LATAR BELAKANG
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal XXVI (26) pada 24 Mei 2008, bersetuju supaya dilaksanakan satu program khusus bagi membanteras jenayah dalam kalangan belia. Susulan itu, Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah mengarahkan supaya gerakan membanteras jenayah dalam kalangan belia diperluaskan melalui kempen Generasi Bebas Jenayah.
PROGRAM GENERASI BEBAS JENAYAH
Dalam menangani gejala sosial semua pihak harus bertindak secara kolektif dan berterusan. Pendekatan baru yang sedikit radikal mungkin amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang Hadhari dan disegani oleh semua bangsa di dunia ini. Selain itu, Generasi muda adalah tunas dan tenaga baru amat penting kepada pembangunan negara memandangkan mereka adalah pewaris kepada apa yang ditinggalkan generasi lama.
KUMPULAN SASARAN
Golongan belia/ remaja yang berumur dari 13 hingga 40 tahun, khususnya belia-belia tidak berpersatuan dan mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi untuk terlibat dengan perlakuan jenayah.
OBJEKTIF
- Memberi pendidikan dan maklumat yang tepat kepada golongan belia mengenai perlakuan jenayah.
- Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah dan kesan-kesannya.
- Membebaskan pemikiran dan penglibatan belia dalam perlakuan jenayah.
- Melahirkan generasi muda yang mempunyai tanggungjawab sosial bagi membanteras jenayah dalam masyarakat.
- Menggerakan tindakan pencegahan jenayah oleh belia di peringkat komuniti.
STRATEGI PERLAKSANAAN DAN PENGISIAN PROGRAM
- Membina kesedaran generasi muda terhadap bahaya jenayah dan kesannya kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara melalui (Kempen Media):
- Program Gerak Gempur Media
- Program Promosi
- Penjenamaan
- Media cetak
- Media elektronik
- Majlis Pelancaran
- Kempen Outdoor
- Melaksanakan program pendidikan dan pencegahan jenayah:
- Ekspedisi bermotor (XPDC GBJ)
- Karnival GBJ
- Khemah Kerja GBJ
- Program Kecemerlangan Belia (Kaunseling)
- Dataran Belia – Belia Bermotor
- Program GBJ bersama YMM
- Program GBJ bersama MBWP
- Program Rakan Muda
- Memasukan dan menerapkan elemen gerakan GBJ dalam semua modul latihan pembangunan belia dan sukan:
- Program Latihan Kepimpinan
- Program Keusahawanan
- Program Rakan Muda
- Program Sukan Massa
- Program Kemahiran