8 Okt 2011

Karangan Penting 2011

 USAHA MEMUPUK SIKAP SUKA AKAN BARANGAN KELUARAN TEMPATAN
Golongan remaja adalah golongan yang paling banyak di Malaysia.Walaupun masih muda,namun cita rasa mereka dalam kehidupan amat tinggi.Cita rasa mereka ini sering berubah-ubah mengikut perkembangan dan pengaruh yang mendominasi diri mereka.Perkembangan fesyen dalam semua aspek pemakaian telah mempengaruhi remaja agar mereka tampak lebih anggun dan menarik.

Pengeluar barangan sering menjadikan remaja sebagai tujuan utama pemasaran terutamanya barangan berjenama dari luar negara.Hal ini kerana kuasa beli mereka agak tinggi dan pendapatan mereka hanya digunakan untuk keperluan peribadi sahaja.DI samping itu,gaya pemakaian dan barangan berjenama barat serta pengaruh persekitaran adalah antara faktor yang mempengaruhi cita rasa golongan remaja.

Barangan tempatan juga tidak kurang hebatnya.Oleh itu,pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memupuk remaja mencintai barangan tempatan,antaranya ialah pengaruh media massa.Media massa sebagai teknologi yang paling dekat dengan manusia perlu menggunakan pengaruh mereka ke arah kebaikan demi kemajuan barangan tempatan.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga ialah orang yang paling berpengaruh dalam membentuk peribadi anak2 termasuklah mengenai cita rasa.Bagai melentur buluh biarlah daripada rebungnya,ibu bapa perlu menasihati anak2 agar mengutamakan barangan tempatan.Hal ini kerana barangan tempatan mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan dari luar negara.

Akhir kata,tidak salah jika remaja mempunyai cita rasa yang tinggi,namun adalah lebih baik jika mereka menginterpretasikannya pada barangan tempatan

Usaha yang boleh dilakukan oleh media massa bagi menghayati karya sastera

Karya sastera ditakrifkan sebagai hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri atau keistimewaan yang tertentu.Kebiasaannya,karya sastera ini digubal dalam bahasa yang sangat indah ataupun dalam bentuk kiasan.Malangnya,masyarakat kurang berminat dalam menghayati sastera negara ibarat berlian dalam lumpur.Sehubungan itu,media massa telah dipilih sebagai 'alat ajaib'yang paling sesuai bagi menarik minat masyarakat menghayati karya sastera.

Alat media massa yang paling popular abad ini adalah televisyen.Gajet ini juga merupakan salah satu daripada alat pandang dengar.Drama atau filem yang disiarkan melalui televisyen adalah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.Pihak penyiaran perlu memberi kerjasama dengan menayangkan drama atau filem yang berunsurkan sastera supaya masyarakat dapat menghayati sastera dalam keadaan santai.

Selain itu,perlu ada inisiatif dalam diri pihak penerbitan bagi menerbitkan rancangan yang dapat membawa penonton mendalami dan mencintai karya sastera.Para penonton perlu didedahkan dengan kepentingan karya sastera agar ia tidak hilang dek masa,tidak lapuk dek zaman.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) dari dahulu telah mengambil langkah untuk menyelamatkan karya sastera negara.Malam Puisi yang dihadiri para sasterawan dan selebriti merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil.Saya berpendapat adalah lebih baik kerjasama dijalinkan antara pihak DBP dengan stesen penyiaran bagi  menyiarkan program ini secara langsung supaya masyarakat dapat menghayati setiap bait puisi yang dilantunkan oleh mereka yang sememangnya mencintai sastera iaitu sasterawan.Semoga keikhlasan sasterawan turut dapat dirasai oleh masyarakat.

Bagi alat media massa yang lain seperti radio, alat ini dapat memainkan peranannya yang tersendiri dalam bidang ini iaitu untuk memutarkan lagu-lagu yang berunsurkan sastera.Bagai menyelam minum air,perkara ini bukan sahaja memperkenalkan kepada masyarakat mengenai pelbagai bentuk sastera yang ada,malahan,dapat mengangkat martabat penulis lirik dan penggubah lagu tempatan.

Peranan media cetak juga tidak wajar dilupakan.Sama ada majalah atau suratkhabar,mereka dapat membantu menghidupkan karya sastera negara dengan meyiarkan karya-karya sastera negara nukilan penulis- penulis muda.Sebaik-baik sahaja melihat karya mereka terpampang di dada media cetak,sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk terus mencipta karya sastera yang lebuh bernutu.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan oleh setiap media massa adalah menyiarkan iklan.Berdasarkan kajian,iklan boleh mempengaruhi minda seseorang.Tidak salah jika kita ingin menggunakan cara ini bagi menarik minat masyarakat mendalami sastera negara dan mendalami kehebatannya yang tidak kurang hebatnya.

Tuntasnya,masyarakat perlu menghayati sastera kerana ia adalah salah satu daripada simbol warisan bangsa.Justeru,kerjasama daripada media massa amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Peranan masyarakat antarabangsa dalam membantu negara yang mengalami bencana alam

Bencana alam bagaikan satu igauan ngeri setiap penduduk di muka bumi ini.malangnya,bencana alam adalah suatu yang tidak boleh dihalang. Kehadirannya kadangkala tidak membawa amaran ibarat malang tidak berbau.Bencana alam yang menimpa sesebuah negara sudah pasti mengalami kesengsaraan kepada rakyat seluruh negara.Hal ini menyebabkan ekonomi negara agak lumpuh memandangkan perlu memberi perhatian kepada kebajikan rakyat.Pertolongan masyarakat antarabangsa amat diperlukan bagi membantu negara yang mengalami bencana alam.

Setiap mangsa bencana alam sudah pasti akan mengalami trauma dan tekanan perasaan.Hal ini akan menjadi bertambah buruk jika ia disusuli kecacatan sepanjang hayat atau kehilangan harta benda dan orang yang tersayang.Pada masa ini sokongan moral daripada masyarakat antarabangsa amat diperlukan walaupun berbeza bahasa,agama,bangsa dan negara.Simpati yang melanda masyarakat antarabangsa dan tragedi yang menimpa pasti menimbulkan keinsafan di hati atas kebesaran ALLAH.

Bencana alam bukan sahaja meragut nyawa insan yang tersayang,malah,harta benda yang sekian lama dikumpul.Bagi meringankan beban mangsa,masyarakat antarabangsa diharapkan dapat menghulurkan sumbangan  berupa wang,makanan,selimut dan sebagainya buat para mangsa .Di mana sahaja kita berada,apabila terlihat bencana alam berlaku pada sesebuah negara,pasti hati ini meruntun sedih.Namun,berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul.Oleh itu,bukalah hati kita untuk membantu mangsa bencana alam walaupun kita berlainan kewarganegaraan.

Daripada individu,kita beralih kepada peranan masyarakat antarabangsa dalam aspek perubatan.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSM)merupakan antara badan bukan kerajaan(NGO)yang aktif dalam meghulurkan bantuan kemanusiaan.Bekalan ubat-ubatan dan paramedik tempatan amat tidak mencukupi apabila berlaku sesuatu bencana alam mengenai jumlah mangsa yang terlalu ramai.Bantuan daripada pegawai perubatan dari luar negara amat diharapkan dalam usaha menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang boleh.

Perkara yang paling menyedihkan apabila berlaku bencana alam adalah kehilangan orang yang tersayang.Apatah lagi apabila melihat anak-anak kecil menjadi yatim piatu akibat bencana alam yang berlaku.Sungguhpun begitu,masa depan anak-anak sebagai aset negara tidak wajar dipersiakan.Semangat mereka harus ditiup kembali.Para sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu bagi membina sekolah buat mereka serta meneruskan pelajaran mereka serta meneruskan pelajaran mereka yang tertangguh.Siapa tahu,pelapis pentadbir negara tersebut merupakan seorang pemimpin berjiwa cekal kesan setelah mengharungi dugaan bencana alam.

Perkara kedua yang difikirkan oleh mangsa bencana alam setelah menangisi kehilangan orang yang tersayang adalah di mana tempat hendak berteduh?Bagai jatuh ditimpa tangga,beban yang ditanggung bertambah berganda-ganda.Masyarakat antarabangsa yang prihatin terhadap masalah ini pastinya memainkan peranan mereka dengan cara menyediakan tempat tinggal kepada mangsa bencana alam.secara sementara sambil menunggu tempat tinggal yang kekal.Khemah kecil untuk sekeluarga sudah cukup untuk membuat para mangsa bersyukur atas kemurahan hati masyarakat antarabangsa.

Kerajaan selaku payung pentadbiran negara pastinya berada dalam keadaan tertekan dengan beban kewangan bagi menampung kebajikan rakyat dan pemulihan prasarana negara.Peranan masyarakat antarabansa khusunya antara negara adalah pertolongan daripada segi kewangan.Perkara ini penting bagi membantu negara tersebut dalam memulihkan kembali keharmonian negara mereka.

Tuntasnya,masyarakat antarabangsa mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu negara yang mengalami bencana alam.Negara yang terbabit dalam tragedi tersebut pasti bertambah rapuh untuk kembali bangun berdiri setanding dengan negara-negara  lain tanpa pertolongan masyarakat antarabangsa.

Wabak penyakit berlaku disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengutamakan kebersihan

Kebelakangan ini,kita sering mendengar berita mengenai wabak penyakit yang melanda.penyakit-penyakit  seperti taun,denggi dan H1N1 turut mampu meragut nyawa.Tatkala soalan mengenai punca-punca penyakit ini merebak ditanyakan kepada doktor-doktor pakar,mereka sepakat menjadikan aspek kebersihan yang diambil enteng oleh masyarakat sebagai puncanya.Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini akan diulas oleh penulis.

Penulis berpendapat bahawa ramai individu yang tidak menjaga kebersihan diri sendiri.Alasan dengan kehidupan seharian seperti kerjaya menjadi benteng kepada mereka untuk tidak menjaga kebersihan diri.Badan yang tidak bersih bagaikan pagar rapuh yang bisa dirempuh oleh kuman pembawa penyakit dengan sewenang-wenangnya.Oleh itu,siapakah yang wajar dipersalahkan untuk punca ini?Fikir-fikirkan.

Masih lagi berkisarkan tentang individu,namun punca yang kedua ialah gejala sosial.Ada insan yang menjaga kebersihan diri dengan sempurna namun mengamalkan cara hidup yang tidak sepatutnya.Seks bebas,menghisap dadah,meghisap rokok dan sebagainya adalah punca kepada penyakit yang merbahaya seperti HIV.Rakyat kita merasakan cara hidup sebegini adalah cara hidup yang moden kerana datangnya dari Barat sedangkan budaya kuning inilah mengancam nyawa dan memusnahkan masa depan mereka.

Sekolah juga merupakan tempat di mana masyarakat pelajar belajar dan menimba ilmu.Masyarakat pelajar yang kebiasaannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja mempunyai antibodi yang lemah.Mereka mudah diserang penyakit.Malangnya,kita seringkali mendengar laporan mengenai sekolah yang tidak megutamakan kebersihan sehinggakan terdapat pembiakan Aedes di sekolah.Sehubungan itu,pihak sekolah diwajibkan melakukan aktiviti gotong-royong bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pemilihan tender kantin juga perlu diambil berat oleh pihak sekolah memandangkan makanan merupakan salah satu cara penyakit merebak.Kes pelajar keracunan makanan di kantin sekolah membawa kesengsaraan kepada warga sekolah.Hal ini juga menyusahkan beberapa pihak yang terlibat bagi menyelesaikan kes ini.Diharapkan agar pihak sekolah cakna dengan setiap aspek kebersihan di sekolah kerana kita sudah semestinya tidak ingin membiarkan apa-apa perkara buruk terjadi kepada aset negara kita.

Perniagaan merupakan sembilan daripada sepuluh pintu rezeki.Itu adalah sabda daripada Rasulullah SAW.Hal ini menyebabkan kebanyakan masyarakat membuka perniagaan terutama sekali perniagaan makanan.Keghaurahan mencari rezeki menyebabkan faktor kebersihan jatuh pada nombor ketiga atau yang terakhir.Masyarakat kita juga bagai dua kali lima di mana mereka tidak memastikan tentang persekitaran gerai atau restoran tersebut bersih ataupun tidak asalkan makananny sedap.Bukanlah menjadi satu kesalahan jika kita mencari makanan yang enak dimakan bagi memuaskan selera,tetapi kebersihan makana juga perlu diambil kira kerana ia amat berkait rapat dengan kesihatan.

Lalat dan tikus merupakan antara haiwan perosak yang menyebarkan penyakit.Kebiasaannya haiwan ini membiak dan mencari makanan dalam timbunan sampah.Masyarakat Malaysia yang cerdik pandai pula tidak menggunakan kelebihan mereka dengan mengambil jalan yang singkat untuk membuang sampah.Sampah dibuang ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa insaf bahawa sungailah yang menjadi sumber  air buat mereka.Sampah juga dibuang di tepi jalan dan dibiarkan bertimbun sehingga mencacatkan pemandangan dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.Di mana perginya kesedaran sivik masyarakat Malaysia?Mohon agar rakyat negara ini lebih cakna dengan tentang kebersihan kerana kebersihan kunci kepada kesihatan yang baik dan janganlah sudah terhantuk baru terngadah.

Sebagai penutup,sikap masyarakat yang tidak menutamakan kebersihan perlu diubah demi kesejahteraan masyarakat sejagat.

Sebab-Sebab kita perlu mengenang jasa tokoh kemerdekaan dan cara untuk menerapkannya kepada generasi akan datang

Merdeka.Satu sifat yang diertikan sebagai bebas.Kata ini juga boleh ditukarkan sebagai kata kerja apabila kita meletakkan imbuhan padanya.Namun,apa yang paling penting di sini adalah negara kita,Malaysia sudahpun menerima taraf negara yang merdeka.Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh-tokoh yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya.

Ramai yang tertanya-tanya,mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara?Jawapannya yang pertama ialah semangat patriotisme.Sebagai contoh,apabila kita mencintai sesuatu,kita pasti tidak ingin ada sesuatu yang menyakitinya,bukan?Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada di sisi.Begitu juga dengan patriotisme.Kita mencintai Malaysia dan tokoh-tokoh  kemerdekaan telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka.

Bagi mencapai kemerdekaan,tokoh2 yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.

Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat.Mereka telah meletakkan batu asa kepada kemajuan negara denagn cara memerdekakannya.Usaah yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang.Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia-sia.Sehubungan dengan  itu,kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah mengahdapi kerenah dan masalah sosial remaja.Ramai pihak yang berpendapat mengingatkan mereka  tentang perit getir tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu mampu meyelamatkan mereka.Namun begitu,cabaran terbaru yang dihadapi adalah bagaimana kita ingin menerapkannya dalam jiwa para remaja.Langkah-langkah yang drastik dan pragmatik perlu diambil dengan segera bagi merealisasikan hasrat ini.Generasi zaman sekarang cenderung mempelajari Sejarah semata-mata kerana ingin lulus dalam peperiksaan.Mereka tidak menghayatinya sebagaimana yang diharapkan.Para ibu bapa perlu turun padang bagi membantu menyelesaikan kerumitan ini.Sejak kecil lagi,anak-anak perlu diasuh mengenai cerita-cerita rakyat yang berunsurkan Sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Begitu juga dengan anak-anak.Jika kita ingin mereka mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan,kita perlu membiasakan mereka dengan kisah-kisah tersebut sejak kecil lagi.

Pihak sekolah selaku gedung ilmu pelajar perlu memanipulasi taraf ini bagi menerangkan sifat mengenang jasa tokoh kemerdekaan dalam diri pelajar.lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah bagi saya merupakan jalan terbaik buat para remaja merasai sendiri pahit getir tokoh kemerdekaan negara dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.Hal ini dapat menginsafkan para remaja dalam usaha tokoh kemerdekaan mencapai kejayaan dan membuatkan mereka tidak lupa akan tokoh-tokoh kemerdekaan..

Televisyen sebagai saluran media massa yang paling rapat dengan rakyat khususnya remaja dapat memainkan peranannya  yang tersendiri.Filem-filem atau dokumentari tentang tokoh kemerdekaan dapat membawa mereka kembali ke masa lampau dan menghayati.onak duri yang terpaksa dirempuh oleh tokoh kemerdekaan.Remaja dapat mempelajari sesuatu yang berguna di rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana.Itulah yang dinamakan kemudahan teknologi.

Konklusinya,tokoh-tokoh kemerdekaan sememangnya patriot kerana mereka sanggup megorbankan jiwa dan raga demi tanah air yang tercinta.Sebagai generasi pelapis,kita dapat menjadi patriot dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.

Langkah -langkah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Perkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot.patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadao tanah air.memang mudah untuk setiap lidah melafazkan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara,namun sejauh manakah kebenarannya?sedangkan cinta kepada Tuhan yang Maha Agung pun boleh dikhianati,cinta kepada Rasul boleh diambil enteng dan cinta kepada sesama manusia boleh dipersenda,apatah lagi cinta kepada negara.hal ini bertambah sukar buat remaja bagi mendalami semangat patrotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik yang boleh diambil kira akan dibincangkan.

Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan.remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran.Mereka juga pelu lebih giat dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga perlu mengambil peranan dalam menigkatkan semangat patirotisme dalam kalangan remaja.Ibu bapa perlu membiasakan anakanak dengan cerita-cerita rakyat yang berunsurkan sejarah .Hal ini adalah lebih baik daripada menceritakan mereka tentang kisah-kisah dongeng daripada negara barat.Tambahan pula,perkara ini dapat mengajar anakanak untuk lebih mengenali warisan dan budaya kita.

Selain itu,pihak sekolah juga dapat meningkatkan semangat patritisme remaja melalui mata pelajaran Sejarah.Guru-guru dapat mengggunakan kaedah ini dengan cara mendidik para remaja agar menghayati matapelajaran sejarah dan bukan sekadar dengan berniat untuk lulus peperiksaan sahaja.Penceritaan mengenai pahit getir para pejuang kemerdekaan negara dapat mengajar mereka erti bersyukur atas nikmat kemerdekaan.

Kebiasannya,pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik.Pihak sekolah dapat mengambil peluang ini untuk membawa pelajar ke tempat-tempat bersejarah,perkara ini merupakan salah satu daripada kaedah pembelajaran bagi meningkatkan semangat patriotisme remaja.

Media massa terutama televisyen merupakan teknologi yang paling dekat denagn kehidupan manusia.Pengaruh media massa terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen.Sehubungan itu,media massa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja memandangkan merekalah golongan yang paling banyak menonton televisyen.media massa perlu menyiarkan drama-drama ,filem,lagu,dan apa sahaja yang boleh membangkitkan semangat kebangsaan.Perkara ini perlu diteruskan sepanjang tahun dan bukannya pada bulan kemerdekaan sahaja bagi memastikan semangat patriotisme tumbuh subur sepanjang masa.

Di samping itu,pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti Program Khidmat Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab masalah ini.

Tuntasnya,remaja hari ini tidak ramai yang mempunyai semangat patriotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik pelru diambil bagi memastikan kita mempunyai pelapis pentadbir yang berwawasan.

Sektor pelancongan di Malaysia dan kepentingannya

Sektor pelancongan antara sektor yang paling banyak menyumbang jasa dalam meningkatkan ekonomi negara.namun begitu,masih banyak kepentingan sektor pelanconganselain daripada yang disebutkan sebentar tadi.Kita akan mengupas satu demi satu kepentingan sektor pelancongan dalam ruangan ini.

Kehadiran pelancong dari dalam dan luar negra membuka pintu rezeki penduduk desa yang menjalankan industri kecil-kecilan seperti industri kraf tangan.pelancong yang datang berkunjung menjadikan kraf tangan sebagai cenderamata sebelum pulang dan hal ini memajukan industri kecilan ini.kehadiran pelancong secara berterusan memberi jaminan kepada keutuhan perniagaan ini.

Selain itu,industri pelancongan kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sebaik sahaja kerajaan menjadikan sektor pelancongan sebagai pintu sumber ekonomi negara.kehadiran industri perhotelan di negara ini bukan sahaja menyinari lagi sektor pelancongan,malahan,mengurangkan kadar pengangguran dengan cara membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Tambahan pula,kemajuan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan menyemarakkan semangat kerajaan bagi membangunkan kawasan pelancongan.Langkah ini diambil bagi memastikan kita tidak putus dalam menerima kehadiran pelancong.

Di samping itu,sektor pelancongan juga menjadi salah satu sebab mengapa kerajaan ingin memajukan sektor pengangkutan.Hal ini kerana sektor pengangkutan yang lancar melicinkan kegiatan pelancongan di negara ini.Natijahnya,rakyat juga akan turut dapat merasai kesenangan sektor pengangkutan yang moden ini.

Akhir kata,sektor pelancongan membawa banyak kepentingan kepada negara.Diharap semua pihak dapat memastikan  sektor ini sentiasa berada dalam keadaan cemerlang.

Kepentingan air dan usaha mengatasi pencemaran air

Air merupakan antara komponen penting yang perlu ada dalam kehidupan manusia.manusia hanya dapat bertahan selama tiga hari sahaja tanpa air.Selain manusia,terdapat banyak lagi perkara yang memerlukan air.

Manusia dianggarkan memerlukan 50 liter air sehari untuk pelbagai kegunaan.namun begitu,masih terdapat aktiviti lain yang lebih banyak memerlukan air seperti pertanian.di sini,air diperlukan bagi mengairi tanaman.aktiviti penternakan juga memerlukan air.Walaupun begitu,peruntukan air untuk kegiatan penternakan kurang daripada peruntukan air yang diperlukan oleh manusia.sektor industri dan untuk menggerakkan kenderaan juga memerlukan air.Keperluan air yang ketara bagi mengimbangi suhu persekitaran dan menghilangkan kepanasan dalam badan.

Namun begitu,masalah pencemaran air mula melanda.hal ini akan menjejaskan perjalanan hidup setiap individu yang memerlukan air.Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membazirkan air.manusia sebagai makhluk yang berakal sewajarnya bersyukur atas kehadiran air bagi melicinkan aktiviti seharian mereka.Para pengusaha pertanian pula perlu diberi amaran keras agar tidak menggunakan baja kimia dan tidak mengalirkannya ke sungai.selain itu,para penternak diminta agar melupuskan najis haiwan dengan sebaik-bainya  tanpa membabitkan pencemaran air.kerajaan sewajarnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengusaha kilang yang mengalirkan bahan buangan ke sungai dengan sewenang-wenangnya.Di samping itu,aktiviti pembalakan menyebabkan air sungai menjadi berkelodak dengan tanah yang dibawa aliran hujan akibat tiada tanah yang mencengkamnya.

Tuntasnya,masalah pencemaran air bukanlah masalah yang boleh dipandang enteng memandangkan seluruh kehidupan dan semua aktiviti di dunia ini memerlukan air.