Watak dan Perwatakan Novel Merenang Gelora
Kategori: KOMSAS
Watak Utama
Badri
- Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.
- seorang pengawas sekolah
- berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
- bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
- berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
- aktif dalam kegiatan sukan - mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak bawah 15 tahun
- menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
- setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran.
- berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
- rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
- berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan
Shahrul
- Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
- berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
- materialistik - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
- suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
- berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
- panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
- mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
Nadira
- Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
- sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
- tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
- mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
- ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
- tidak menghormati orang lain - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
Meng Kong
- Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
- Rakan kepada Badri
- tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
- mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
- insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
- patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Cikgu Jailani
- Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
- tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
- adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
- rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
- bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.