Pantun Berkait (Bekerja) Tg3 |
Nota | ||||||||||||||||||
Ditulis oleh Cikgu Zainudin | ||||||||||||||||||
Rabu, 21 Disember 2011 10:37 | ||||||||||||||||||
Pantun Berkait (Bekerja) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD RANGKAP
TEMA Semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. PERSOALAN i Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Contoh: Bajak, cangkul, tebas dan tebang, Semuanya dikerja dengan cermat. ii Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu kerja. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. iii Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega. BENTUK i Merupakan pantun berkait. ii Mempunyai 8 rangkap. iii Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iv Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan – rangkap 1) Contoh: hapuskan semangat culas dan lemah (5 perkataan – rangkap 2) v Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris. Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/ ( 9 suku kata – rangkap 1) Contoh: ha/pus/kan/ se/ma/ngat/ cu/las/ dan/ le/mah (11 suku kata – rangkap 2) vi Rima akhir abab. vii Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA i Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: Wahai rakan handai dan taulan ii Aliterasi – Pengulangan konsonan t Contoh: Tiadalah tinggal terbuang penat iii Sinkope – Pemendekan kata ‘akan’ Contoh: Tidaklah bimbang barangkan hilang iv Inversi – Pembalikan kata Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat. v Repitisi – Pengulangan kata ‘pangkalan’ Contoh: Perahu layar mudik ke pangkalan Sampai di pangkalan memunggah barang NILAI i Nilai kerajinan. Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. ii Nilai ketekunan. Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Contoh: Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. iii Nilai kegigihan. Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan mendatangkan hasil. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hatipun lega. PENGAJARAN i Kita haruslah bersikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada perasaan malas dan lemah. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. ii Kita hendaklah bersikap tekun agar setiap pekerjaan yang dilakukan dapat disempurnakan. Contoh: Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. iii Kita perlulah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan akan tercapai. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hatipun lega. SOALAN
Berkait (Bekerja).
JAWAPAN
ialah kita hendaklah rajin berusaha agar dapat menguasai pelbagai kemahiran.
Setiap rangkap mengandungi empat baris. Rima akhir ialah abab dan bentuknya ialah terikat. |
©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid