18 Mac 2012
17 Mac 2012
KOMUNIKASI BERKESAN
KERTAS KERJA I - KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK FASILITATOR
KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK FASILITATOR
Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad, Ph.D.
Jabatan Komunikasi
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
e-mail: abmuati@putra.upm.edu.my
Pengenalan
Manusia adalah makhluk yang dijadikan Allah Subhanahu wataala dengan spesifikasi sosial. Ertinya manusia tidak dapat hidup bersendirian, tanpa manusia lain atau masyarakat. Justeru manusia yang hidup dalam masyarakat pula perlu dipimpin atau diketuai oleh manusia lain dalam menjalankan urusan penghidupan hariannya. Allah Subhanahu wataala telah menetapkan missi hidup manusia di tengah-tengah masyarakat itu untuk mengabdikan diri kepadaNya. Pengabdian ini dimanifestasikan dengan suruhan beribadah kepadaNya. Ibadah yang diperintah Allah Subhanahu wataala kepada umat manusia perlu difahami dalam konteks yang luas, mencakupi ibadah yang am dan yang khusus. Maka dalam masyarakat umat manusia itu diperintah pula oleh Allah Subhanahu wataala untuk berdakwah atau menyeru ke jalanNya. Dakwah Islamiah adalah kewajipan yang ditanggung setiap manusia Islam terutamanya yang memegang amanah kepemimpinan. Paksi seruan dakwah ini ialah “amar makruf nahil mungkar”. Inilah sebenarnya komunikasi Islam. Kertas kerja ini memuatkan kupasan ringkas mengenai cara mana kita sebagai umat Islam dapat menggapai kegemilangan melalui komunikasi antara sesama insan.
Konsep komunikasi
Komunikasi secara umumnya merujuk kepada usaha perkongsian maklumat antara satu pihak yang disebut sumber dengan pihak yang lagi satu yang disebut penerima atau sasaran. Maka yang menjadi asas dalam interaksi sesama manusia ini ialah perkongsian makna. Justeru seseorang manusia yang menjadi sumber itu hendaklah berusaha menjadikan mesejnya mudah difahami agar maksud mesej dapat sama-sama ditafsirkan oleh penerima. Sekiranya penerima gagal mentafsir mesej yang diterimanya dari sumber, maka komunikasi tidak berlaku. Malah apa yang berlaku ialah kerosakan berkomunikasi.
Kepemimpinan Insan dalam Islam
Insan sebagai khalifah di atas muka bumi sebenarnya telah dijanjikan akan kegemilangannya. Malah Allah s.w.t. juga telah menjanjikan bahawa insan ini adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikanNya. Walau bagaimanapun, lantaran tergelincir dari landasan iman dan tuntunan agama insan kehilangan kegemilangan. Keciciran insan ini antara lain dapat dilihat dari ketidakupayaan mereka berkomunikasi dengan berkesan sehingga menimbulkan pelabagai macam kerosakan dan masalah dalam menguruskan kehidupan harian terutamanya yang berkaitan kepeimpinan umat. Hakikatnya komunikasi dalam Islam berpaksikan kepada dua iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Kepemimpinan dari kaca mata Barat lebih kepada kebolehan individu pemimpin mempengaruhi pengikut mencapai objektif yang dihasratkannya tetapi dari kaca mata islam kepemimpinan lebih kepada amanah dan tanggungjawab mensejahterakan pengikut (ra’in). Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah cara merealisasikan kesejahteraan umat. Kelalaian dan kegagalan insan menjalankan kedua-dua tuntutan berkomunikasi ini mengakibatkan kualiti kegemilangan insan itu pudar malah ada ketikanya tenggelam langsung. Contoh teladan baginda Rasulullah s.a.w. menyeimbang dan melaksanakan kedua-duanya menyebabkan umat Arab Quraisy pada zaman lampau muncul dari segala kejahilan menjadi insan yang paling gemilang dalam sejarah peradaban umat manusia. Kesinambungan kegemilangan Islam dapat dilihat dalam zaman pemerintahan atau kepemimpinan khalifah-khalifah selepas baginda sehingga Islam memerintah sebahagian besar muka bumi dan membentuk tamadun yang dikagumi di Timur dan Barat. Namun kegemilangan tamadun Islam semakin pudar dan musnah apabila pemimpin-pemimpin empayar Islam semakin renggang dari perintah Allah Subhanahu wataala dan membelakangkan sunah Rasul. Sejarah banyak mencatatkan hakikat ini sebagai pengajaran khususnya apa yang berlaku di Andalusia dan Turki.
Kegemilangan Insan dan Komunikasi
Telah kita maklumi bahawa telah menjadi sunatullah di dalam hidup ini manusia perlu berhubung dengan Tuhan yang menciptakannya, sesama manusia lain di sekelilingnya dan juga dengan alam sekitaran penghidupannya. Sebagai ad-din atau peradaban hidup yang sempurna, Islam tentunya mempunyai garis panduan yang boleh dijadikan landasan dalam berkomunikasi.
Sepertimana yang disebutkan tadi, komunikasi dalam Islam dilaksanakan dengan tujuan untuk menyampaikan kalam Allah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain komunikasi Islam berpaksikan usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan atau kemungkaran (amar ma’ruf nahil mungkar). Justeru dari nas-nas Al-Quran dan Hadits Rasul, garispanduan berikut boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi demi menyerlahkan kegemilangan insan seperti mana yang dijanjikan.

1. Rancang idea sebelum berkomunikasi.
Komunikasi yang berkesan samalah seperti aktiviti lain yang dijalankan oleh manusia. Ia memerlukan perancangan yang rapi. Kaedah komunikasi yang terancang dengan baik dan sistematik melambangkan kebijaksanaan pengucap.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah An‑Nahl (125) bermaksud ..."Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik....."
Hikmah di sini merujuk kepada perancangan yang bijaksana yang memerlukan usaha pemerhatian, pengamatan, penelitian dan perencanaan yang sistematik agar dapat mencerakinkan situasi dan seterusnya membentuk strategi yang tepat.
2. Analisis penerima atau sasaran.
Penerima atau sasaran hendaklah dianalisis agar dapat disesuaikan mesej dengan mereka. Antara perkara‑perkara yang perlu diketahui ialah seperti tahap pengetahuan, tahap pendidikan, sikap, sensitiviti serta mentaliti mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud “berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing”.
3. Isi bicara hendaklah benar.
Kebenaran isi bicara amat mustahak apabila kita berkomunikasi, apatah lagi jika berkomunikasi dengan hasrat untuk mengubah golongan sasaran. Keyakinan dan keintiman pendengar terhadap kita akan hancur sekiranya terselit kesangsian tentang kebenaran mesej yang kita bawa.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Ahzab ayat 70 bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar”.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “iman seseorang itu tidak lurus kecuali hatinya lurus dan hatinya tidak lurus kecuali lidahnya lurus”.
Kedua-dua dalil ini dengan jelas menyatakan kepada kita bahawa bercakap benar adalah suatu perintah yang utama.
4. Gaya bahasa hendaklah bersesuaian dan baik.
Kata orang bahasa melambangkan bangsa. Sebenarnya Allah menciptakan bahasa dengan penuh keindahan. Hanya manusia yang mencemari keindahan bahasa itu dengan menggunakan perkataan yang kotor lagi keji apabila tidak dapat mengawal lidah dengan fikiran yang waras.
Berkaitan dengan persoalan ini Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:
“dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baik……..” (Al-Isra:53)
“…dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Al-Baqarah:83)
“…dan katakanlah kepada mereka perkataan yang baik.” (An-Nisaa:8)
Sabda Rasulullah s.a.w. pula bermaksud “Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaklah beliau mengatakan yang baik atau diam sahaja”.
Islam juga amat menitikberatkan penggunaan perkataan atau bahasa yang baik ketika berkomunikasi, khususnya dalam keluarga. Individu yang datang dari keluarga yang sopan biasanya menggunakan bahasa yang baik, manakala anak‑anak yang dibesarkan dalam masyarakat atau keluarga yang pincang lazimnya gemar menggunakan perkataan keji dan kotor seperti memaki hamun, mengeluarkan kata-kata lucah dan sebagainya.
5. Nada percakapan hendaklah terkawal dan sesuai.
Ini adalah kerana kelembutan bicara dan kelunakan suara amat berkesan dalam usaha‑usaha memujuk untuk mengubah manusia. Suara yang lunak menikam kalbu dan mampu memadam pertentangan.
Firman Allah Taala bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata yang lemah-lembut semoga ia beringat atau takut”. (Ta-Ha:43-44)
“….dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai)”. (Luqman:19)
Kadang-kadang bila kemarahan menguasai pemikiran, orang mencari jalan keluar dengan meninggikan suara. Lazimnya orang yang ditengking akan menengking balas. Ini akan memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang. Akhirnya keharmonian hilang. Tetapi kemarahan yang menyinga mampu dipadam dengan kelembutan suara. Malah orang lebih mudah disedarkan dari kesilapan dengan suara yang lunak.
6. Susunan maklumat perlu jelas dan berstruktur.
Mesej yang tersusun dengan jelas mampu memahamkan pendengar dengan mudah dan tidak mengelirukan.
Firman Allah Taala bermaksud: “Dan diwajibkan kepada Rasul hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata.” (An-Nur:54)
Dhirran bin Dhamrah Alkinany pernah memberitahu Muawiyah tentang keperibadian Saidina Ali r.a. . Katanya “ Ketahuilah bahawa Ali r.a. itu ialah orang yang berpandangan jauh, orang yang kuat, bila berkata perkataannya jelas (tepat) dan bila menghukum beliau berlaku adil, ………”
Sebaliknya mesej yang tidak tersusun akan menjadikan penerima keliru dan salah faham.
7. Bahasa badan perlu menyokong lisan.
Penghayatan dan semangat perlu dalam masa berkomunikasi bagi melambangkan keseriusan tujuan. Penghayatan ini terpancar melalui bahasa badan yang kerapkali digunakan untuk menguatkan makna lisan.
Muslim dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan: “Apabila Rasulullah s.a.w. berkhutbah, kedua matanya merah, suaranya lantang (nyaring) dan semangatnya bangkit, bagai seorang panglima perang yang memperingatkan tentang kedatangan musuh yang ingin memerangi umat Islam di ketika pagi atau petangnya”.
Hadrat Amrah r.a. pernah bertanya kepada A’ishah r.a. “Apakah yang Rasulullah s.a.w. lakukan apabila berada bersendirian bersama isteri-isteri baginda? A’ishah r.a. memberitahu bahawa seperti juga lelaki lain Rasulullah s.a.w. juga lelaki tetapi baginda adalah orang yang sangat pengasih serta bersifat penyayang dan beliau sentiasa mengukirkan senyuman.”
Senyuman adalah bahasa badan yang memanifestasikan kejernihan hati dan jiwa. Kata-kata yang baik tentunya kosong dan tidak bermakna tanpa senyuman dan kejernihan air muka.
8. Berhujah dengan waras.
Ada kalanya sebagai manusia kita tidak boleh lari dari keperluan berhujah. Maka hujah yang paling baik dan berkualiti ialah hujah yang waras atau rasional, bukan yang penuh emosi.
Allah Taala berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 bermaksud: “…dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik….”
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak mengamankan daripada fitnah.” (Riwayat At-Tabrani).
Kita berhujah bukan untuk mencari kemenangan tetapi adalah dengan tujuan untuk menyerlahkan kebenaran. Maka sandarkanlah hujah-hujah kita kepada alasan-alasan dan dalil-dalil yang benar lagi menasabah. Dan bersedialah mengaku kesilapan dengan hati terbuka andai terbukti hujah kita tersilap.
9. Ambilkira pendapat orang lain.
Jika perlu dan bersesuaian, sentiasalah bertanya pendapat orang lain yang mungkin lebih berkepakaran dan berpengalaman dalam sesuatu aspek semasa merancang komunikasi.
Dalam hal ini Allah Taala berfirman bermaksud:
“…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu….” (Ali-Imran:159)
“…dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka…” (Shura:36).
Kerapkali keputusan yang dibuat secara kolektif sama ada dalam keluarga atau pun dalam organisasi jauh lebih tepat dan berkat berbanding keputusan yang dibuat sendirian.
10. Perbuat apa yang dicakapkan.
Cara menasihat atau mengajar yang terbaik ialah dengan cara memberikan contoh teladan. Perilaku pembicara sendiri harus melambangkan satu idola yang boleh dijadikan model oleh para pendengarnya.
