KERANA KITA TIDAK SUKA MEMBACA.
KENAPA KITA TIDAK SUKA MEMBACA?

Sebab apa ramai pelajar sekolah tidak suka membaca buku?
Sebab apa mereka kurang minat mahu belajar?
Mungkin, mereka tidak ada matlamat. Jika Anda salah seorang daripada pelajar sebegini, inilah saat yang paling ngam untuk Anda teliti hati Anda.
Ilmu yang kita pelajari di dalam kelas akan masuk ke fikiran.
Hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang di ajar oleh guru.
Hati yang kurang bersih membuat fikiran kita bercelaru.
Hati ‘kotor’ akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang pelajar.
Kita akan malas belajar, malas mahu membaca buku, terasa berat nak mengulangkaji.
Masuk ke kelas pun malas-malas saja. Kesan paling ketara, kita tidak akan minat untuk belajar. Bangun pagi pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab menjadi seorang pelajar sekolah sahaja.
Untuk memupuk minat pada pelajaran, terlebih dahulu berlatihlah selalu membersihkan hati.
Rajin-rajinkan lidah beristighfar, rasakan bahawa kita sudah banyak membuat kesalahan di masa lalu kemudian kita betul-betul minta ampun. Selain meminta ampun daripada Allah swt, minta ampun daripada ibu dan bapa kita.
Kegembiraan mereka merestui usaha kita, pembuka jalan kejayaan buat pembelajaran kita.