MAJLIS PELANCARAN BUKU “PELAN TINDAKAN PEMBUDAYAAN AMALAN NILAI-NILAI MURNI PUTRAJAYA 2011 – 2015”
by Pegawai Perhubungan Awam Sektor Awam on Monday, March 28, 2011 at 6:18pm
UCAPAN
YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN BUKU “PELAN TINDAKAN PEMBUDAYAAN AMALAN NILAI-NILAI MURNI PUTRAJAYA 2011 – 2015”
TARIKH/MASA
28 MAC 2011 (ISNIN), 2.30 PETANG
TEMPAT
DEWAN SRI SIANTAN KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kegemilangan dan Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan
Ketua Setiausaha Negara
YBhg. Tan Sri Samsudin Osman
Presiden Perbadanan Putrajaya
YBhg. Dato’ Haji Ahmad Phesal Haji Talib
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, dapat kita berhimpun pada petang ini bagi menjayakan Majlis Pelancaran Buku “Pelan Tindakan Pembudayaan Amalan Nilai-nilai Murni Putrajaya 2011-2015”.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara, meluangkan masa untuk hadir menjayakan majlis ini dan seterusnya melancarkan “Buku Pelan Tindakan Pembudayaan Amalan Nilai-nilai Murni Putrajaya 2011-2015”. Kehadiran YBhg. Tan Sri sesungguhnya menunjukkan komitmen yang tinggi YBhg. Tan Sri dalam merealisasikan matlamat menjadikan Putrajaya sebagai bandar contoh.
Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran semua hadirin amatlah bermakna bagi mengekalkan dan memperkukuhkan kerjasama dalam menjayakan aspirasi kerajaan ke arah pembudayaan amalan nilai-nilai murni di Putrajaya khususnya dan Malaysia amnya.
YBhg. Tan Sri dan hadirin yang dihormati,
Dalam kita menyongsong fajar Negara Maju menjelang tahun 2020, pembangunan bandar yang terancang, lengkap dengan prasarana yang hebat dan penyediaan landskap serta taman yang indah sahaja belum cukup untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut aspirasi dan citra kita sendiri. Kemajuan fizikal seharusnya diselarikan dengan pembangunan insaniah berlandaskan pembudayaan amalan nilai-nilai murni, agar keharmonian dan kesusilaan masyarakat berbilang kaum dapat terus mekar dan lestari.
SEBELAS KRITERIA BANDAR SEJAHTERA

Putrajaya dibangun dengan berpaksikan kepada 3 konsep kehidupan yang bersepadu iaitu hubungan manusia dengan penciptaNya, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Mengambil kira konsep ini, maka model Putrajaya direka bentuk dan diilhamkan sebagai bandar raya model berteraskan 11 bidang fokus utama Bandar Sejahtera. Pembangunan Putrajaya memberi tumpuan kepada usaha-usaha menjadikannya bandar raya yang selamat pada setiap masa, terurus dan bersih dengan persekitaran yang menyihatkan; mempunyai kemudahan awam dan kawasan rekreasi yang mencukupi serta mempunyai pelbagai infrastruktur yang baik. Selain daripada itu, Putrajaya turut diaspirasikan untuk menjadi bandar raya hijau dengan pemeliharaan alam sekitar, bersemangat dan bertenaga; mempunyai pengangkutan awam yang cekap dan efektif; mempunyai kemudahan perkhidmatan perubatan yang terurus dengan baik, komunitinya berbudaya nilai murni dan memiliki tahap sosial yang baik; mempunyai pelbagai kemudahan untuk meningkatkan ilmu dan pembelajaran serta menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mesra rakyat.

Perancangan Putrajaya berteraskan kepada prinsip keadilan sosial, penerimaan yang meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum dan perpaduan rakyat Malaysia. Justeru, adalah penting untuk memastikan warga Putrajaya sama ada sebagai penghuni, penjawat awam, pelawat atau pelancong dan peniaga, menjadikan pembudayaan amalan-amalan yang baik sebagai satu cara hidup demi mencapai keharmonian sejagat.
Pembudayaan amalan nilai-nilai murni merupakan antara pemangkin utama ke arah mencapai aspirasi perpaduan nasional sepertimana yang ditekankan dalam Prinsip Rukun Negara dan Gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Malah salah satu daripada 8 nilai yang terkandung dalam konsep 1Malaysia sebagaimana yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri ialah nilai integriti yang merangkumi antaranya kejujuran, bercakap benar dan berbudi bahasa. Dengan pembudayaan nilai-nilai seperti ramah mesra, kesaksamaan dan keadilan, saling menghormati dan bertanggungjawab, maka keseimbangan sosial dalam kalangan masyarakat majmuk akan tercapai. Hasrat untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan dan etosnya yang tersendiri, bukan sahaja bergantung kepada kualiti modal insan dari segi intelek dan keterampilan, tetapi juga keperibadian warganya yang diwarnai oleh amalan nilai-nilai murni.
BUDAYA DAN PEMBENTUKAN NILAI

Budaya memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai, tingkah laku dan pemikiran individu atau masyarakat. Dalam masyarakat berbilang kaum, ia jelas menggambarkan cara hidup yang berbeza. Pembentukan budaya dan pembinaan tamadun jika dilihat dari perspektif sosiologi amat dipengaruhi tahap ekonomi, kemajuan sains dan teknologi, ketinggian akal budi dan falsafah ilmu serta keperibadian masyarakatnya. Justeru, yang perlu disuburkan ialah nilai yang mengangkat martabat kemanusiaan. Bak kata Aristotle “...yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya”. Untuk itu, bagi membina peradaban, masyarakat itu sendiri perlu mengamalkan budaya positif dan amalan nilai-nilai murni.
Syed Naquib Al-Attas ketika mengupas isu berkaitan moral dan peradaban manusia dalam bukunya “Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality” menjelaskan bahawa insan yang hilang adab adalah insan yang kehilangan disiplin, jasmani, akal, dan rohani. Mereka tidak memiliki modal yang berharga dan seterusnya menjadi masalah dan bukan penyelesai masalah. Malah ketiadaan adab akan mengakibatkan kezaliman bahkan boleh terbentuknya sofisme dalam masyarakat. Justeru, untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang tinggi keperibadiannya dengan minda kelas pertama, adalah penting untuk kita membudayakan amalan nilai-nilai murni.
Pembentukan nilai-nilai murni memerlukan kegigihan dan keikhlasan semua lapisan masyarakat. Dalam konteks merealisasi Putrajaya sebagai bandar contoh dari aspek pengamalan nilai-nilai murni, adalah penting bagi setiap warga Putrajaya memahami latar belakang agama, nilai dan kebudayaan kelompok yang berbeza supaya timbul keinsafan bahawa nilai-nilai murni adalah hak milik bersama. Sebagai contoh, baik Islam, mahupun tradisi Cina dan India, ketiga-tiga bangsa utama Malaysia ini amat menghargai ilmu pengetahuan; hormat kepada orang tua dan ibu bapa, dengan adab-adab tertentu yang relevan dalam kehidupan seharian.
Amalan nilai-nilai murni tidak terhad kepada hubungan di antara keluarga dan rakan taulan semata-mata, tetapi lebih meluas hinggalah ke ruang lingkup dunia pekerjaan. Bagi penjawat-penjawat awam misalnya, amalan mesra pelanggan melalui pembudayaan amalan senyum adalah antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni yang akan menzahirkan perhubungan akrab antara penjawat awam dengan pelanggan. Pendek kata, penghayatan terhadap pembudayaan nilai-nilai murni merupakan proses penjanaan transformasi budaya dan amalan mulia dalam meningkatkan kredibiliti kita sebagai warga Putrajaya.
HARAPAN
Justeru, MAMPU dan Perbadanan Putrajaya telah mengadakan kerjasama strategik untuk membangunkan “Pelan Tindakan Pembudayaan Amalan Nilai-nilai Murni Putrajaya 2011-2015”. Kolaborasi MAMPU dan Perbadanan Putrajaya ini juga menjadi lambang kesediaan agensi-agensi Kerajaan dari pelbagai peringkat bergandingan tangan bergerak di atas landasan seamless dan merentas sempadan. Adalah menjadi harapan semua agar buku ini dapat dijadikan wahana untuk memacu Putrajaya menjadi sebuah “Bandar Dengan Komuniti Berbudaya Nilai-nilai Murni dan Tahap Sosial Yang Baik”.
Intipati Buku “Pelan Tindakan Pembudayaan Amalan Nilai-nilai Murni Putrajaya 2011-2015” membawa satu dimensi baru ke arah peningkatan kualiti hidup warga Putrajaya dan merupakan titik permulaan transformasi ke arah mengungguli pembudayaan nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti Putrajaya. Dengan pelaksanaan pelan ini, adalah menjadi harapan kita agar Putrajaya bukan sahaja dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bercirikan bandar intelek dan berketrampilan tetapi juga sebagai bandar yang ditunjangi oleh nilai-nilai murni dan hidup dengan berlandaskan kepada norma-norma sosial yang baik.
Bagi mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya, agensi-agensi Kerajaan yang terlibat serta semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung ke arah penghasilan Buku “Pelan Tindakan Pembudayaan Amalan Nilai-nilai Murni Putrajaya 2011-2015” yang akan dilancarkan sebentar lagi. Semoga semangat kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Saya juga sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara di atas kesudian YBhg. Tan Sri menyempurnakan pelancaran Buku “Pelan Tindakan Pembudayaan Amalan Nilai-nilai Murni Putrajaya 2011-2015”.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wasalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.