18 Jun 2012

JAWAPAN SOALAN NOVEL

a) Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Papa..(akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof , tiga peristiwa yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan terhadap watak utama iaitu Intan Juliana ialah Mak Chik Noraini menegur Julia apabila mendapati Julia hanya merenung bubur jagung. Selain itu Jeffri menuam muka Julia yang terkena bola tenis. Dismaping itu Jeffri bertanyakan Julia tentang kertas peperiksan yang telah dilalaui pada hari itu. Akhir sekali Rasylan sering menemani Julia ke mana-mana sahaja.

b)4 kepincangan masayarakat yang telah saya pelajari melalui novel Papa..(akhirnya kau tewas juga!) karya Deana Yusof  ialah Muaz semasa usia remaja sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan pengemas biliknya sehingga melahirkan anak luar nikah.Selain itu Jeffri telah melarang Julia berkawan dengan Rasylan atas faktor keturunannya. Julia pula berkawan rapat dan sering bersama-sama dengan Rasylan sedangkan mereka belum berkahwin. Akhir sekali Jefri meyimpan buruk sangka dan prejudis terhadap Aisyah yang ingin menjenguk Intan Maliana di dalam bilik.