Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Soalan 3 (a)
Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, serta menggunakan peribahasa dan nama khas.
(i) telunjuk
(ii) selerak
(iii) gemilang
(iv) sinambung
(v) gemerlap
(vi) telapak
[6 markah]
Jawapan
Soalan 3 (a)
(i) Telunjuk - jari antara jari hantu dengan ibu jari
- perintah atau kemahuan
(ii) Selerak - bersebar
- bersepah
(iii) Gemilang - bercahaya
- terang benderang
(iv) sinambung - berlanjutan
- berterusan
(v) gemerlap - berkilat-kilat
- berkilauan
(vi) telapak - tapak kaki atau tapak tangan
- lapisan yang tebal pada tayar basikal
Soalan 3 (b)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat sahaja. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.
Kepesatan pembangunan Malaysia menyebabkan kemasukan pendatang asing datang untuk mencari pekerjaan. Pendatang asing suka datang ke negara kita kerana nilai mata wang negara kita yang tinggi. Mereka mendapat keuntungan apabila membeli barang-barang di negara mereka.
[6 markah]
Jawapan
Soalan 3 (b)
(i) i) Kepesatan pembangunan Malaysia telah menyebabkan kemasukan pendatang asing.
ii) Pendatang asing datang untuk mencari pekerjaan.
iii) Pendatang asing suka datang ke negara kita.
iv) Nilai mata wang negara kita tinggi.
v) Mereka mendapat keuntungan.
vi) Mereka membeli barang-barang di negara mereka.
Soalan 3 (c)
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Pasangan suami istri itu bagai pinang terbelah dua
ii. Juru terbang harus memerhati demi keselamatan semua penumpang
iii. Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak membenarkan masuk ke dewan pepereksaan.
( 6 markah )
Jawapan
Soalan 3 (c)
iv. Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua
v. Juruterbang harus berhati-hati demi keselamatan semua penumpang
vi. Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.
( 6 markah )
Soalan 3 (d)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Beribu ekor ayam peliharaan yang disyaki mengalami demam selesema burung dimusnahkan oleh pihak berkuasa.
(ii) Setengah herba yang digunakan memang sukar dicari atau mahal mutunya.
(iii) Nur Zahidah rajin menelaah internet supaya (untuk) mendapat berbagai-bagai (berbagai) ilmu pengetahuan.
[6 markah]
Jawapan
Soalan 3 (d)
(i) Beribu-ribu ekor ayam *ternakan yang disyaki mengalami demam selesema burung dimusnahkan oleh pihak berkuasa.
(ii) Sesetengah herba yang digunakan memang sukar dicari atau *mahal harganya.
(iii) Nur Zahidah rajin melayari internet untuk mendapat berbagai-bagai ilmu pengetahuan.
Soalan 3 (e)
Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa dibawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
i. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
ii. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ii. Biar mati anak jangan mati adat
[6 markah]