8 Okt 2011

CARA UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN SEMULA PUISI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Bahasa Melayu mencapai zaman kegemilangannya pada setengah abad yang lalu.Pada saat itu,bahasa ini dijadikan sebagai lungua franca di pelabuhan Melaka.Warisan Melayu tersohor hingga ke seluruh pelusuk dunia.Hal ini disokong dengan keindahan Bahasa Melayu yang digubah dalam bentuk qasidah,inang dan puisi.Bait2 puisi yang dilantunkan dengan penuh penghayatan dapat menggetarkan mana2 jiwa yang mendengarnya.Malangnya,pascakemerdekaan  telah membuka pintu budaya kuning dari Barat sehinggkan jiwa mereka remaja tertarik ke arahnya.Kita tidak boleh membiarkan puisi menjadi bahan sejarah.KIta perlu memerah segala keringat dan kudrat yang ada bagi menghidupkan semula puisi dalam kalangan masyarakat.

Di manakah destinasi pertama seorang manusia sebaik sahaja dilahirkan?Sudah tentu ke rumahnya.Di sana,dia akan dibesarkan dengan penuh kasih sayangoleh dua orang insan yang bertanggungjawab membawanya ke dunia ini.Insan2 ini dinamakan ayah dan ibu.Mereka juga ialah orang yang paling berpengaruh dalam membentuk jati diri dan keperibadian anak2.Ibu bapa perlu menggunakan peluang ini bagi menerapkan kepentingan penggunaan puisi kepada anak2 sejak kecil lagi,bak kata pepatah,melentur bulu biarlah daripada rebungnya.Natijahnya,anak2 ini akan menjadi harapan bagi melindungi warisan bangsa.

Dasawarsa ini,peranan sekolah semakin diperhebatkan.Ia bukan lagi menjadi tempat pelajar belajar.Sekarang,ia telah dinaik taraf dan menjadi tempat pelajar belajar,dididik,diasuh dan dibentuk keperibadiannya.Bagi sukatan pelajaran,puisi dimuatkan dalam komponen sastera (KOMSAS).Pihak guru perlu lebih kreatif dalam menggiatkan pelajar menggunakan puisi.Penggunaan puisi dalam kalangan pelajar dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka yang mana perasaan ini semakin layu dan pupus. terutama dalam aset negara ini.Hal inilah yang dimaksudkan sekolah,tempat pelajar membentuk keperibadian diri.

Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah adalah mengadakan pertandingan menggubah puisi bagi pelajar.Sekiranya cadangan ini berjaya,kita telah meraih kejayaan pertama dalam puisi ini.Kebiasaanya,remaja akan menjadikan kisah hidup atau emosi mereka sebagai ilham bagi menggubah puisi mereka.Situasi ini dapat menjana kreativiti pelajar agar terus berkembang.

Media cetak selaku medium utama dalam penyebaran puisi perlu menggiatkan usaha mereka ke arah menanam minat berpuisi dalam kalangan masyarakat.Puisi2 hasil rekaan sasterawan veteran dan muda perlu dipaparkan.Rasionalnya,puisi2 larya sasterawan veteran kebiasaanya mempunyai bahasa yang cukup indah dan mempunyai makna yang tersirat di sebalik yang tersurat.Puisi nukilan sasterawan muda pula biasanya lebih bersifat santai dan ringan.Kedua-duanya pasti mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat memikat hati pembaca.

Peranan media elektronik pula adalah melaui kaedah pandang dan dengar.Media inilah yang paling banyak medapat tempat dalam hati masyarakat.Berbeza daripada media cetak,media elektronik memegang tanggungjawab bagi menyiarkan rancangan2 yang menggunakan puisi.Penyiara secara langsung Malam Puisi yang dihadiri sasterawan negara dan para selebriti antara rancangan yang perlu disiarkan.Kaedah ini adalah kaedah yang paling tepat dan cepat,sesuai dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun.

Jikalau drama dan filem muzikal diadakan bagi mengkayakan industri muzik,kenapa tidak kita gunakan cara ini bagi meningkatkan martabat puisi?Rakyat zaman sekarang sudah bosan dengan genre filem romantik.Saya yakin genre puisi dapat menampilkan satu kelainan yang tidak dapat dipandang enteng.

Akhir kata,apalah ertinya segala cita tanpa usaha daripada semua pihak?Peranan bagi menghidupkan kembali penggunaan puisi terletak pada batu jemala semua pihak Semoga puisi akan terus hidup kerana ia adalah simbol kewujudan bangsa Melayu,bak kata laksamana Hang Tuah,tak kan Melayu hilang di dunia.