Keikhlasan turut berfungsi sebagai formula yang sangat berkesan untuk membunuh segala virus yang terbit dari sifat mazmumah seperti riak ketika berkerja dan bertugas untuk diperlihatkan kepada umum , ujub dan bangga diri kerana telah banyak memberi sumbangan kepada persatuan dan merasakan orang lain tidak seperti dirinya, cinta kepada jawatan atau kedudukan sehingga mendorong berlakunya dan 1001 jenis sifat atau tabiat lain yang merosakkan keikhlasan dan kesejahteraan beramal dengan Amal Islami .
Tanpa keikhlasan dalam bekerja , biarpun sehebat mana pengaruh dan publisiti yang berjaya diraih , kesannya sangat memudharatkan persatuan. Paling minima kesan yang bakal diterima ialah hilangnya keberkatan dan kemanisan bekerja. Seterusnya mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang melambatkan perjalanan persatuan.
Petanda Ikhlas seorang pekerja :
1. Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah swt.
Bekerja dengan tidak kerana mengimpikan kemahsyuran sehingga melanggar disiplin Amal Jamaei atau membina imej diri sehingga merempuh sistem syura dalam Amal Islami.
“Sesungguhnya amalan berasaskan niat dan sesungguuhnya bagi setiap individu terpulang kepada apa yang ia niatkan , maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kembali kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( tujuan keduniaan ) yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingn dikahwininya maka hijrahnya kembali kepada tujuan asal hijrah yang ia lakukan”
Nawaitu yang ikhlas sangat diperlukan oleh seorang pekerja kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari medan ini sekalipun diuji dan digoncang perasaannya .Hasil nawaitu yang ikhlas ini mercerna 5 sifat positif bagi seorang pekerja.
1- Jiwa yang tenang
2 – Rohani yang kuat
3 – Istiqamah terhadap tugas
4 – Semua tugas menjadi ibadat
5 – Beroleh ganjaran dalam tugas
2. Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan .
Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas bukan platform amal . Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang menzahirkan ketidakikhlasan dalam bekerja.
Contohilah Khalid Ibnul Walid yang menerima surat perletakan jawata n di tengah medan perang dari Amiril Mukminin Saiyidina Omar Al Khattab rha. , tetapi Khalid Al Walid meneruskan perjuangan sehingga perang selesai , barulah surat itu diwartakan kepada umum .Lantas sahabat mempersoalkan kenapa Khalid Al Walid terus berperang walhal ia tidak lagi menjadi ketua turus tentera waktu itu. Khalid Al Walid rha. mengemukakan jawapan yang cukup jelas mempamerkan keikhlasan seorang pejuang bahawa ia berjuang dan berperang bukan kerana Omar tetapi kerana tuhan Omar.
3� Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran
Sikap ini bukan sahaja menyuburkan budaya nasihat menasihati dikalangan kita malah menyemarakkan semangat keikhlasan bekerja. Justeru mereka yang bekerja untuk kepentingan peribadi dan merasakan hanya dirinya yang betul , pasti tidak akan memiliki sikap tersebut .
“Agama ialah nasihat , lantas kami bertanya : Bagi siapa ? Rasulullah saw. menjawab : bagi Allah swt. , kitabNya , rasulNya , pemimpin muslimin dan orang-orang awam mereka”
Riwayat Muslimin