Restoran makanan segera merupakan salah satu daripada pilihan makanan di Malaysia.Masyarakat tempatan yang sentiasa sibuk mengutamakan makanan restoran segera memandangkan ia berkonsepkan cepat dan layan diri.Hal ini seolah-olah mentirikan makanan tempatan.Namun begitu,masih terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.
Makanan segera biasanya dikemudi oleh restoran yang berjenama.Sehubungan itu,gaya hidup masyarakat yang semakin meningkat menyebabkan mereka lebih memilih restoran makanan segera.Ibu bapa sebgai tunjang utama keluarga seolah-olah menjadikan makanan segera sebagai makanan ruji kononnya kerana didesak anak2.
Kebijaksanaan pengusaha restoran makanan segera menggunakan strategi pengiklanan menggalakkan lagi perniagaan mereka.Kepelbagaian menu yang disajikan dan produk makanan yang sesuai dengan selera semua peringkat usia menyebabkan pelanggan tidak ptutus2 datang ke restoran ini.Suasana yang ekslusif memantapkan lagi perniagaan ini.
Bagi mengurangkan ketagihan makanan segera dalam masyarakat tempatan,langkah yang paling praktikal ialah mengurangkan penayangan iklan makanan segera di media massa.Sebaliknya,ia perlu digantikan dengan kempen pemakanan yang sihat.Melalui Persatuan Pengguna,kita boleh mendedahkan kandungan makanan segera yang kurang baik terhadap kesihatan pengguna.
Langkah2 yang perlu diambil bagi menghadapi krisis kenaikan harga barangan
Harga barangan di pasaran biasanya bergantung pada keadaan ekonomi dunia.Buat masa ini,keadaan ekonomi dunia berada dalam keadaan stabil.Namun,panas tidak selalunya sampai ke petang,adakalanya hujan di tengah hari.Andaikata ekonomi dunia merudum,maka harga barangan akan meningkat.Pasti masalah kewangan akan berlaku di mana-mana.Setiap individu dalam masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi situasi ini ibarat sediakan payung sebelum hujan.Pada saat-saat memerlukan bantuan kewangan,orang pertama yang kita cari bagi meminta pertolongan ialah diri sendiri.Kenapa?Tabungan yang dikumpul hasil titik peluh selama inilah yang dapat meringankan beban yang dihadapi.Sehubungan itu,semua rakyat digalakkan agar menabung bagi menghadapi hari2 yang agak susah bak kata pepatah,berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.
Taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat.Natijahnya,keperluan hidup mereka kadangkala dicampuradukkan dengan keinginan.Rakyat harus kembali dididik bagi menentukan yang mana keperluan dan yang mana keinginan.Tidak salah jika kita ingin membeli barang yang diidamkan,cuma,kita kena memastikan keperluan diletakkan sebagai tumpuan yang utama dahulu.Hal ini agar mendidik masyarakat agar jimat berbelanja.
Terdapat segelintir individu yang berbelanja dengan boros apabila diimbas kembali,barulah terbit penyesalan ibarat sudah terhantuk baru terngadah.Rakyat seolah-olah memandang enteng apabila disarankan agar jimat berbelanja.Sedangkan kerajaan sendiri mengadakan perancangan kewangan tahunan,inikan pula kita selaku rakyat biasa.Perancangan kewangan dapat membantu individu bagi menetapkan peruntukan perbelanjaan dan simpanan serta mendisiplinkan diri agar patuh pada perancangan yang dibuat.
Makanan sudah pasti menjadi keperluan nombor satu dalam senarai.Makanan juga boleh dikatakan sebagai peruntukan perbelanjaan yang paling besar untuknya.Namun begitu,kita boleh mengurangkannya dengan menanam syur-sayuran.Tanaman sayur-sayuran bagi kegunaan sendiri tidak memerlukan ruang yang banyak.Perkara ini juga boleh dijadikan sebagai hobi pada masa lapang.Bagi penduduk bandar ketiadaan ruang bagi melaksanakan rancangan ini dapat diatasi melalui penggunaan kaedah hidroponik.Oleh itu,tiada alasan bagi masyarakat untuk mengurangkan perbelanjaan dapur bagi sayur-sayuran.Semuanya bergantung pada sekuat mana keinginan kita untuk menjayakannya.
Mengikut kajian,dianggarkan setiap rakyat di dunia membuang 1 tan sampah setahun.Perkara yang membimbangkan ialah tiada tempat pelupusan sampah yang sesuai dan ia menelan belanja yang tinggi.Terdapat individu yang membuang barang yang remeh-temeh.Di saat kegawatan ekonomi,rakyat perlu diasuh agar menjadikan sebahagian sampah menjadi sumber kewangan.Barang2 yang boleh dikitar semula boleh dijual.Walaupun keuntungannya tidak seberapa,ia cukup bagi membeli sekurang-kurangnya satu bahan makanan.
Kemerosotan ekonomi dunia turut menyebabkan kenaikan harga minyak dan kadar tol.Situasi inilah yang cuba dielakkan para pengguna jalan raya.Namun begitu,rakyat kita tidak mahu bersyukur dengan kemudahan pengangkutan awam yang menjimatkan.Mereka lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri dengan bergaya.Cara mereka ini seolah-olah biar papa asal bergaya.Bukankah lebih jimat menggunakan pengangkutan awam?Tambahan pula,ibarat sambil menyelam minum air,ia juga dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar.
Tuntasnya,pada bila2 masa sahaja ekonomi dunia akan berubah.Kita sebagai masyarakat perlu menyiapkan diri dan mental agar terus dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun di sekeliling kita dilanda masalah kewangan.
KOMSAS diperkenalkan dalam subjek BM di peringkat sekolah menengah bertujuan untuk memupuk nilai2 murni dalam kalangan pelajar.
Subjek Bahasa Melayu merupakan salah satu wajib teras dalam semua peringkat peperiksaan dalaman.Bagi mendapatkan tempat yang lebih baik di peringkat pengajian seterusnya,pelajar wajib sekurang-kurangnya lulus dalam subjek ini.Salah satu daripada medium yang dimuatkan dalam subjek ini ialah komponen sastera(KOMSAS).Para pakar bahasa percaya kaedah ini dapat membantu karya sastera tak hilang dek masa,tak lapuk dek zaman.Pihak yang lain pula menyokong pernyataan ini dengan menyatakan sastera dapat memupuk nilai2 murni dalam diri pelajar.Kenyataan kedua ini mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra.Menghayati nilai2 murni melalui sastera adalah cara lama namun efisien.Masyarakat prakemerdekaan mempelajari nilai2 murni secara tidak formal melalui penceritaan oleh orang dewasa secara turun-menurun.Selain itu,gaya penceritaan yang sampai melaui cerpen,syair,pantun dan sebagainya mudah untuk diterima oleh remaja.Oleh itu,remaja tidak terasa terbeban dengan tekanan subjek ini.
Komponen sastera ialah himpunan hasil2 karya sastera.Sesetengah sastera pula berkait dengan sejarah.Cara pembelajaran ini memudahkan pelajar mempelajari dua perkara dalam satu masa.Perkara ini juga memaksa semangat patriotisme apabila remaja menghargai tanah air melalui sejarah dan bangga dengan Bahasa Melayu melalui keindahan bahasa dalam komponen sastera.
Karya yang dipilih bagi dimuatkan dalam komponen sastera telah dipilih oleh pakar2 bahasa yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Para pakar bahasa ini telah memilih karya sastera yang santai dan tidak terlalu berat untuk para pelajar.Tahap kematangan sesebuah jalan cerita adalah mengikut umur pelajar.Sehubungan itu,tidak tidak timbul soal pelajar tidk dapat mengikuti subjek Bahasa Melayu.Karya yang senang difahami dan dihayati ini memudahkan lagi penerapan nilai2 murni dalam diri remaja kerana ia sesuai dengan rentak jiwa remaja.
Sudah menjadi lumrah remaja mempunyai emosi yang tidak stabil.Oleh itu,agak mustahil bagi kita meletakkan KOMSAS bagi menerapkan nilai2 murni dalam diri pelajar.Bolehkah kita memaksa pelajar belajar KOMSAS dalam keadaan mereka sedang emosi.Ibu bapa merupakan alternatif terbaik bagi keadaan ini.Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dan dihormati oleh anak2 pasti dapat memadamkan api emosi mereka.Ibu bapa juga orang yang paling bertanggungjawab dalam membentuk peribadi anak2 dengan nilai2 murni.
Sekolah sebagai tempat tujuan kedua remaja menjadi tumpuan remaja dalam hidup mereka sebagai pelajar.Pengetua dan warga sekolah yang lain perlu mewujudkan satu budaya yang bercirikan pelbagai nilai murni agar pelajar dapat terbiasa dengan nilai murni ini dan mengamalkannya.Ternyata,kehadiran sekolah amat penting dalam menerapkan nilai2 murni dalam diri pelajar kerana ibarat serampang dua mata,pelajar bukan sahaja diterapkan dengan nilai2 melalui pembelajaran KOMSAS,malah melalui budaya sekolah itu secara tidak langsung.
Media massa merupakan hiburan yang paling dekat dengan jiwa remaja.Sesuatu yang paling rapat dengan mereka biasanya dapat mempengaruhi seseorang ke arah kebaikan atau keburukan.Kita dapat menggunakan peluang ini bagi menerapkan nilai2 murni dalam diri remaja melalui media massa.Cara ini setanding dengan kemajuan teknologi tanpa henti.
Tuntasnya,mewujudkan KOMSAS bagi menerapkan nilai2 murni dalam kalangan remaja adalah salah satu langkah yang bujak.Namun begitu,kita masih perlu menggabungkannya dengan elemen2 lain agar lebih praktikal dan berkesan.
Tradisi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 Ogos
Pada setiap 31 Ogos,kami akan menyambut HAri Kemerdekaan..Kami menyambutnya pada hari ini bagi mengenang tarikh kami diberikan kembali kuasa mentadbir negeri oleh pihak British iaitu pada 31 Ogos 1957.Setiap individu rakyat Malaysia,tanpa mengira kaum,bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini.Tanpanya,tidak mungkin kami dapat membangun identiti negara kami sendiri.
Di sebalik kemerdekaan yang berada dalam genggaman kami ini,terdapat beberapa insan yang bertanggungjawab dalam mencapainya.Selain itu,tokoh2 pejuan tempatan yang berani bak singa dalam mempertahankan maruah tanah air.Kami sebagai rakyat Malaysia tidak pernah melupakan jasa mereka,malah,pada hari kemerdekaan,nama merekalah yang kami julang dalam mengenang kembali pahit getir dan pengorbanan yang perlu dilakukan demi generasi akan datang.
Saluran media massa seperti radio yang sering memutarkan lagu patriotik,televisyen yang sering menayangkan drama atau filem yang bertemakan kemerdekaan menaikkan lagi semangat kami.Anda patut tonton salah satu daripada filem kegemaran saya,"Bukit Kepong."Setelah anda selesai menonton cerita ini,anda pasti akan faham kenapa kami dahulu bermatian dalam memelihara maruah negara daripada dinodai kuasa asing bak kata pepatah,biar putih tulang,jangan putih mata.
Kebanyakan daripada rakyat Malaysia menzahirkan tanda kegembiraan mereka menyambut bulan kemerdekaan dengan memasang bendera seperti di rumah,kereta dan sekolah.Pada masa itu,'Sang Jalur Gemilang'berkibar dengan megah di merata-rata tempat sebagai satu simbol kemerdekaan.
Pihak sekolah sebagai gedung ilmu menjadikan sambutan kemerdekaan sebagai salah satu alat pendidikan tidak formal dalam menerapkan dan mendidik remaja nilai2 murni seperti patriotik,bersyukur dan sebagainya.Bagi menguji tahap pengetahuan mereka mengenai sejarah kemerdekaan,pihak sekolah mengadakan pelbagai latihan dan pertandingan.Hal ini adalah bagi memastikan semangat patriotik pelajar tidak hanya pada bulan kemerdekaan,malahan sepanjang hayat mereka.
Di setiap negeri,Hari Kemerdekaan peringkat tetap diadakan dengan meriah .Semua penduduk negeri dari setiap pelusuk tanpa mengira status,kaum dan agama,hadir ke kawasan terbuka dengan satu tujuan yang sama iaitu ingin menyambut hari kemerdekaan negara.Tidak mustahil pada pandangan saudara bahawa kami mempunyai pelbagai kaum,tetapi tetap dapat hidup bersama dalam suasana harmoni berpayungkan konsep 1Malaysia.
Bagi peringkat kebangsaan pula,sambutan kemerdekaan disambut dengan lebih meriah di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.Stadium itu memang dibina khusus untuk upacara kemerdekaan sejak kali pertama negara kami menyambut kemerdekaan lagi.Para pemimpin negara dan rakyat hadir berkumpul.Dengan penuh semangat,kami melaungkan kalimah 'Merdeka'sambil diiringi perasaan terharu dan bersyukur.Sektor2 kerajaan dan swasta akan mengambil bahagian dalam acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu perarakan perbarisan dan kereta berhias.Saudara pasti sukakannya jika saudara berkunjung ke sini.
Di sebalik kemerdekaan yang berada dalam genggaman kami ini,terdapat beberapa insan yang bertanggungjawab dalam mencapainya.Selain itu,tokoh2 pejuan tempatan yang berani bak singa dalam mempertahankan maruah tanah air.Kami sebagai rakyat Malaysia tidak pernah melupakan jasa mereka,malah,pada hari kemerdekaan,nama merekalah yang kami julang dalam mengenang kembali pahit getir dan pengorbanan yang perlu dilakukan demi generasi akan datang.
Saluran media massa seperti radio yang sering memutarkan lagu patriotik,televisyen yang sering menayangkan drama atau filem yang bertemakan kemerdekaan menaikkan lagi semangat kami.Anda patut tonton salah satu daripada filem kegemaran saya,"Bukit Kepong."Setelah anda selesai menonton cerita ini,anda pasti akan faham kenapa kami dahulu bermatian dalam memelihara maruah negara daripada dinodai kuasa asing bak kata pepatah,biar putih tulang,jangan putih mata.
Kebanyakan daripada rakyat Malaysia menzahirkan tanda kegembiraan mereka menyambut bulan kemerdekaan dengan memasang bendera seperti di rumah,kereta dan sekolah.Pada masa itu,'Sang Jalur Gemilang'berkibar dengan megah di merata-rata tempat sebagai satu simbol kemerdekaan.
Pihak sekolah sebagai gedung ilmu menjadikan sambutan kemerdekaan sebagai salah satu alat pendidikan tidak formal dalam menerapkan dan mendidik remaja nilai2 murni seperti patriotik,bersyukur dan sebagainya.Bagi menguji tahap pengetahuan mereka mengenai sejarah kemerdekaan,pihak sekolah mengadakan pelbagai latihan dan pertandingan.Hal ini adalah bagi memastikan semangat patriotik pelajar tidak hanya pada bulan kemerdekaan,malahan sepanjang hayat mereka.
Di setiap negeri,Hari Kemerdekaan peringkat tetap diadakan dengan meriah .Semua penduduk negeri dari setiap pelusuk tanpa mengira status,kaum dan agama,hadir ke kawasan terbuka dengan satu tujuan yang sama iaitu ingin menyambut hari kemerdekaan negara.Tidak mustahil pada pandangan saudara bahawa kami mempunyai pelbagai kaum,tetapi tetap dapat hidup bersama dalam suasana harmoni berpayungkan konsep 1Malaysia.
Bagi peringkat kebangsaan pula,sambutan kemerdekaan disambut dengan lebih meriah di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.Stadium itu memang dibina khusus untuk upacara kemerdekaan sejak kali pertama negara kami menyambut kemerdekaan lagi.Para pemimpin negara dan rakyat hadir berkumpul.Dengan penuh semangat,kami melaungkan kalimah 'Merdeka'sambil diiringi perasaan terharu dan bersyukur.Sektor2 kerajaan dan swasta akan mengambil bahagian dalam acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu perarakan perbarisan dan kereta berhias.Saudara pasti sukakannya jika saudara berkunjung ke sini.
guru memainkan peranan penting dalam menjana modal insan pada masa akan datang
Guru.Salah satu daripada profession pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia sama ada melalui kerajaan ataupun swasta.Zaman prakemerdekaan melihatkan tugas guru hanyalah mengajar membaca,menulis dan mengira.Namun begitu,seiring dengan peredaran masa,beban di bahu para guru aset negara ini bertambah.Peranan mereka dalam dunia pendidikan sekarang bukan sahaja untuk mengajar,malah,menjana modal insan akan datang.Guru dikatakan antara orang yang paling sesuai dalam memikul peranan ini.Hal ini kerana,tugas mereka pada zaman sekarang bukan sahaja untuk mengajar,malah untu mendidik.Perkara ini menyebabkan terjalin satu ikatan yang kuat antara guru dan pelajar sehinggakan ada guru yang sanggup mengorbankan masa,tenaga dan wang ringgit demi kecemerlangan pelajar.
Kedua-dua guru dan pelajar merupakan manusia biasa.Perbezaan yang ada pada mereka adalah dari segi umur dan cara pemikiran.Sudah pasti para guru lebih berumur dan lebih matang dalam cara pemikiran berbanding para pelajar.Para pelajar yang terdiri dalam kalangan remaja biasanya muda dan masih mentah jalan pemikirannya ibarat setampuk pinang.Pada saat2 yang genting dalam mencari identiti diri ini,para remaja akan menjadikan sesiapa di sekeliling mereka sebagai idola dan contoh.Tugas guru yang mencabar dan penampilan yang berwibawa menjadikan setiap pelajar melihat guru sebagai idola mereka ke arah yang positif.Hal ini dapat dijadikan sebagai platform dalam menjana modal insan pada masa akan datang.
Purata seorang pelajar menghabiskan masa di sekolah setiap hari adalah selama 8 jam atau lebih.Kesemua aktiviti yang diakan di sekolah memerluka kehadiran guru sebagai penasihat atau pembimbing.Tidak hairanlah jika terjalin satu ikatan silaturahim yang cukup erat antara guru dan murid sehinggakan ada murid yang menjadikan guru sebagai tempat meluahkan perasaan dan masalah.Kata2 dorongan yang positif menaikkan semangat pelajar.Tidak mustahil apabila terdapat seseorang yang berjaya meletakkan dorongan guru sebagai resipi kejayaan.
Namun begitu,tanggungjawab dalam menjana midal insan akan datang bukanl satu tugas yang mudah.Oleh itu,tidak adil jika peranan ini disandarkan kepada guru2 seratus peratus tanpa membabitkan pihak yang lain.
Ibu bapa sebagi tunggak utama keluarga ialah insan yang paling berpengaruh dalam membentuk jati diri anak2.Budaya keluarga yang diamalkan dalam sesebuah keluarga menggambarkan bentuk keperibadian generasi akan datang.Justeru,ibu bapa perlu membudayakan institusi kekeluargaan mereka dengan cemerlang bagi melahirkan modal insan kelas pertama.
Remaja zaman sekarang menjadikan media massa sebagai tumpuan hiburan yang utama.Perkara ini boleh dijadikan alternatif bagi mencapai matlamat ini.Media massa perlu mempengaruhi pemikiran remaja ke arah yang lebih positif demi kemajuan dan kestabilan ekonomi negara.
Kawasan persekitaran juga dapat membantu kita dalam melahirkan tampuk pentadbiran yang memiliki keperibadian modal insan.Kerajaan disarankan agar menyediakan prasarana secukupnya dan berusaha dalam mengurangkan kadar jenayah agar aset2 negara kita dapat membesar dalam keadaan jiwa dan minda yang bersih.
Akhir kata,menjana modal insan ialah harapan negara yang ingin melihat pewaris bangsa kelak ialah seorang yang berwibawa dan berpandangan jauh.Justeru,pelbagai usaha yang drastik dan pragmatik diperlukan bagi mencapai cita2 ini.
keistimewaan permainan tradisional
permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan sejak dahulu kala namun masih kekal sehingga sekarang.Permainan tradisional dianggap sebagai warisan budaya memandangkan ia dicipta masyarakat tempatan.Keistimewaan permainan tradisional yamg pelbagai menjadikannya lebih istimewa dari[pada permainan2 lain.permainan tradisional oleh masyarakat malayu dahulukala sebagai aktiviti mengisi masa lapang.Malah,pada zaman sekarang,aktiviti ini masih dianggap praktikal memandangkan ia membawa banyak faedah.Antara faedahnya ialah mencerdaskan minda.Terdapat permainan yang memerlukan kita merangka strategi.Hal ini dapat meningkatkan kecerdasan minda.
permainan tradisional dimainkan di tempat2 terbuka di padang dan dimainkan secara beramai-ramai.Hal ini dapat mengukuhkan tali silaturahim dan perpaduan antara masyarakat dalam sesebuah kawasan,
selain daripada mengisi masa lapang,permainan tradisional menjadi salah satu bahan pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa.Perkara ini bukan sahaja membantu para peserta menambah kenalan,malah,memperkenalkan budaya Malaysia ke mata dunia.
Di samping itu,di sebalik setiap permainan tradisional itu pasti tersirat nilai2 muni yang boleh dipelajari seperti semangat kerjasama dan kesabaran.Perkara inilah yang menjadi medium dalam mendidik anak2 sebelum kewujudan sekolah.
Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai barangan sewaktu Perang dunia kedua.Sebenarnya,kreativiti itu telah dipupuk sebelum itu lagi memandangkan terdapat permainan tradisional yang memerlukan permainan berfikiran kreatif seperti wau.natijahnya,kreativiti ini sangat berguna di saat kesusahan.
tuntasnya,permainan tradisional perlu dipelihara bukan sahaja kerana faedahnya,malah kerana ia simbol warisan negara.