Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.
(i) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(ii) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(a) Huraikan sebab-sebab pembaca lebih gemar menumpukan perhatian terhadap watak utama ketika membaca sesebuah novel.
[7 markah]
(b) Huraikan tiga nilai murni dalam satu novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]
(c) Huraikan unsur-unsur saspens yang terdapat dalam satu novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(d) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan latar masyarakat dalam setiap novel itu.
[8 markah]
(e) Pengarang mempunyai pelbagai cara untuk menggambarkan watak di dalam novelnya. Huraikan cara-cara yang digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan watak dalam satu novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(f) Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, jelaskan konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel tersebut.
[8 markah]
(g) Plot mempakan aspek penting dalam pembinaan sesebuah novel. Huraikan klimaks dan peristiwa-peristiwa yang membawa kesudahan cerita dalam satu novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(h) Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, bincangkan watak dan perwatakan watak utama dalam novel itu.
[8 markah]
(i) Terdapat pelbagai persoalan yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua persoalan kegigihan yang terdapat dalam satu novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(j) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu.
[8 markah]
(k) Bincangkan kesesuaian antara judul dan isi dalam satu novel yang telah anda pelajari dan kemukakan pendapat anda berdasarkan novel tersebut.
[7 markah]
(l) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama dalam setiap novel itu.
[8 markah]