8 Okt 2011

REMAJA BERHADAPAN DENGAN MASALAH DALAM MEMILIH PEKERJAAN YANG SESUAI SETELAH MEREKA MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN.

 Sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan yang perlu dilalui antara 11 hingga 13 tahun,remaja terpaksa berhadapan dengan dua pilihan.Ibarat diluah mati emak,ditelan mati bapak,remaja boleh memilih sama ada ingin terus menyambung pengajian atau menceburi bidang pekerjaan.Malangnya,akibat usia setampuk pinang,dan kurang pengetahuan menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam mencari pekerjaan yang sesuai.Apakah perdu yang berada di sebalik permasalahan ini?Semua ini akan dibincangkan dalam artikel ini.

Remaja itu sendiri yang menimbulkan masalah dalam hal ini.Walaupun mereka masih muda,namun,tahap belanjawan mereka tinggi.Ketiadaan tanggungan menjadikan pendapatan yang diterima digunakan untuk keperluan peribadi.Hal ini menyebabkan mereka bersikap memilih jenis pekerjaan.Apa yang ada dalam gambaran mereka adalah keseronokan apabila menerima gaji.Sesuatu perlu dilakukan bagi mengubah persepsi ini.

Zaman teknologi dan dunia tanpa sempadan tidak menjadikan remaja lebih cekap.Hal ini terbukti apabila remaja tidak menggunakan peluang yang ada bagi mencari maklumat mengenai pekerjaan.Sikap remaja ini boleh diibaratkan kera mendapat bunga.

Zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan pancaroba dan zaman yang paling seronok.Sikap segelintir remaja yang masih dibaluti dengan keseronokan dan tidak serius dalam pekerjaan menyebabkan mereka mengambil enteng etika pekerjaan.Sikap yang tidak bersungguh-sungguh menyebabkan mereka bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan ia tidak sesuai dengan jiwa mereka.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarganya biasanya dapat menarik nafas lega sebaik sahaja anak mereka mula menceburi bidang pekerjaan memandangkan beban tanggungjawab mereka sudah berkurangan.Namun begitu,di sisi Islam,perkara ini tidak sepicingpun mengurangkan tanggungjawab ibu bapa dalam membimbing anak2.Sehingga ke tahap ingin memilih pekerjaan,ibu bapa tetap perlu berada di sisi anak2 kerana ketiadaan bimbingan daripada ibu bapa menjadikan pemikiran remaja bertambah rumit dalam memilih bidang pekerjaan.

Tugas Kaunselor tidak hanya tertakluk dalam menadah telinga bagi mendengar masalah pelajar dan menyelaraskan program motivasi,malahan,memberi penerangan kepada pelajar mengenai bidang pekerjaan bagi membantu pelajar memilih bidang pekerjaan yang sesuai dengan keperibadian mereka kerana hal ini bersangkut-paut dengan masa depan mereka.Jika terdapat kauselor yang culas dalam tugas ini,bak kata pepatah,harapkan pagar,pagar makan padi,maka separuh daripada aset negara akan hilang begitu sahaja.

Setiap sekolah diberikan peruntukan yang sama rata.Cukup atau tidak peruntukan yang diberi bergantung pada sejauh mana kebijaksanaan sekolah menguruskan kewangan.Antara cara terbaik bagi membelanjakan peruntukan dengan mengadakan pameran kerjaya atau lawatan bagi mendedahkan pelajar kepada dunia sebenar sektor pekerjaan tertentu.Malangnya,berapa banyak sekolah yang mengambil berat tentang kesan jangka panjang pada murid2?Fikir-fikirkan.

Konklusinya,semua pihak perlu memainkan peranan sewajarnya dalam membantu remaja mencari bidang pekerjaan yang sesuai kerana mereka sendiri masih mencari identiti diri mereka yang sebenar.