Watak lain: Jamil / rakan baik Badri
: Nadira
: Cikgu Jailani / guru disiplin
: Mak Siti / ibu Badri
: Shahrul
: murid tingkatan 5 yang ada tanda lahir
: Mak Alang
Latar tempat: tandas murid
: kelas
: bilik guru
: perpustakaan
: rumah Badri
: bandaraya Kuala Lumpur / gerai
: rumah Pak Alang
Latar masa: sesi pagi persekolahan, petang, 2 minggu setelah menjadi pengawas
Ringkasan bab:
Badri melakukan muhasabah (penilaian kendiri, introspektif) tentang matlamat dirinya dalam pelajaran, serta peranan sebagai anak kepada pasangan pegawai kerajaan dan suri rumah yang hidup sederhana. Badri rela dianggap kolot kerana tidak terpengaruh dengan pergaulan bebas atau lepak. Ajakan Jamil untuk melepak di Mastika Mall ditolak dengan alasan lebih baik dia membantu ibunya kalau sekadar untuk menghilangkan tekanan (stres). Entah macam mana mereka boleh rapat dengan prinsip hidup yang berbeza. Sedang Badri mengelamun, motosikal Shahrul meluncur ke kawan sekolah.
Hari itu kebetulan Badri sakit perut dan berulang-alik ke tandas. Di situ, dia disiram dengan air daripada mangkuk tandas. Pelaku (suspek) lari, tetapi Badri kemudian teringat tanda leher pada budak India tingkatan 5 itu. Badri terus ke kelas, tetapi terus disindir oleh Nadira. Badri hairan bahawa begitu cepat Nadira tahu. Tiba-tiba Jamil pula muncul dan membuat andaian Badri sebagai mangsa balas dendam budak tingkatan 2 yang ditangkap ponteng kelas. Jamil juga cuba mempengaruhi Badri supaya tidak mencampuri urusan murid lain kerana mungkin hal itu menyakitkan hati mereka. Badri sebaliknya mempertahankan tanggungjawab pengawas untuk membantu pihak sekolah supaya mematuhi disiplin.
Jamil juga terperangkap dengan soalan Badri akan sebab dia tahu Badri berada di kelas. Jamil mengatakan cerita itu tersebar di kantin, tetapi dia mengelak daripada menyebut nama sesiapa. Badri bingkas ke bilik guru bertemu Cikgu Jailani. Badri disuruh pulang menukar baju.Di rumah, Badri membuat helah kepada ibunya, Mak Siti bahawa dia terjatuh lopak . pada sebelah petang Badri ke perpustakaan, tetapi dia gagal memberi tumpuan. Dia keluar merayau-rayau di bandar tanpa tujuan khusus. Setelah minum teh O ais di gerai, Badri ternampak Nadira membonceng motosikal Shahrul. Kemudian, Badri menuju rumah Pak Alang, bapa saudaranya. Rupa-rupanya ada tetamu. Badri terkejut kerana tetamu itu ialah Nadira, anak buah Mak Alang. Nadira resah, tetapi Badri puas...
Perwatakan: tegas (Badri)
: bijak
: amanah
: setia kawan
: tidak ambil kisah (Jamil)
: nakal (Shahrul)
: jati diri (tidak diamalkan oleh Nadira yang terbabit dengan pergaulan bebas)
Nilai murni: ketegasan, kebijaksanaan, kejujuran, kesetiakawanan, keprihatinan, disiplin diri
Persoalan: Ketegasan berpegang kepada prinsip
: Kebijaksanaan dalam membaca muslihat / meneka fikiran orang lain
: Amanah dalam tugas
: Kesetiakawanan dalam masa susah dan senang (Jamil menyembunyikan sesuatu)
: Keprihatinan terhadap masa depan / berpandangan jauh dalam belajar
: Jati diri dalam pergaulan
Pengajaran: kita hendaklah tegas dalam mempertahankan sesuatu prinsip
: kita hendaklah bijak dalam menangkap maksud tersirat dalam komunikasi
: kita hendaklah amanah dalam tugas
: kita hendaklah bersikap setia kawan sepanjang masa
: kita hendaklah prihatin terhadap pencapaian masa hadapan / hari muka
: kita hendaklah memiliki jati diri / akhlak dalam pergaulan / komunikasi
kbkk: perlindungan terhadap pengawas daripada tindak balas murid bermasalah disiplin
: kempen rakan pengawas (seperti rakan polis)
: melarang hubungan cinta / pergaulan bebas dalam kalangan murid sekolah