Syair Li-Attar Ghib Tg3 |
Nota | ||||||||||||||||||
Ditulis oleh Cikgu Zainudin | ||||||||||||||||||
Rabu, 21 Disember 2011 11:17 | ||||||||||||||||||
Syair Li-Attar Ghib Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD RANGKAP
TEMA Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya. PERSOALAN i. Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Contoh: Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ. ii. Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. iii. Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. BENTUK i. Mempunyai 8 rangkap. ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iii. Semua baris adalah maksud. iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris Contoh: wahai sayangnya akan saudara (4 perkataan – rangkap 1) Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan – rangkap 2) Contoh: lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah (6 perkataan – rangkap 5) v. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris Contoh: ser/ta/ pan/dang/ a/mat/-a/mat/kan ( 9 suku kata – rangkap 8) Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata – rangkap 5) vi. Rima akhir ialah aaaa. vii. Bentuk syair ialah terikat. GAYA BAHASA i. Asonansi - Pengulangan vokal a Contoh: sebab bersama-sama mengembara ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan d Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah iii. Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu baris Contoh: Segala pekerjaan segala perkara iv. Inversi - Pembalikan kata Contoh: kita sepertinya akan datangkan sepatutnya kita akan datangkan sepertinya. v. Diksi - Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah. vi. Diksi - Penggunaan Bahasa Arkaik. Contoh: ayuhai. vii. Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama. NILAI i. Nilai keinsafan. Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan merasainya. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. ii. Nilai kerajinan. Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. iii. Nilai kesabaran. Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-Nya. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. PENGAJARAN i. Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. ii. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. iii. Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. SOALAN i. Huraikan tema Syair Li-Attar Ghib. ii. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas. JAWAPAN i. Tema syair ialah mengambil iktibar daripada kematian. Setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlaku kematian kerana setiap insan pasti akan mati. ii. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas ialah repitisi. Contohnya segala pekerjaan segala perkara. Kedua diksi iaitu pinjaman bahasa Arab wahid al-Khahar. |
A
©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid