Sajak Kata-Kata Tg3 |
Nota | ||||||||||||
Ditulis oleh Cikgu Zainudin | ||||||||||||
Rabu, 21 Disember 2011 10:18 | ||||||||||||
Kata-Kata (Hashim Yaacob) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD SAJAK
TEMA Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain. PERSOALAN i. Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah membolehkan seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah. ii. Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri bangsa dan menjulang nama negara. iii. Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara. iv. Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka menerusi rundingan bukannya melalui peperangan. BENTUK i. Separuh terikat. ii. Terdapat lima rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir. · Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. · Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. · Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. · Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa. · Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa. GAYA BAHASA i. Sinkope Contoh : tak. ii. Anafora Contoh : kita merdeka. iii. Bahasa istana Contoh : anakanda. iv. Asonansi – pengulangan vokal ‘a’ Contoh : Pertahankanlah maruah kita. v. Aliterasi – pengulangan konsonan ‘t’ Contoh : Janganlah kita diam tak terkata. vi. Epifora Contoh : kita. NILAI i. Nilai kebijaksanaan Bijak dalam berkata-kata dan berhujah. ii. Nilai rasional Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata. iii. Nilai tanggungjawab Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca. iv. Nilai keberanian Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan. PENGAJARAN i. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah. ii. Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan. iii. Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina. iv. Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita. SOALAN i. Apakah jenis gaya bahasa bagi perkataan yang digarisi dalam baris jangan kita diam tak terkata? ii. Berdasarkan rangkap pertama, apakah tindakan yang harus kita lakukan apabila dicerca? JAWAPAN i. Jenis gaya bahasa bagi perkataan yang digarisi dalam baris jangan kita diam tak terkata ialah sinkope. ii. Berdasarkan rangkap pertama, tindakan yang harus kita lakukan apabila dicerca ialah kita mestilah mempertahankan maruah diri dengan kata-kata yang bernas. |
©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid