8 Okt 2011

SIKAP BERJIMAT CERMAT

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM DIRI ANAK2

Kebelakangna ini,kegawatan ekonomi melanda dunia.Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkena tempiasnya.Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan.Pada masa inilah,kita dapat melihat pelbagai ragam manusia mengharungi detik getir ini.Ada yang selesa kerana sudah bersedia,ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan hidup.Setiap ibu bapa pasti seboleh-bolehnya tidak menginginkan permasalahan kewangan mengganggu pemikiran anak2 mereka.Justeru,amalan berjimat-cermat perlu diterapkan dalam diri anak2 oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka seandainya peristiwa ini berulang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2 adalah menjadikan ia sebagai budaya keluarga.Hal ini kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak2.

Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak2 perlu menjadi contoh yang terbaik kerana anak2 yang meningkat remaja akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti mereka yang sebenar.Justeru,ibu bapa yang menginginkananak2 mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini  sebelum menerapkannya kepada anak2 bagi mengelakkan kejadian umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.Kadangkala,terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang2 sekeliling walaupun hakikat sebenarnya adalah tidak.Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya.Jika ada ibu bapa yang menjadikan ini sebagai budaya keluarga,diharapkan dapat menukar perspektif hidup secepat mungkin bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak2 amalan berjimat-cermat.Menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat membezakan antara keperluan dan keinginan.Hal ini juga dapat membantu anak2 menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan dikeluarkan.Percayalah,akitiviti tanbahan ini tidak akan menjejaskan aktiviti bersama keluarga.

Membuka akaun bank untuk anak2 merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat.Malah,langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak2 untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama ada segala asuhan dan didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak.Ibu bapa dapat menggunakan cara ini apabila mereka merasakan anak2 sudah cukup besar dan matang bagi menguruskan belanjawan diri sendiri.

Akhir kata,amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia.Tidak mudah bagi setiap ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan amalan ini dalam diri anak2.Namun,kesabaran mereka menjalankan tanggungjawab menepis segala keluh-kesah.