan mengetahui kelengkapan yang perlu disediakan untuk mendirikan
khemah. Di samping itu, kami juga diingatkan agar sentiasa mengingati kata-kata
orang tua iaitu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sewaktu
mendirikan khemah bersama dengan kawan-kawan. Dengan berbuat begitu, bukan
sahaja khemah yang kukuh dapat didirikan, malah hubungan persahabatan yang
utuh seperti isi dengan kuku dapat dibina.
Di samping
itu, saya juga mempelajari cara-cara untuk memberikan bantuan kecemasan. Hal
ini dikatakan demikian kerana khidmat pasukan pengakap sekolah amat diperlukan
apabila pihak sekolah mengadakan program seperti Hari Kantin, Hari Sukan, Hari
Bertemu dengan Pelanggan dan sebagainya. Oleh sebab itu, ilmu bantuan kecemasan
ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada saya. Saya diajar cara
membasuh luka, membalut luka, dan mengikat tangan yang patah apabila berlakunya
kecederaan. Saya amat yakin bahawa ilmu dalam bidang ini menjadikan diri saya
lebih kental dan tabah menghadapi cabaran sebagai pelajar kerana ilmu
pelita hidup.
Sementara
itu, saya turut dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup apabila menyertai pasukan
pengakap sekolah. Hal ini memang benar kerana guru pembimbing pengakap sentiasa
berkongsi ilmu dengan kami tentang pokok yang boleh dijadikan herba untuk
mengubati luka dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada itu, kami turut diajar
untuk mengenal pasti pokok yang menyimpan banyak air untuk diminum. Dengan ilmu
yang saya pelajari ini, persiapan untuk menyertai perkhemahan di dalam hutan
akan menjadi lebih sempurna. Saya sentiasa mengingati pesanan guru pembimbang
yang mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Sepanjang
menyertai pasukan beruniform ini, saya juga banyak memperoleh pengalaman hidup
yang berharga sebagai bekalan masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana
saya dapat mempelajari kepentingan bekerja dalam pasukan kerana bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Misalnya, suatu aktiviti perkhemahan yang
dijalankan hanya dapat dijayakan dengan kerjasama daripada semua pihak
termasuklah guru pengiring, pelatih, dan ahli pengakap. Oleh itu, saya diajar
untuk menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersatu padu untuk menghadapi
cabaran. Pendek kata, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Kesimpulannya,
pasukan pengakap merupakan salah satu
aktiviti kokurikulum yang saya sertai. Saya yakin bahawa setiap unit
beruniform mahupun persatuan dan kelab mempunyai keunikan yang tersendiri. Para
pelajar harus menyertainya untuk merasai dan melalui sendiri pengalaman sewaktu
menyertai aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tak
kenal maka tak cinta. Sebagai penyimpul bicara, kita haruslah menyahut
seruan Menteri Pelajaran untuk menjadikan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum
sebagai kriteria penting dalam penerimaan kemasukan ke universiti atau
institusi pengajian tinggi. Oleh sebab itu, jom kita aktif dalam kegiatan
kokurikulum.
12 Jun 2012
Lirik Lagu Ku Milikmu - Maher Zain
Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan nafasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu
Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku
O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu
Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu

Langgan:
Catatan (Atom)
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...