Syair Panduan Untuk Para Remaja Tg3 |
Nota | ||||||||||||||||||
Ditulis oleh Cikgu Zainudin | ||||||||||||||||||
Rabu, 21 Disember 2011 11:34 | ||||||||||||||||||
Syair Panduan Untuk Para Remaja Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD
TEMA Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran. PERSOALAN i. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Contoh: Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa. iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan masalah ini. Contoh: Meminjam jangan dipinjamkan jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut’ah pandangan. BENTUK i Bentuk terikat. ii Mempunyai 8 rangkap. iii Setiap rangkap mempunyai 4 baris. iv Semua baris ialah maksud. v Suku kata 9 hingga 12. Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata-rangkap 2) Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4) vi Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan – rangkap 2) GAYA BAHASA i Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan. ii Aliterasi - Pengulangan konsonan n. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong. iii Anafora – Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir kasihkan kaya. Jangan boros yang sia-sia. iv Inversi – Pembalikan kata Contoh: Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak. v Repitisi - pengulangan perkataan ’jangan’ dalam baris yang sama Contoh: Jangan mengata jangan mengeji NILAI i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu bergantung harap kepada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila menerima pujian. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. iii Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan contohnya seperti menepati janji. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. PENGAJARAN i Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. iii Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. SOALAN i. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. ii. Berikan maksud baris lucah dan cabul jangan selesa dalam syair ini. JAWAPAN i. Dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah persoalan berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. Kedua persoalan mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. ii. Maksud baris lucah dan cabul jangan selesa ialah seseorang tidak boleh membiasakan diri dengan perkara-perkara negatif dan merosakkan maruah diri. |