18 Jun 2012

JAWAPAN RUMUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

RUMUSAN


Petikan membincangkan sebab-sebab seorang murid itu gagal dalam peperiksaan yang dihadapinya di negara ini.

          Punca murid gagal dalam peperiksaan ialah ibu bapa hanya mahu anak berjaya tetapi kurang memberi sokongan secara berterusan malah anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tidak pernah didekati untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi. Selain itu, sesetengah guru hanya memberi fokus kepada murid-murid cemerlang dalam peperiksaan sehinggakan mengabaikan murid yang lemah. Murid pula bersikap tiada keinginan untuk meningkatkan prestasi akademik dan bersikap mudah putus asa sekiranya gagal dalam peperiksaan. Di samping itu, masyarakat hanya bertanyakan kejayaan seorang jiran sekiranya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

       Kekangan untuk menghadapi mengatasi punca kegagalan murid dalam peperiksaan ini ialah murid-murid tidak berminat untuk belajar sebaliknya lebih berminat untuk bermain.Aktiviti sekolah terlalau padat menyebabkan murid-murid tidak fokus terhadap peperiksaan,

      Kesimpulannya, murid-murid perlu berterusan mengulang kaji pelajaran agar mudah memahami pengajaran guru dan seterusnya dapat menjawab peperiksaan kelak.