16 Jan 2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan

Sajak Rumput Tg3 PDF Cetak
Nota
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   
Rabu, 21 Disember 2011 10:23
Rumput
(Khadijah Hashim)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD


Rangkap 1
Maksud
1
Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.
2
Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata.
3
Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah yang masih ada tempat berlindung.

TEMA

Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskin
selalunya dipandang rendah oleh orang lain.

PERSOALAN

i.         Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap
golongan yang kurang berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggi
sering tidak menghormati golongan miskin

ii.        Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu
walaupun miskin.

iii.      Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf
rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan.

iv.      Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan
dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

BENTUK
                                                                                                                                                   
i.         Sajak ini berbentuk bebas.
ii.        Mengandungi tiga rangkap.
iii.      Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
·         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
·         Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.


GAYA BAHASA

i.      Sinkope.
Contoh  :  tak.
ii.     Personifikasi.
Contoh  :  tangan hendak menari.
iii.   Repitisi
Contoh  :  Baru saja.
iv.   Anafora
Contoh  :  cepat.
v.    Asonansi – pengulangan vokal ‘u
Contoh  :  diserbu debu menutup muka.
vi.   Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b
Contoh  :  ditambah lagi bau busuk asap lori.
vii.    Simile
Contoh  :  bagai menunggu mati.

NILAI

i.         Nilai ketabahan
Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
ii.        Nilai kegigihan
Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

PENGAJARAN

i.         Kita janganlah menghina orang susah atau miskin.
Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah.
ii.        Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati
terutamanya kepada golongan miskin.
iii.      Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.
iv.      Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya
peluang golongan susah atau miskin.


SOALAN

i.                     Nyatakan rima akhir sajak dalam rangkap 1.
ii.                    Berikan maksud perkataan mendongak yang terdapat dalam rangkap 1.


JAWAPAN

i.                     Rima akhir sajak dalam rangkap 1 ialah aaabcddd.
ii.                    Maksud perkataan mendongak yang terdapat dalam
rangkap 1 ialah mengangkat muka.


 

 
 
 
 ©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid