16 Jan 2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan

Sajak Keusangan Budaya Tg3 PDF Cetak
Nota
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   
Rabu, 21 Disember 2011 10:19
Keusangan Budaya
(Roshilawati Razlan)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)


MAKSUD SAJAK

Rangkap
Maksud
1
Penyajak menggambarkan ketika zaman dahulu masih terdapat gadis Melayu begitu bersopan santun dengan pakaian tradisional.
2
Pemuda pada zaman dahulu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan.
3
Walau bagaimanapun pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak bersemangat.
4
Kini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional turut dipinggirkan.
5
Hanya golongan tua sahaja yang masih menjulang budaya lama.  Kini mereka hanya mampu mengenang sejarah kegemilangan budaya Melayu yang sudah ditinggalkan oleh golongan muda.

TEMA

Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Golongan muda perlu menjaga warisan
dan budaya bangsa.

PERSOALAN

i.   Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan.    
generasi hari ini lebih suka terikut-ikut dengan budaya asing.
ii.        Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu
dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu.
iii.      Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan.
Anak-anak muda kini lebih tertarik dengan budaya asing.
iv.      Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.
Golongan tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan
budaya Melayu dapat dikembalikan.
v.       Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda
lebih gemar alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional.
                                                                                                                                           

BENTUK

i.            Bebas.
ii.           Terdapat lima rangkap.
iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir.
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
·         Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
·         Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
·         Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
·         Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.


GAYA BAHASA

i.         Personifikasi.
Contoh  :  seruling bambu diam keusangan,
ii.        Anafora
Contoh            :  tubuh-tubuh.
iii.      Bahasa istana 
Contoh  :  ayahanda.
iv.      Asonansi – pengulangan vokal ‘u
Contoh  :  bersalut songket tenunan Melayu.
v.       Aliterasi – pengulangan konsonan ‘m
Contoh  :  irama gamat menodai kedamaian.
vi.         Inversi
Contoh  :  melihat sayu Sang Sita Dewi.
vii.       Kata Ganda.
Contoh  :  tubuh-tubuh.


NILAI

i.         Nilai kesopanan
Contoh: Gadis duduk dengan tertib dan sopan.
ii.        Nilai kerajinan
Contoh: Pemuda rajin bekerja.
iii.      Nilai menghargai budaya
Contoh: Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.
iv.      Nilai tanggungjawab
Contoh: Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

PENGAJARAN

i.            Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian.
ii.           Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup.
iii.         Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.
iv.         Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa.
v.          Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.

SOALAN

                     i.       Mengapakah manusia kini semakin melupakan adab dan warisan bangsa?
                    ii.            Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Keusangan Budaya.

JAWAPAN

                     i.            Manusia kini semakin melupakan adab dan warisan bangsa kerana mereka telah lupa asal-usul diri sendiri dan terpengaruh dengan budaya luar.
                    ii.            Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Keusangan Budaya ialah anaphora iaitpengulangan kata tiada dan kata ganda tubuh-tubuh.


 

 



 
 
 ©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid