7 Sep 2011

Contoh Pengalaman Perkhemahan Unit Uniform

Setelah 7 ahli unit beruniform (perempuan) yang terpilih menyertai perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah (P) Negeri Melaka pada 3hb - 5hb di Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka, mereka telah menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kem Tekali Hulu Langat, Selangor sepanjang percutian pertengahan penggal baru-baru ini. 
             Sepanjang perkhemahan tersebut, mereka telah diberi pengalaman baru dengan pelbagai aktiviti yang mencabar, antaranya ialah Merunut Hutan, Merentas Halangan, Keyakinan Air (berenang), Bantu Mula, Kem Kraf, Berkawad, Orienteering, Alam Sekitar, Permainan Dinamika, Menjahit, Aktiviti yang menggunakan Deria, Isyarat Tangan dan Persembahan Malam Kebudayaan.
Hasil daripada pengisian aktiviti selama seminggu, para peserta telah menerima sijil penyertaan. Ada di antara para peserta juga telah mendapat pujian dan plak kerana berjaya menjadi Johan Koir ( saudari Nor Dzakirah bt Jantan dan Wan Nur Hawa Fatihah bt Wan Zurey), Johan Kem Kraf (saudari Siti Nur Taqinah), Johan Merentas Halangan (saudari Farah Najwa bt Madhad) dan Johan Merunut Hutan (saudari Nor Dzakirah bt Jantan ). Tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah. 
pelbagai aktiviti mencabar diadakan sepanjang perkhemahan itu termasuklah cabaran berjalan malam yang sememangnya menguji kepekaan dan ketajaman penglihatan para peserta.

“Sepanjang aktiviti berjalan malam sejauh 1.5 kilometer itu, para peserta berpeluang melihat pelbagai jenis serangga yang menjadi penghuni setia hutan tersebut.

“Para peserta turut diberi peluang melihat haiwan seperti rusa dan tapir makan pada waktu malam dari menara tinjau yang disediakan oleh pihak Taman Negara.

“Walaupun hanya dapat melihat dari jauh, pengalaman ini mampu menimbulkan kesedaran bahawa Taman Negara ini perlu dipelihara agar generasi akan datang turut dapat merasai pengalaman yang sama,” jelasnya.

Turut diadakan pelbagai aktiviti seperti ujian ketahanan dan kekuatan peserta menaiki canopy walkway setinggi 50 meter serta mendaki Bukit Terisek sejauh 2.5 kilometer.

Sementara itu, seorang peserta perkhemahan, Nur Syahirah Abdullah berkata, aktiviti paling mencabar baginya ialah menyusuri canopy walkwak sepanjang 530 meter yang merupakan kanopi terpanjang di dunia.

“Aktiviti ini membina keyakinan diri para peserta program yang takutkan ketinggian. Sokongan rakan dan guru membantu saya yang memang takut dengan ketinggian,” katanya.

Tambahnya, melalui aktiviti mendaki bukit pula, banyak spesis pokok yang terdapat dalam hutan itu dapat dipelajari dan dikenal pasti.

“Para peserta mendapat maklumat berguna daripada jurupandu yang bersama memberikan penerangan tentang pokok dan tumbuhan yang banyak kegunaannya,” ujarnya.


Seorang lagi peserta, Ifwat Haziq Jasri berkata, pertama kali merasai suasana dan kehidupan orang asli suku kaum Batek membuatkan dia berasa sangat bersyukur dilahirkan dan tinggal dalam kawasan yang lengkap dengan semua kemudahan.


“Mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan alam sekitar tanpa sebarang kemudahan seperti bekalan air paip dan elektrik namun mereka hidup bahagia dan aman tanpa sebarang gangguan,” terangnya.