Sajak Seorang Insan Istimewa Tg3 |
Nota | ||||||||||
Ditulis oleh Cikgu Zainudin | ||||||||||
Rabu, 21 Disember 2011 10:24 | ||||||||||
Seorang Insan Istimewa (Natasya Puteri) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD
TEMA Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. PERSOALAN i. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan. ii. Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan sempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya. iii. Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa. iv. Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri insan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan. v. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkan oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara. BENTUK i. Sajak ini berbentuk bebas. ii. Mengandungi empat rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir · Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd. · Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc. · Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb. · Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb. GAYA BAHASA i. Repitisi Contoh : Seorang insan istimewa. ii. Anafora Contoh : sebuah. iii. Responsi. Contoh : suatu. iv. Asonansi – pengulangan vokal ‘e’ Contoh : meneruskan kehidupan. v. Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’ Contoh : bantulah, bimbinglah. vi. Inversi Contoh : biar sukar mesti disempurnakan. NILAI i. Nilai keredaan Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat. ii. Nilai ketabahan Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat. iii. Nilai simpati Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya. iv. Nilai bantu-membantu Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya. v. Nilai keikhlasan Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas. vi. Nilai amanah Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah. vii. Nilai bertanggungjawab Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya. PENGAJARAN i. Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat. ii. Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita. iii. Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa. iv. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja. v. Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati. SOALAN i. Nyatakan contoh gaya bahasa repitisi dalam sajak ii. Bagaimanakah cara untuk membantu orang kelainan upaya yang disarankan oleh penyajak. JAWAPAN
|
©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid