3 Mei 2011

Soal Jawab NILAM

2010-08-21 13:43





http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM  yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini jalankan di sekolah bermula dengan murid  Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat darjah enam  bagi sekolah rendah dan  tingkatan lima bagi sekolah menengah.
Program ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap di mana kita menggalakkan murid membaca sebanyak mungkin buku yang mereka minat dan kemudiannya dicatat dalam Buku Rekod NILAM. Tahap kedua pula ialah Tahap Rakan Pembaca di mana murid-murid yang telah banyak membaca digalakkan pula untuk mengajak dan menggalakkan rakan-rakan mereka untuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai murid akan terlibat dalam program ini.
Ke atas



http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Bagaimana dengan pencapaian program ini selepas 10 tahun pelaksanaannya?

Melihat kepada statistik data yang dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan program ini, kita dapati penglibatan murid-murid kian meningkat dengan statistik terakhir menunjukkan 84.68% murid-murid terlibat dalam program ini. Namun begitu, usaha kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja dalam membentuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid. Kita bertekad untuk mencapai sasaran kita iaitu penglibatan 100% murid dalam Program NILAM dan seterusnya membudayakan amalan membaca ini di luar lingkungan persekolahan iaitu dalam erti kata lain memasyarakatkan program NILAM.


http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Apakah strategi yang dilakukan oleh KPM amnya dan BTP khususnya untuk mencapai objektif 100% penglibatan murid dalam Program NILAM ini?
Bagi mencapai penglibatan 100% murid dalam program NILAM, pelbagai usaha giat telah dan sedang dijalankan di peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian(PTPB) dan juga Pusat Kegiatan Guru(PKG), dengan kerjasama yang baik daripada Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam merangka program-program galakan membaca. Sebagai contoh, beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program NILAM ini telah diadakan seperti Khemah Membaca, Kem Penulis Muda, Program Jejak Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku dan juga pameran-pameran buku yang mendapat sokongan dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Selain daripada itu, Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan Program NILAM sewaktu pemantauan ke sekolah-sekolah. Secara tidak langsung ini menunjukkan penegasan KPM mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan. Dalam masa yang sama pihak pentadbir sekolah perlu memberi kerjasama dan perhatian dalam merangka, mengurus, melaksana dan memantau program-program galakan membaca yang dirancang oleh Guru Perpustakaan & Media (GPM).
KPM juga sedang memantapkan pekeliling berkaitan pelantikan GPM Cemerlang dalam usaha memberi pengiktirafan kepada GPM selaku individu yang bertanggungjawab secara lansung dalam menjayakan Program NILAM di peringkat sekolah.



http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Kita dapati trend membaca murid-murid sekarang telah berubah dengan berubahnya teknologi yang terhidang di hadapan mereka. Adakah Program NILAM juga berubah mengikut  trend ini?

Ada dua perkara yang perlu dimaklumkan bila kita bercakap mengenai trend membaca dalam kalangan murid-murid. Pertama ialah jenis buku yang menjadi minat mereka. Dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Perkembangan Kurikulum didapati murid-murid lebih suka membaca buku-buku yang berkisar mengenai sesuatu yang ”hampir’’ dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain daripada buku-buku fiksyen, murid-murid lebih terarah untuk membaca buku-buku bukan fiksyen berbentuk ilmiah yang berkaitan dengan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, yang mempunyai grafik menarik dan teks yang mudah difahami.
Oleh itu, pihak pentadbir sekolah selaku pihak yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan buku-buku  perlulah mengambil kira faktor-faktor ini dalam usaha membina koleksi di Pusat Sumber Sekolah. Pihak KPM juga menyediakan Senarai Bahan Bacaan Sekolah sebagi rujukan untuk membeli buku-buku yang berkualiti yang telah melalui proses penilaian oleh KPM.
Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan murid-murid pula ialah bentuk buku yang dibaca. Saya sangat setuju dengan kenyataan saudara bahawa trend dan minat murid-murid sekarang lebih terarah kepada sesuatu yang bersifat teknologi dan ICT. Kita melihat ini sebagai sesuatu yang positif dan Program NILAM juga sememangnya sentiasa ditambahbaik seiring dengan kemajuan teknologi sedia ada.
Dalam pelaksanaan Program NILAM kita meminta murid membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya di dalam Buku Rekod NILAM. Buku-buku yang dimaksudkan ialah buku-buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam ataupun yang mereka beli sendiri. Seiring dengan kepesatan teknologi, Program NILAM juga menggalakkan mereka membaca buku-buku dalam bentuk digital yang boleh diperolehi dari Pusat Sumber Digital, e-book dan juga CD/DVD. Malah mereka juga boleh memuat turun bahan-bahan bacaan dari internet untuk mereka baca dan simpan sebagai koleksi peribadi mereka.
Sekarang ini sudah ada teknologi di mana buku-buku berbentuk digital boleh ”membacakan” buku tersebut untuk kita dan boleh disimpan di dalam pemain muzik MP3 dan juga iPod. Dengan kepesatan teknologi yang semakin memudahkan kita di zaman ini, tidak ada alasan lagi sebenarnya untuk kita mengatakan bahawa kita tidak ada masa untuk membaca.




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh agensi swasta  dalam membantu  bekerjasama menjayakan Program NILAM?
Memang pihak KPM amat mengalu-alukan  sebarang iniatif pihak swasta untuk bersama-sama menjayakan dan menyemarakkan Program NILAM. Sehingga kini, pihak KPM telah mengadakan beberapa kerjasama pintar dengan beberapa buah syarikat dalam aspek peningkatan kualiti prasarana dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah serta meningkatkan  budaya membaca. Sebagai contoh: Syarikat RHB telah mengadakan Program ”Lets READ” dimana sekolah luar bandar yang terpilih telah di beri sumbangan dan khidmat bantu dari segi penyediaan sistem automasi, penambahan koleksi bahan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) manakala Syarikat NCIA pula telah menubuhkan makmal yang bercirikan Pusat Sumber Digital di sekolah-sekolah di Koridor Utara dan yang terkini  sebuah penerbit buku iaitu Syarikat Scholastic Malaysia Sdn. Bhd pula telah bercadang untuk mengadakan program ”READ2009:One Nation Reading Together ”. Syarikat ini juga terlibat secara lansung dalam menjayakan Bengkel Khemah Membaca Kebangsaan 2009. Program-program seperti ini memang dapat menyumbang, menyokong dan mengaktifkan program NILAM seterusnya meningkat  budaya membaca dalam kalangan murid.
Terima kasih dan tahniah kepada semua agensi yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan Program NILAM.




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Adakah sebarang bentuk galakan berbentuk pengiktirafan atau anugerah yang diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam Program NILAM dan bagaimana cara pengiktirafan itu diberikan?

Di peringkat sekolah, galakan yang berbentuk hadiah dan sijil adalah sebahagian dari pengiktirafan dan ganjaran yang diberi. Dikebanyakan sekolah, murid-murid yang melibatkan diri secara aktif dalam Program NILAM akan diberikan ganjaran dan pengiktirafan mengikut kemampuan pihak sekolah dan biasanya dijalankan sewaktu Hari Anugerah Cemerlang.  Pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku yang dibaca oleh murid-murid seperti berikut:
 
SEKOLAH RENDAH
Jumlah Buku
Pengiktirafan
90 – 179
Gangsa
180 – 269
Perak
270 – 359
Emas
360 ke atas
NILAM
SEKOLAH MENENGAH
72 – 143
Gangsa
144 – 215
Perak
216 – 287
Emas
288 ke atas
NILAM




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Bagaimana pula bentuk pengiktirafan dan ganjaran di peringkat yang lebih tinggi. Di peringkat negeri dan kebangsaan misalnya?

Di peringkat negeri program Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Di peringkat ini, murid-murid yang melibatkan diri dengan aktif dalam Program NILAM akan dinilai bukan sahaja dari segi bilangan buku yang dibaca tetapi juga kemahiran mereka menjawab soalan-soalan penilaian yang dijalankan oleh hakim-hakim yang dilantik. Pemenang di peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan. Bentuk pengiktirafan adalah mengikut negeri masing-masing.




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Bagaimana pula pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan?

Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan bersempena dengan Anugerah NILAM Kebangsaan yang dilaksanakan setiap tahun sejak tahun 2003. Terdapat 5 kategori calon Tokoh NILAM Kebangsaan  iaitu:

i)   Sekolah Rendah Pedalaman
ii)  Sekolah Rendah Luar Bandar
iii)  Sekolah Rendah Bandar
iv) Sekolah Menengah Luar Bandar dan
v)  Sekolah Menengah Bandar
Setiap negeri akan menghantar calon bagi setiap kategori dan mereka akan dinilai mengikut kategori dan kemudian, Tokoh NILAM Sekolah Rendah Kebangsaan serta Tokoh NILAM Sekolah Menengah Kebangsaan akan dipilih dari kalangan pemenang kategori tersebut.
Sebagai makluman tambahan, kategori Sekolah Rendah Pedalaman merupakan satu kategori yang baru diperkenalkan dalam tahun 2008. Selain dari memenuhi aspirasi strategi PIPP untuk merapatkan jurang pendidikan, kategori ini diperkenalkan untuk membuka peluang yang sama rata kepada murid-murid dari kawasan tersebut yang mungkin agak ketinggalan dari segi kemudahan prasarana dan capaian terhadap bahan-bahan bacaan.
Proses penilaian terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
i)  penilaian lisan dan
ii) penilaian bertulis

Barisan hakim pula terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti tempatan, Institut Perguruan dan juga pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia. Antara elemen yang dinilai termasuklah kemahiran membaca, mencari maklumat, membuat analisis, membuat rumusan, kebolehan berhujah, kefasihan bertutur dan juga kemahiran menyelesaikan masalah.




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Bila dan di mana Anugerah NILAM Kebangsaan akan dilaksanakan pada tahun ini?

Seperti kebiasaannya pada tahun-tahun sebelum ini, Anugerah NILAM Kebangsaan 2009 akan dijalankan serentak dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kali ini Anugerah NILAM akan diadakan pada 20 hingga 24 April 2009 bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur.




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Berapa orang muridkah yang terlibat dan apakah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Program Anugerah NILAM Kebangsaan 2009 nanti?

Untuk makluman semua, Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan  2009 akan diadakan serentak dengan Program Khemah Membaca Kebangsaan. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah ” Generasi Membaca Era Digital”. Seramai 63 calon dari 5 kategori terlibat khusus untuk program Anugerah Tokoh NILAM dan seramai 87  peserta Khemah Membaca dari seluruh negara akan hadir pada program pada tahun ini. Mereka akan diiringi oleh pegawai dan guru pengiring dari negeri masing-masing sepanjang program ini berlangsung. Selain dari proses penilaian untuk memilih Tokoh NILAM, murid-murid ini juga terlibat dengan program Khemah Membaca yang menjurus kepada aspek pembacaan yang selari dengan  tema yang telah dipilih.
Antara aktiviti sampingan yang dirancang dalam program ini adalah seperti:
i.   Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
ii.  Lawatan ilmiah ke Perpustakaan Digital Siti Hasmah Universiti Mulimedia ,Cyber jaya dan Perpustakaan Negara Malaysia(PNM)
iii. Bengkel Khemah Membaca bersama syarikat penerbit buku terkenal, Scholastic Malaysia Sdn.Bhd.
iv. Program Khemah Membaca Sehari di Kampung Buku Melaka




http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Apakah pula bentuk hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah NILAM pada tahun ini?

Pemenang-pemenang bagi setiap kategori Anugerah NILAM akan menerima sijil, trofi dan juga wang tunai. Alhamdulillah, semenjak tahun 2008, hasil dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Anugerah NILAM tahun 2008, kita telah bersetuju untuk menambah jumlah hadiah wang tunai kepada setiap pemenang.
HADIAH KEMENANGAN 2009
Tokoh NILAM
Tempat Pertama setiap kategori
Tempat Kedua
setiap kategori
Tempat Ketiga
setiap kategori
1. Piala Iringan
2. Sijil
3. RM 1,500
1. Piala Iringan
2. Sijil
3. RM 1,000
1. Piala Iringan
2. Sijil
3. RM 800
1. Piala Iringan
2. Sijil
3. RM 500








http://www.moe.edu.my:8080/image/image_gallery?img_id=2126 Akhir sekali, apakah harapan tuan pengarah dalam pelaksanaan Program Anugerah NILAM Kebangsaan pada tahun ini?
Saya berharap agar Anugerah NILAM Kebangsaan pada tahun ini berjalan dengan lancar dan kita dapat melahirkan seorang lagi Tokoh NILAM yang benar-benar berketrampilan untuk dijadikan sebagai role model kepada murid-murid lain. Kita ingin menunjukkan kepada semua murid-murid bahawa adanya saling kait yang amat rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Mungkin boleh saya imbas kembali pada tahun 2004 di mana Tokoh NILAM Kebangsaan 2004 iaitu adik Nur Amalina merupakan pelajar terbaik keseluruhan SPM pada tahun tersebut. Pada tahun 2007, sekali lagi kita berjaya melahirkan Tokoh NILAM yang juga pelajar terbaik keseluruhan SPM melalui adik Azali Azlan yang memperolehi 20 A1 dan 1 A2.  Keputusan peperiksaan SPM 2008 baru-baru ini pula telah menyaksikan Tokoh NILAM Kebangsaan 2008 kategori Sekolah Menengah, saudari Bessima Binti Jamal Dargham pula telah memperolehi 14 A1 yang juga merupakan juara pertandingan Spell It Right (S.I.R) Peringkat Kebangsaan 2008.
Semoga dengan contoh yang telah ditunjukkan oleh mereka berdua akan membuka mata semua pihak dari murid, para pendidik dan juga ibu bapa peri pentingnya membina tabiat membaca dalam diri kita dan menjadikannya sebagai satu budaya hidup. Terima kasih.