Firman Allah Taala bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff: 2-3).
Penerima lazimnya lebih terpengaruh dengan apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Sumber yang berwibawa ialah yang mengatakan sesuatu dengan perbuatan, bukan hanya dengan lisan.
11. Meninggalkan celaan dan mengumpat.
Mengumpat dan mengutuk orang lain akan hanya menjatuhkan kredibiliti sendiri. Komunikasi yang dimuatkan dengan umpat keji tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Dalam konteks ini kita lihat firman Allah Taala bermaksud:
“Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela”. (Al-Humazah:1)
Manakala sabda Rasulullah s.a.w. pula bermaksud:
“Orang Mukmin itu bukanlah jenis orang yang suka mengutuk.” (Riwayat At-Tarmizi).
“Janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam dan janganlah meneliti cela-cela mereka.” (Riwayat Abu Daud).
‘Tidak masuk syurga orang yang suka membawa fitnah.” (Riwayat Al-Bukhari).
Maka rebutlah peluang berkomunikasi itu dengan menitikberatkan keistimewaan dan kekuatan orang lain, bukan mencari dan membesarkan kesalahan, kelemahan dan keaiban mereka.
12. Menjauhi tanggapan buruk terhadap orang lain.
Sikap suka menilai orang dari pandangan pertama yang berbentuk kulitan harus dijauhi oleh semua orang. Sikap buruk begini akan hanya menimbulkan perasaan negatif yang akan membawa kepada prasangka buruk atau prejudis yang tidak akan menguntungkan sesiapa.
Firman Allah Taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain….” (Al-Hujurat: 12).
Prasangka buruk adalah punca kepada segala gejala yang negatif seperti mengumpat, gossip, mencela, sabotaj dan sebagainya yang meruntuhkan sesama umat. Maka padamkanlah prasangka buruk tatkala ia terdetik di dalam hati dengan istighfar.
13. Mendengar dengan berkesan.
Komunikasi tidak hanya tertumpu kepada mulut yang berbicara tetapi juga kepada sepasang telinga yang sentiasa tersedia untuk mendengar dan memahami dengan rasional.
Firman Allah Taala bermaksud “Sesungguhnya yang memperkenankan (seruan engkau) hanya orang-orang yang sebenarnya mendengar. Tetapi orang yang mati (pelita hatinya) nanti Allah akan membangkitkan mereka kemudian mereka dikembalikan kepadaNya”. (Al-Anaam:36)
“Jangan kamu seperti orang-orang yang berkata: kami telah mendengar, tetapi mereka tiada mendengarkan. Sesungguhnya sejahat-jahat yang melata (di muka bumi) di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu, mereka tiada memikir apa-apa pun”. (Al-Anfaal: 21-22)
“Apabila dibacakan ayat-ayat kami kepadanya, ia berpaling menyombongkan diri, seolah-olah telinganya pekak, sebab itu berilah dia khabar dengan siksa yang pedih”.(Luqman:7)
Mendengar bukan hanya tindakan pukulan gelombang bunyi ke atas gegendang telinga semata-mata. Ianya adalah proses menterjemahkan tindakan fizikal bunyi tadi kepada pemahaman yang membuahkan respons. Hanya orang yang benar-benar mendengar sahaja boleh memahami. Jika tidak, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tidak membuahkan apa-apa hasil.
Penutup
Demikianlah sedikit kupasan mengenai komunikasi dan perkaitannya dengan amanah kepemimpinan bagi mencapai kegemilangan diri seseorang insan dan masyarakat serta umat Islam sejagat. Semoga kupasan ringkas ini dapat dimanfaatkan. Wallahu a'am bissawab.
CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERJAYA
Ciri-ciri Komunikasi Berjaya - oleh MOHD IDZANEY ZAKARIA
Kajian mendapati manusia suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan dan perbualan individu-individu yang sudah berjaya. Kejayaan menyebabkan seseorang itu mempunyai kuasa manakala kuasa pula menentukan statusnya dalam masyarakat.
Kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan-kesan positif ke atas hubungan sesama manusia, khususnya di antara pemimpin dan individu-individu yang dipimpinnya. Kajian pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi mendapati kemahiran berkomunikasi memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan manusia.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar komunikasi pula mendapati, individu-individu yang menggunakan bahasa positif dipandang sebagai individu-individu yang menarik. Dalam erti kata yang lain, penggunaan bahasa yang positif menyebabkan seseorang itu dipandang sebagai orang yang lebih tampan dan lebih jelita daripada dirinya yang sebenarnya. Manakala kajian pakar-pakar psikologi mendapati unsur ketampanan dan kejelitaan pula menyebabkan seseorang itu dipandang sebagai orang yang lebih pandai bergaul, lebih pintar dan lebih berbakat daripada keadaannya yang sebenarn. Disebabkan kemahiran berkomunikasi menyebabkan seseorang itu dipandang dengan cara-cara yang positif hasilnya dia mudah disukai orang.
Salah satu tujuan seseorang pemimpin berkomunikasi ialah kerana dia hendak mendorong dan mempengaruhi pemikiran individu-individu lain. Keupayaan seseorang pemimpin untuk melakukan perkara itu adalah faktor yang sangat penting peranannya di dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang, baik kejayaan di dalam kerjayanya mahupun di dalam kehidupan peribadi. Sebagai contoh, untuk menjadi ahli politik yang berjaya, seseorang memerlukan keupayaan mempengaruhi para pengundi supaya mengundinya; untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu berupaya mempengaruhi ramai pihak termasuk pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan bank, para pelabur dan bakal pelanggan; untuk naik pangkat di tempat kerja seseorang perlu berupaya mempengaruhi mereka yang menilai bakat, potensi dan prestasinya.
Pakar-pakar psikologi bidang komunikasi organisasi banyak mengkaji ciri-ciri pemimpin yang dianggp efektif. Antara mereka ialah W.C. Redding dan juga F. M. Jablin. Kajian-kajian mereka menunjukkan ketua-ketua yang efektif memiliki ciri-ciri berikut:
1. Mereka percaya komunikasi yang betul adalah penting. Mereka seronok bersuara dan bercakap di dalam perbincangan dan mesyuarat. Mereka pandai menerangkan dengan jelas arahan dan dasar-dasar organisasi. Mereka suka dan seronok berbincang dengan orang-orang bawahan.
2. Mereka pandai mendengar dengan empati dan sedia membuka telinga kepada orang-orang bawahan mereka. Mereka sanggup melayan soalan-soalan “bodoh”, mendengar cadangan-cadangan dan komplen-komplen dengan sikap bertimbang rasa.
3. Mereka suka menggunakan teknik-teknik bertanya dan mendorong orang-orang bawahan apabila hendak mengarahkan mereka melakukan sesuatu. Mereka tidak menggunakan teknik menyuruh-nyuruh dan mengarah-arah.
4. Mereka menjaga air muka dan maruah orang bawahan, oleh itu mereka mengkritik secara tertutup.
5. Mereka bersikap terbuka dengan maklumat. Mereka suka memberitahu awal-awal lagi apabila ada perubahan yang akan terjadi. Mereka juga menerangkan alasan-alasan di sebalik semua arahan dan dasar.
Kajian mendapati manusia suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan dan perbualan individu-individu yang sudah berjaya. Kejayaan menyebabkan seseorang itu mempunyai kuasa manakala kuasa pula menentukan statusnya dalam masyarakat. Kajian juga mendapati manusia suka berkenalan, bersahabat, bercakap-cakap dan berbual-bual dengan individu-individu yang mempunyai kuasa dan status. Individu-individu yang berjaya adalah juga individu-individu yang popular. Mereka mempunyai banyak kenalan dan sahabat. Mereka juga mempunyai individu-individu yang terikut-ikut gaya dan cara mereka. Dengan cara bercakap-cakap dan berbual-bual, individu-individu yang sudah berjaya dapat dengan mudah mempengaruhi pemikiran individu-individu lain supaya menerima gaya dan cara-caranya melakukan sesuatu serta menyokong idea-idea mereka. Akibatnya, mereka lebih berjaya lagi, sebagai contoh, seorang artis yang berjaya dapat mempengaruhi para peminatnya supaya membeli album barunya hasilnya, dia menjadi lebih berjaya lagi sebagai artis. Seorang usahawan yang sudah berjaya dapat mempengaruhi pemikiran individu-individu lain supaya menanam modal di dalam syarikat barunya, hasilnya beliau dapat mengumpulkan sumber kewangan bagi memulakan operasi syarikat barunya itu akibatnya dia menjadi usahawan yang lebih berjaya lagi.
Seorang ahli politik yang sudah berjaya dapat mempengaruhi pemikiran lebih ramai individu-individu lain supaya menyokong pencalonannya hasilnya dia mendapat lebih banyak undi lagi akibatnya, dia menjadi lebih berjaya lagi di dalam kerjaya politiknya.
Ramai individu mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang serupa tetapi, walaupun mereka memiliki kelayakan yang serupa, namun kejayaan mereka dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi tidak serupa. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah individu lebih berjaya daripada individu-individu lain yang serupa latar belakang kelulusan akademiknya?
Kajian-kajian pakar psikologi mendapati wujudnya perkaitan yang kuat antara kejayaan yang dicapai oleh seseorang itu dengan ciri-ciri pada gaya bahasa yang mereka gunakan apabila mereka bercakap dan berbual-bual. Mereka mendapati individu-individu yang berjaya bercakap menggunakan ciri-ciri bahasa yang berbeza daripada ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh individu-individu yang kurang berjaya ataupun mereka yang gagal. Secara ringkasnya, bahasa percakapan dan perbualan individu-individu yang berjaya tidak serupa dengan bahasa individu yang gagal. Hasil penemuan ini mempunyai implikasi bagi mereka yang masih berusaha untuk berjaya. Disebabkan kejayaan mempunyai daya pengaruh yang tinggi, bagi mereka yang masih belum mencapai kejayaan, mereka perlu membina imej kejayaan pada diri mereka.
Dalam erti kata lain, mereka perlu membuat orang memandang mereka sebagai individu-individu yang berjaya, dengan cara itu sasaran mereka akan berminat bercakap-cakap dan berkenalan dengan mereka. Untuk melukiskan imej individu yang berjaya, salah satu caranya ialah dengan bercakap menggunakan ciri-ciri bahasa individu yang sudah berjaya.
Bahasa ialah salah satu unsur jarak psikologi yang besar pengaruhnya. Jarak psikologi ialah sejauh mana pendengar berasa kenal dan mesra dengan orang yang bercakap kepadanya. Jarak psikologi yang dekat menyebabkan pendengar mudah menyukai orang yang bercakap. Jarak psikologi yang jauh menyebabkan pendengar berasa “jauh,” “asing” dan “tidak kenal” dengan individu yang bercakap dengan mereka dan oleh yang demikian mereka tidak menyukai individu itu sedangkan, manusia mudah terpengaruh oleh kata-kata orang yang mereka sukai.
Bahasa adalah punca utama mengapa jurang jarak psikologi boleh menjadi makin rapat ataupun makin luas. Untuk menghapuskan jarak psikologi itu, seseorang itu perlu menggunakan bahasa yang digunakan oleh individu-individu yang hendak dipengaruhi. Inilah prinsip yang diamalkan oleh pakar-pakar strategi pemasaran artis-artis antarabangsa. Sebelum mereka pergi ke sesuatu negara untuk membuat persembahan, mereka akan belajar bercakap sepatah dua di dalam bahasa tempatan, dan menyanyikan satu lagu tempatan. Dengan demikian jarak psikologi antara mereka dengan peminat tempatan dapat dirapatkan dan mereka akan tambah disukai oleh peminat-peminat mereka walau ke mana mereka pergi membuat pertunjukan. Hasilnya jualan album mereka tambah laris.
Bahasa positif adalah gaya bahasa yang sangat digemari orang, oleh itu gaya ini sangat berpengaruh. Maksudnya, jikalau seseorang itu hendak membuat individu-individu lain suka bercakap-cakap dan berbual-bual dengannya supaya mereka dapat dipengaruhi, maka gaya bahasa positif dapat membantunya mempengaruhi mereka. Disebabkan individu-individu yang berjaya adalah juga individu-individu yang menggunakan gaya bahasa positif, maka tidak hairanlah apabila percakapan individu-individu yang berjaya dapat mempengaruhi individu lain dengan lebih mudah.
Bahasa adalah seperti kapal yang sarat dengan berbagai muatan. Ia bukan setakat mengandungi makna perkataan-perkataan yang digunakan sebaliknya ia juga memberi tahu berbagai-bagai maklumat berkenaan diri si pengguna bahasa itu. Dengan mendengar bahasa yang digunakannya, orang-orang lain dapat mengetahui banyak maklumat berkenaan peribadi si penutur, sebagai contoh, dia boleh tahu sama ada si penutur mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai pendidikan yang tinggi ataupun rendah, serta bidang pendidikannya. Orang juga boleh tahu emosi yang sedang dirasakannya waktu itu serta sikapnya, iaitu sama ada dia seorang yang bersikap positif ataupun negatif. Satu lagi maklumat peribadi yang akan dapat diketahui oleh orang-orang lain melalui bahasa iaitu sama ada si penutur seorang yang memiliki estim tinggi ataupun rendah.
Estim ialah perasaan di mana seseorang itu berasa suka dan seronok menjadi dirinya sendiri, iaitu keadaaan dirinya yang sekarang. Apabila seseorang itu sangat seronok menjadi dirinya sendiri, estimnya tinggi tetapi apabila seseorang itu tidak seronok, estimnya rendah. Satu ujian yang mudah untuk mengetahui sama ada estim seseorang itu tinggi ataupun rendah ialah dengan menengok cermin muka. Apabila seseorang itu suka pada apa yang dia nampak dalam cermin itu, iaitu bayangan wajahnya saat itu maka itu tandanya estimnya tinggi.
Pakar-pakar psikologi mengatakan individu-individu yang berjaya adalah individu-individu yang mempunyai estim tinggi manakala, individu-individu yang gagal di dalam kehidupan mereka mempunyai estim yang rendah. Apabila individu-individu yang mempunyai estim tinggi bercakap, bahasa yang mereka gunakan mempunyai ciri-ciri seperti mereka bercakap dengan lebih lancar, tersusun dan tatahabasanya betul. Mereka menggunakan kata-kata daripada jenis yang positif. Mereka menunjukkan komitmen kepada apa yang mereka ucapkan, ertinya mereka akan mengotakan kata-kata mereka.
Individu-individu yang estimnya rendah mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Mereka tidak seronok menjadi diri mereka sendiri, mereka hendak menjadi individu lain. Mereka malu dengan keadaan diri mereka oleh itu mereka terdorong meniru-niru dan terikut-ikut orang lain sebagai contoh, mereka cuba meniru bahasa, gaya dan tingkah laku orang-orang lain yang mereka anggap lebih mulia daripada diri mereka sendiri. Individu-individu yang mempunyai estim rendah suka melihat kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Mereka melihat diri mereka tidak sehebat orang-orang lain oleh sebab itu mereka percaya dengan menjadi seperti orang lain, barulah diri mereka akan jadi sehebat orang-orang yang mereka tiru itu, akibatnya mereka yang rendah estim sangat kuat berusaha hendak menjadi seperti orang lain.
Mereka juga menunjukkan sifat di mana mereka tidak yakin kepada diri mereka sendiri. Mereka tidak yakin bahawa apa-apa yang ada pada diri mereka adalah sebaik apa-apa yang dimiliki oleh orang lain sebagai contoh, mereka percaya bahasa orang lain lebih hebat, begitu juga budaya hidup orang lain lebih baik, akibatnya mereka meniru bahasa dan budaya orang-orang itu. Mereka itu menyangka apabila mereka boleh menunjukkan bahawa mereka pandai bercakap dalam bahasa orang asing, mereka akan jadi sehebat orang asing itu. Begitu juga apabila mereka mengamalkan budaya orang asing, mereka pun akan naik taraf, sama dengan taraf orang asing itu.
Menurut pakar-pakar psikologi, individu-individu yang rendah estim sangat mudah terikut-ikut orang lain disebabkan mereka tidak berani menjadi individu yang berbeza daripada kebanyakan orang lain. Mereka sangat mengambil berat apa orang lain kata tentang diri mereka sebaliknya individu-individu yang tinggi estim tidak suka jadi seperti kebanyakan orang lain. Mereka tidak suka terikut-ikut. Mereka suka berbeza daripada kebanyakan orang malah mereka mahu orang lain yang terikut-ikut mereka.
Hasil kajian pakar-pakar psikologi menunjukkan jelas sekali wujudnya perkaitan kuat antara kejayaan, bahasa dan estim. Salah satu faktor yang menyebabkan individu-individu lain mudah terpengaruh oleh seseorang individu ialah estim yang dipancarkan di dalam bahasa yang digunakannya untuk mempengaruhi individu-individu lain. Estim mempunyai kesan persuasif, oleh itu inidividu-individu yang memiliki estim tinggi juga mempunyai daya persuasif yang tinggi, dan begitu juga sebaliknya. Sumber estim yang paling besar ialah kejayaan, itulah sebabnya manusia mudah terpengaruh dengan cakap individu-individu yang dianggap lambang kejayaan. Manusia mudah menerima idea, cadangan, nasihat, pandangan-pandangan dan teguran individu-individu yang berjaya sebaliknya, kalau pandangan yang serupa, tetapi ia datang dari individu yang tidak berjaya, maka ia tidak mudah diterima.
Menurut pakar-pakar psikologi, manusia mudah suka kepada individu-individu yang bersikap positif di mana perasaan suka itulah yang menyebabkan manusia juga mudah terpengaruh oleh mereka yang bersikap positif. Disebabkan individu-individu yang bersikap positif dapat mempengaruhi individu-individu yang mendengar mereka bercakap, jadi mereka lebih mudah berjaya dalam apa yang mereka lakukan. Inilah faktor yang dapat menerangkan mengapa individu-individu yang berjaya adalah juga individu-individu yang mempunyai estim tinggi dan mereka adalah juga individu-individu menggunakan bahasa positif. Estim, stail bahasa positif dan kejayaan, adalah tiga perkara yang saling kait-mengait, Yang satu menyebabkan yang satu lagi, dan begitulah seterusnya ia berputar-putar dalam lingkaran yang mencipta kejayaan demi kejayaan.
Individu-individu beretim tinggi bercakap dengan lebih fasih, lancar dan teratur. Bahasa mereka tersusun rapi. Mereka berhati-hati apabila memilih perkataan yang digunakan. Intonasi mereka terkawal, dan mereka bercakap pada kadar kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu laju ataupun terlalu lambat. Bahasa mereka tidak “patah-patah” dan tidak bercampur-aduk dengan loghat daerah, loghat basahan ataupun bahasa-bahasa asing. Bahasa yang bercampur-aduk menimbulkan kesan negatif kepada imej estim seseorang akibatnya kata-katanya tidak dapat mempengaruhi pemikiran individu-individu yang hendak dipengaruhi. Ayat yang patah-patah dan bahasa campur-aduk menggambarkan si penutur seorang yang tidak yakin dengan apa yang diucapkannya dan tidak yakin kepada perkataan-perkataan dan bahasa yang digunakannya.
Bahasa yang tidak lancar juga memberi gambaran si penutur tidak selesa dengan apa yang dia ucapkan dan ia menggambarkan si penutur tidak mengetahui dengan mendalam perkara itu. Bahasanya itu mencerminkan dia tidak komited dengan idea-idea yang sedang di-sampaikannya. Lebih serius lagi, bahasa yang patah-patah dan bercampur-aduk menunjukkan ia datang daripada pemikiran yang tidak teratur, kelam-kabut, dan memberi gambaran si penutur “belum siap berfikir” tetapi sudah mahu bercakap. Faktor-faktor ini menyebabkan si pemimpin tidak dapat memancarkan karisma yang mungkin ada pada dirinya seandainya dia bercakap dengan gaya positif.
Kemahiran berkomunikasi adalah berdasarkan ilmu pengetahuan oleh itu ia mesti dipelajari, sebagaimana seseorang itu mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan lain. Untuk berkomunikasi secara berkesan, faktor-faktor yang menghalangannya perlu dikenal pasti. Dengan cara mengenal pasti halangan-halangan ini, ia membantu pemimpin berhati-hati dalam berkomunikasi.
CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN
Ciri-ciri Komunikasi Berkesan
Bahasa Melayu Kontekstuel
Komunikasi yang berkesan ditentukan oleh tujuh ciri-ciri asas supaya halangan dapat dihindarkan. Jelaskan lima daripada ciri-ciri yang menjadi asas tersebut.
Komunikasi adalah proses untuk memberi maklumat atau menerima maklumat daipada dua belah pihak. Contohnya apabila seseorang bercakap dan berbual-bual, maklumat telah disampai daripada kedua-dua pihak. Tujuan komunikasi ini ialah menyampaikan sesuatu maklumat. Kontekstuel ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ini akan membentuk seusatu komunikasi dalam kehidupan seharian.
Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah sapaan ataupun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan menerima maklumat juda telah berlaku dengan bermulanya salam sdan sapaan terhadapa seseorang.
Bukan dengan sapaan dan salam sahaja yang menjadi asas kepada komunikasi. Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat.
Selain itu, komunikasi yang berkesan juga ditentukan oleh ciri berikutnya iaitu mendengar dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengara dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.
Ciri kamonikasi yang menjadi asas ialah megemukakan soalan yan disukai oleh pihak yang lain. Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi seara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.
Senyuman dan mimik air muka juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. Dengan adanya ciri-ciri asas yang dinyatakan tadi, komunikasi akan menjadi berkesan lagi dan sebarang halangan dapat dihindarkan semasa berkomunikasi.
Halangan dalam komunikasi dapat mengelakkan secara berkesan dalam organisasi. Huraikan bagaimana halangan tersebut berlaku.
Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap iaitu yang pertama pihak atasan ke pihak bawahan. Kedua pihak bawahan ke pihak atasan dan yang ketiga adalah mendatar.
Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak.
Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinan dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi.
Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini.
Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Hal ini adalah kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan antara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi dalam kehidupan sehari-hari.

Tips Berkomunikasi Dengan Berkesan
Kaedah pertama: “Sahkan kewujudan seseorang.” Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling bersar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. Jadi sekiranya kita tidak acuh pada teman komunikasi mungkin akan menyebabkan dia beranggapan kita telah menyisihkan dia. Rasulullah sendiri diajar supaya tidak menyisihkan manusia di dalam penyampaian dakwahnya. Meskipun orang itu hanyalah seorang hamba berkulit hitam.Kaedah kedua: “Menyebut untuk menyatakan penghargaan.” Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.
Kaedah ketiga: “Bahasa.” Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah amat rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Seseorang yang sedang hangat bercinta sewaktu menulis surat cintanya berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup mengoyak surat yang tidak sesuai, mencari kalimah-kalimah yang paling terbaik, dan merujuk buku-buku dan kamus untuk memastikan suratnya menjadi wasilah komunikasinya yang paling berkesan. Mengapa kita tidak mengaplikasikan senario tersebut di dalam perhubungan harian kita? Adakah kerana kita malu dengan suasana? Yang pastinya jika kita terlalu egois untuk merendah diri, memuji orang lain sekali-sekala, menghormati, menunjuk sayang… kita sebenarnya memilih untuk tidak didekati oleh sesiapa pun.
Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dan unformal. Melihat kepada situasi amat penting supaya mampu menilai siapa teman komunikasi kita. Apabila sudah mengenali mudahlah untuk menjalin komunikasi.
Bagaimana bahasa yang digunakan untuk komunikasi dengan keluarga? dengan kawan-kawan? teman istimewa? ketua? perkerja bawahan? Tentunya perbezaan ini menjadikan kita menganalisa komunikasi yang pernah kita lakukan sebelum ini.
Kaedah keempat: “Meyakinkan orang lain terhadap diri kita.” Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita memerlukan teknik yang dipelbagaikan. Kaedah ini amat penting bagi seseorang kepimpinan. Pun begitu tidaklah bermakna sekiranya anda bukan seorang kepimpinan kaedah ini tidak penting. Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi alias suri tauladan sehingga orang mengkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
Kaedah kelima: “Meluangkan masa untuk orang lain.” Jangan menolak pelawaan orang lain meskipun dia hanyalah orang bawahan anda. Sekiranya dijemput menghadiri sesuatu majlis di dalam keadaan anda juga tiada kelapangan untuk menghadiri kerana diundang ke majlis lain yang lebih awal, jangan terus menolak. Terimalah dengan berkata: Saya akan berusaha untuk hadir. Atau meolak dengan meminta maaf dan menyatakan sebab adalah lebih baik dari terus membiarkan penjemput tertunggu-tunggu anda hadir. Sekiranya anda sudah berkeluarga, luangkanlah masa untuk aktiviti keluarga supaya anda mampu menjalin hubungan kasih dan sayang sesama ahli keluarga anda. Sekiranya ada seorang kawan anda yang memerlukan pertolongan anda luangkanlah masa untuk membantunya kerana ia akan menambahkan kepercayaan dan keakrabannya terhadap anda. Bayangkan jika anda menjauh dan menolak, apakah yang dia rasa saat itu? Selain kecewa dan marah! Apakah anda tidak merasa bersalah?
Kaedah keenam: “Menghargai orang lain.” Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberikan hadiah hari lahir, memberikan kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah dan memuji kejayaan, belanja makan siang/malam, mengundang ke majlis yang anda anjurkan, menunaikan janji dan sebaginya. Dengan menghargai orang lain anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan memulakan majlis/mesyuarat tepat pada masa yang dijanjikan sebagai menghargai orang yang dapat awal bukan memberi peluang untuk orang datang lewat ditunggu sehingga majlis menghargai kedatangan mereka yang lewat itu.
Bagaimanapun apa yang saya tulis di sini bukanlah mencakupi keseluruhan teknik atau kaedah komunikasi yang saya percaya masih banyak. Sekiranya kita mampu membentuk 6 kaedah tersebut sekurang-kurangnya komunikasi kita akan lebih baik berbanding sekiranya mengabaikan.
Adakalanya kita tidak mampu menggunakan kesemua apa yang dimiliki untuk berkomunikasi akan tetapi walaupun kadangkala kita hanya menggunakan satu atau dua aspek sahaja seperti hanya mampu berkomunikasi secara bukan lisan atau penulisan semata-mata kita masih punya peluang untuk berkomunikasi secara berkesan. Bagaimana orang bisu boleh memahami di antara satu dengan lain? Bagaimana ibu menanamkan kasih sayang terhadap anaknya yang masih tidak boleh berkata-kata? Bagaimana seorang penjaga kucing mampu menjinakkan kucingnya? Semua ini adalah komunikasi yang kurang dari sudut penggunaan aspek tetapi masih boleh berkesan.
Selain bertutur, komunikasi juga boleh dilakukan dengan melihat kepada aspek lain seperti sentuhan (berjabat tangan), air muka, isyarat dan persekitaran. Dengan memerhatikan aspek-aspek lain seperti yang saya nyatakan itu anda juga mampu berkomunikasi dengan berkesan.
Untuk mewujudkan kasih sayang perlu banyak sentuhan. Berjabat tangan, memeluk, dan mencium akan mudah menimbulkan mesra. Tetapi perlulah digunakan di tempat yang sesuai. Seorang ibu lebih banyak membelai dan menyentuh anaknya menyebabkan jalinan kasih di antara si anak dan ibu lebih akrab berbanding anak dengan ayahnya, kecuali sekiranya si ibu tidak melakukan aspek sentuhan tersebut… jalinan kasih itu akan berpindah.
Orang bisu yang menggunakan bahasa isyarat dan riak wajah mampu menyelami maksud yang disampaikan meskipun komunikasi mereka kekurangan dari aspek pertuturan. Ini kerana mereka memberikan tumpuan pada gerak badan, kedudukan, riak wajah, mata, posisi tubuh, jarak dan sebaginya yang selalunya diabaikan oleh orang yang boleh bertutur.
Justeru adalah amat berharga jika kita yang diberikan pancaindera yang cukup memanipulasikan anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Ucaplah syukur dan berdoalah kepada Tuhan kerana dengan mengucap syukur kita dan menggunakan anugerah di tempat yang baik kita akan mendapat kebaikan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
15 Mac 2012
JAGALAH KESIHATAN MENTAL KITA.
Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.
Buat keputusan secara bijak.
Belajar menangani kritikan dengan baik.
Bila anda dikritik, anda boleh:
► Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
Belajar menjadi diri sendiri
Belajar untuk menyukai diri sendiri.
Berkata “TIDAK” seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri. Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas.
Rancang masa anda dengan baik.
Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.
Bina keluarga bahagia.
Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelsaian untuk anda.
Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
- Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
- Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
- Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO)
- Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, – Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
- Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
- Selesa dengan diri sendiri
- Selesa dengan orang lain
- Selesa dengan persekitaran
- Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
- Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
- Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
- Berfikir dengan positif
- Buat keputusan secara bijak
- Cari kawan
- Dengar suara hati anda
- Belajar menangani kritikan dengan baik
- Belajar menjadi diri sendiri
- Belajar untuk menyukai diri sendiri
- Belajarlah berkata “TIDAK”
- Rancang masa anda dengan baik
- Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
- Bina keluarga bahagia
- Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
- Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
- Makan makanan seimbang
- Mengekalkan berat unggul
- Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
- Cukup tidur dan rehat
- Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
- Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
- Belajar menerima apa yang anda tidak boleh tubah.
Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.
Buat keputusan secara bijak.
- Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
- Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
- Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
- Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
- Menghormati pandangan mereka dan bersabar.
- Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
- Suara hati/perasaan akan memberitahui anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
- Mencari teman bila kesunyian.
- Menangis bila bersedih.
- Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
- Keseorangan
- Disayangi
- Ketakutan
- Kesedihan.
- Tiada upaya
- Malu
Belajar menangani kritikan dengan baik.
- Kritikan yang jujur dan membina memberi maklumbalas tentang diri anda bahawa anda:
- Ambil tahu tentang orang lain atau
- Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda, atau
- Anda didatangi masalah.
Bila anda dikritik, anda boleh:
- Berada dalam keadaan santai
- tarik nafas panjang
- nyatakan atau lafazkan perkataan “tenang” (relax).
- bayangkan anda berada ditempat yang selamat untuk beberapa saat.
► Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
- Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
- Memohon maaf.
- Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.
- Akui kesilapan
- Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
- Ambil langkah pembetulan.
- Dapatkan maklumat lanjut
- Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.
- Cari jalan persetujuan.
- Minta pendapat dan cadangan.
Belajar menjadi diri sendiri
- Buang keinginan supaya semua orang menyukai anda.
- Buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda perlu bersedih atau anda telah gagal.
- Buangkan fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat.
Belajar untuk menyukai diri sendiri.
- Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.
- Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.
- Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.
- Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.
- Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.
Berkata “TIDAK” seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri. Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas.
Rancang masa anda dengan baik.
- Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan.
- Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.
Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.
Bina keluarga bahagia.
- Mesra, kasih, sayang, dan berbudi bahasa kepada ahli keluarga anda.
- Beri mereka sokongan sewaktu diperlukan.
- Luangkan sedikit masa untuk berbual, bermain dan bersantai bersama keluarga.
- Rumah kami syurga kami – Jadikan rumah anda tempat yang aman dan menyeronokkan untuk kembali setelah penat sehari suntuk bekerja.
Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelsaian untuk anda.
Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
- Sentiasa pasrah
- Sentiasa jujur tanpa prasangka.
- Berhati mulia.
13 Mac 2012
KERTAS KONSEP
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sebutan baku akan digunakan sepenuhnya di sekolah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988. Yang tersirat dalam pengumuman itu ialah hasrat untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam dalam sistem pendidikan negara, terutama dalam aspek sebutan baku dalam kalangan pelajar.
Untuk mencapai hasrat ini dengan sempurna, para pelajar amat perlu didedahkan kepada penggunaan bahasa baku, dan sudah semestinya pelbagai peluang serta wadah senantiasa disediakan untuk menguasai bahasa baku.
Maka, sebagai suatu langkah untuk menggalakkan pelaksanaan dan penggunaan bahasa baku ini, Kementerian Pelajaran menganjurkan Pertandingan Forum Remaja.
2.0 OBJEKTIF
Forum Remaja ini bertujuan mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.
3.0 PENGELOLAAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
4.0 JENIS PERTANDINGAN
Tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.0 PENYERTAAN
5.1 Terbuka kepada murid tingkatan 4 hingga 6 Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan kecuali MRSM.
6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Forum diselenggarakan dalam bentuk perbincangan. Peserta akan membincangkan tajuk yang ditentukan oleh negeri masing-masing. Perbincangan dalam bentuk main peranan tidak dibenarkan sama sekali.
6.2 Pemilihan tajuk peringkat kebangsaan berdasarkan 10 skop yang disediakan.
1. Politik
2. Sosial
3. Budaya
4. Ekonomi
5. Pendidikan
6. Alam Sekitar
7. Bahasa dan Sastera
8. Sains dan Teknologi
9. Pelancongan
10. Integrasi
kokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
6.3 Penyertaan kumpulan yang menggambarkan kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia amat digalakkan..
6.4 Adab semasa berforum juga diberi perhatian.
6.5 Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan bermula daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan pertama sahaja, ahli panel tidak boleh mengganggu atau menyampuk semasa rakannya sedang menyampaikan hujah.
6.6 Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan mestilah disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Tidak dibenarkan menyampaikan dalam bahasa Arab. Markah penalti akan dipotong sebanyak 5 markah.
6.7 Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira / akan
menjejaskan markah penyampaian.
6.8 Penilaian markah diberi keutamaan mengikut bahasa, isi,
penyampaian dan pengendalian forum.
6.9 Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum 5 isi. Markah penuh bagi setiap isi ialah 8, iaitu:
a) penyataan isi : 3
b) huraian/penjelasan : 3
c) contoh : 2
Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40
adalah untuk prestasi pasukan.
6.10 Bahasa dikira daripada markah penuh (40) dan merangkumi empat
aspek seperti yang berikut:
a) sebutan baku (20 markah)
b) tatabahasa (10 markah)
c) diksi (5 markah)
d) pertautan (5 markah)
Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan pertambahan markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.
6.11 Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20 markah dengan
pecahan seperti yang berikut:
a) memulakan perbincangan (5 markah)
b) menggendalikan perbincangan (10 markah)
c) menggulung perbincangan (5 markah)
6.12 Hanya Pengerusi sahaja dinilai dari aspek pengendalian forum.
6.13 Markah penuh bagi penyampaian forum ialah 30 markah dengan
pecahan seperti yang berikut:
a) Adab dan kesantunan bahasa (10 markah)
b) gaya perlakuan (10 markah)
c) kelancaran tutur kata (10 markah)
6.14 Markah penuh bagi soalan spontan ialah 1 markah (Pengerusi) dan
3 markah (Ahli Panel). Jumlah ialah 10 markah.
6.15 Markah maksimum bagi setiap ahli forum ialah 73 markah,
manakala markah maksimum bagi pengerusi pula ialah 91
markah.
6.16 Ahli forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim
berpendapat ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada
yang sepatutnya, (5 kali) markah maksimum yang boleh dipotong
ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian.
6.17 Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng
amaran akan dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat dan 2
kali apabila masa tamat. Apa-apa yang disampaikan oleh ahli
forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan
markah.
6.18 Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi
pasukan akan memberikan ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding pada peringkat kebangsaan. Masa tatkala ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut.
6.19 Ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan. Jawapan yang memuaskan daripada setiap ahli forum diberikan 3 markah. Markah untuk pengerusi pasukan ialah 1 markah. Markah penuh untuk pasukan ialah 10 markah. Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 2 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila masa tamat.
6.20 Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan, pengerusi pasukan boleh menangguhkan pertandingan selama 5 minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.
6.21 Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan.
6.22 Penilaian markah bagi pertandingan di peringkat kebangsaan akan dinilai secara keseluruhan dari semua aspek.
6.23 Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga, pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri. Pada peringkat awal, keputusan hakim akan diambil kira dengan sistem juri dan jika keputusannya seri akan diambil secara agregat. Jika masih seri, ketua hakim akan membuat keputusan.
6.24 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia
| |||
BORANG MARKAH FORUM REMAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN
HAKIM 1/2/3/4/5 | NEGERI | MARKAH | KEDUDUKAN |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Tandatangan Hakim;
………………………………………
( )
BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN FORUM REMAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN
NEGERI | HAKIM 1 | HAKIM 2 | HAKIM 3 | HAKIM 4 | HAKIM 5 | JUMLAH | KEDUDUKAN |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
| | | | | | | |
Pengesahan oleh Ketua Hakim;
………………………………………
( )
KEPUTUSAN AKHIR
PERTANDINGAN FORUM REMAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN
JOHAN
SEKOLAH : …………………………………………………….
NEGERI : ……………………………………………………
NAIB JOHAN
SEKOLAH : …………………………………………………..
NEGERI : .............................................................................
TEMPAT KETIGA
SEKOLAH : ……………………………………………………….
NEGERI : ....................................................................................
PENGERUSI FORUM TERBAIK : ……………………………………………
NEGERI : ……………………………………………
AHLI FORUM TERBAIK : ……………………………………………
NEGERI : ……………………………………………
Tandatangan Ketua Hakim
………………………………………
( )
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...