CERPEN GERHANA MANUSIA
(Aminah Mokhtar)
SINOPSIS
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan
kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan
Dayusa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya
yang tidak sihat. Tuan Dayusa memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan
hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Prajudi dan Dr Moralis
di Wad ICU yang menempatkan Tuan Dayusa. Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad
tersebut.
Ketika itu, terdapat beberapa orang
pesakit lain yang memerlukan darah untuk
membantu merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran
dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama
terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan telah cedera digigit oleh
anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang
mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.
Nusia telah dipertanggungjawab untuk
membantu Dr Moralis merawat semua pesakit di wad ICU dan dipantau oleh Dr Prajudi. Dr Prajudi lebih
memberi perhatian kepada Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa merupakan seorang ahli korporat
yang ternama. Tuan Dayusa banyak memberi
sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain itu, Tuan Dayusa juga
telah menderma beratus ribu ringgit untuk majlis makan malam hospital tersebut.
Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Prajudi tidak memperdulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.
Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Prajudi yang
menyuruhnya membawa lima pek darah untuk merawat Tuan Dayusa sedangkan
darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan Dayusa memang
tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap
tindakan Dr Prajudi lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr Moralis.
Dr Moralis tidak mampu untuk berbuat
apa-apa kerana Dr Prajudi lebih berkuasa di wad tersebut. Namun demikian, akhirnya Tuan Dayusa telah meninggal dunia dan
Dr Moralis telah dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan
Dayusa. Dr Moralis sedar bahawa setiap
insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Moralis
sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4 orang pesakit di
wad tersebut yang masih memerlukan darah.
TEMA
Tema
Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja.Konflik antara memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari
pihak atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh.
Contoh:
Doktor
Prajudi menyuruh Nausia memberi bantuan darah
kepada Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa banyak memberi sumbangan kewangan
kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi pesakit lain
yang sangat memerlukan darah tersebut.
Persoalan:
Persoalan
yang terdapat dalam cerpen Gerhana Manusia adalah :
1. Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit.
Contoh: Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab
merawat pesakit di hospital.
2. Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan
masyarakat.
Contoh : Tuan Dayusa diberi layanan istimewa berbanding
pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama dan juga menjadi penyumbang kepada kelab elit
hospital.
3. Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat.
Contoh : Tuan Dayusa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis
yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk merawat mereka.
4. Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal.
Contoh : Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu
dimasukkan ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang rapi.
5. Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan.
Contoh: Tuan Dayusa telah dijangkiti dengan virus pada
paru-paru akibat pengambilan alkohol.