Sajak Fragmen Sebuah Kehidupan Tg3 |
Nota | ||||||||||||
Ditulis oleh Cikgu Zainudin | ||||||||||||
Rabu, 21 Disember 2011 10:15 | ||||||||||||
Fragmen Sebuah Kehidupan (Shamsudin Othman) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD SAJAK
TEMA Dadah musuh negara. Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara. PERSOALAN i. Kemusnahan negara bangsa akibat dadah. Kemajuan sesesuah negara tidak akan tercapai akibat penyalahgunaan dadah. ii. Kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan. Dadah menyebabkan penderitaan kepada individu yang menyalahgunakannya. iii. Impak penyalahgunaan dadah. Banyak impak yang menimpa diri penagih disebabkan penyalahgunaan dadah. iv. Kepentingan membangunkan negara. Masyarakat yang bebas daripada dadah dapat membangunkan negara. v. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran. Iman yang kukuh mampu mengelakkan diri seseorang daripada pengaruh dadah. BENTUK i. Bebas. ii. Terdapat lima rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir · Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. · Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa. · Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca. · Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee. · Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc. GAYA BAHASA i. Anafora Contoh : adalah dadah itu. ii. Kata Ganda Contoh : bertahun-tahun. iii. Sinkope Contoh : kau. iv. Metafora Contoh : lorong hidup. v. Inversi Contoh : angkara dadah telah mati seorang angkasawan. vi. Aliterasi – pengulangan konsonan ‘g’ Contoh : maka seorang pujangga pun berkata. vii. Asonansi – pengulangan vokal ‘e’ Contoh : seperti tercatat dalam sejarah. NILAI i. Nilai kegigihan Contoh: Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara. ii. Nilai rasional Contoh: Jauhi dadah yang menjadi musuh negara. iii. Nilai keimanan Contoh: Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan. iv. Nilai cinta akan tanah air Contoh: Tidak mahu negara hancur kerana dadah. v. Nilai bertanggungjawab Contoh: Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar. PENGAJARAN i. Kita hendaklah menjauhi najis dadah yang merupakan musuh negara. ii. Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. iii. Kita perlulah gigih berusaha dalam mengejar cita-cita. iv. Kita mestilah menjadikan sejarah kemusnahan negara sebagai pengajaran. v. Kita hendaklah memilih haluan kehidupan yang benar. SOALAN i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan perkataan angkara? ii. Berikan contoh gaya bahasa epifora. JAWAPAN i. Perkataan angkara yang dimaksudkan oleh penyajak ialah perbuatan yang jahat. ii. Contoh gaya bahasa epifora ialah Kalau mereka mengherdik dengan kata Carilah daya kata |
©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid