Terdapat satu peribahasa cina yang menyatakan bahawa membaca buku diumpamakan sebagai ‘makanan jiwa’.Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak menjadi tin kosong dan ini dapat dikepai dengan membaca buku.Malangnya,masyarakat kini,terutamanya remaja,kurang menghargai buku berbanding dengan makanan yang dimakan oleh mereka.Mereka tidak sedar akan kewujudan masyarakat berkualiti bergantung kepada minat membaca.Banyak pihak telah menyuarakan rasa bimbangan mereka terhadap masa depan negara.Satu soalan yang pasti berlegar dalam benak kita iaitu,’bagaimanakah budaya membaca dapat diwujudkan?’
Salah satu cadangan untuk memupuk minat membaca adalah melalui peranan ibu bapa.Ibu bapa seharusnya menjadi ‘role model’kepada anak-anak.Anak-anak perlu didedahkan kepada mereka bahan bacaan sejak kecil lagi agar minat membaca buku dapat dipupuk.Hal ini demiakian kerana “melentur buluh biar dari rebungnya”.Kanak-kanak yang kecil tidak tahu menghargai buku dan inilah proses pembelajaran yang perlu diterima.Sekiranya minat membaca dapat dipupuk sejak kecil,mereka akan menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan.Keadaan inilah yang sentiasa diharap-harapkan oleh pelbagai pihak.
Kesedaran tentang kepentingan dan faedah membaca amat diperlukan dalam sanubari anak-anak.Sewaktu mereka membaca,mereka harus diberitahu tentang faedahnya menimba ilmu pengetahuan.Cara ini dapat mengelakkan anak-anak mereka berputus asa dan menjadikan membaca sebagai amalan.Mereka juga haruslah dimaklumkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang rajin membaca.Galakan dan pujian ibu bapa amat diperlukan agar budaya membaca dapat diteruskan.
Selain itu,guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan remaja.Hal in kerana remaja menghabiskan masa enam jam di sekolah.Masa inilah tanggungjawab berkenaan terletak di bahu guru dan bukannya ibu bapa.Guru-guru dapat menarik minat mereka terhadap buku tersebut dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan membaca buku tersebut.Di samping itu,perpustakaan juga perlu dikemas kini dengan bahan bacaan yang ada di pasaran.Persatuan yang berkaitan perlu bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada bahan bacaan.
Sebenarnya kerajaan juga,turut menyumbangkan tenaga dalam usaha tersebut.Bermula tahun 2000,komponen kesusteraan dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.melalui cara ini,pelajar berpeluang membaca pelbagai genre,bahan sastera dan mengenali tokoh-tokoh yang terlibat.Di samping memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar,cara ini juga dapat membentuk keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar.Misalnya nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel pasti akan meninggal kan kesan dalam minda pelajar.Pengenalan komponen sastera merupakan satu proses berterusan dan diharapkan minat membaca pelajar berterusan.
Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada tahun 2020,remaja hari ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan sebad itulah mereka perlu ditekankan akan pentingnya membaca.Kita berharap masa depan dan satu-satunya menjadikan membaca sebagai kemestian.Budaya membaca masyarakat Malaysia,mampu melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang,dan terbilang.