14 Mac 2011

Mutiara Kata


1. APABILA HAWA NAFSU BERKUASA, GELAP GELITALAH HATI,
APABILA HATI GELAP GELITA, SEMPITLAH DADA DAN APABILA DADA TELAH SEMPIT, MAKA AKAN BURUKLAH TINGKAH LAKU DAN APABILA KELAKUAN SESEORANG TELAH BURUK, IA AKAN DI BENCI OLEH SEMUA MAKHLUK.
2. LEBIH BAIK DALAM NERAKA DENGAN ORANG PINTAR DARIPADA DALAM SYURGA DENGAN ORANG BODOH. MUSUH YANG BERAKAL ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SAHABAT YANG BODOH.




3. ORANG YANG SUKA MEMBUAT FITNAH,
LIDAHNYA BERACUN DAN HATINYA BERNANAH.

4. JANGAN DIIKUT PERANGAI LAMPU, MENERANGI ORANG LAIN TETAPI DIRINYA SENDIRI TERBAKAR.
CONTOHILAH PERANGAI BULAN, TIAP KALI BERTENTANGAN DENGAN MATAHARI, DIA MENDAPAT CAHAYA BARU.

5. AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA, MANAKALA ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH.






MANUSIA BERHARAP TERLALU BANYAK,
TETAPI BERBUAT TERLALU SEDIKIT.

MANUSIA YANG HIDUP PERLU BERJUANG,
KALAU TIDAK DENGAN SENJATA BERJUANGLAH DENGAN PENA.



MANUSIA YANG BIJAKSANA IALAH ORANG YANG TIDAK MENGHARAP DAN TIDAK GENTAR DENGAN APA JUA YANG AKAN DATANG PADA MASA HADAPAN.




BANGSA YANG PENAKUT TIDAK BOLEH MERDEKA DAN TIDAK BERHAK MERDEKA.
KETAKUTAN IALAH PENASIHAT YANG SANGAT CURANG UNTUK KEMERDEKAAN.

RAHSIA KEJAYAAN IALAH MENGETAHUI SESUATU YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU.




WAKTU UMPAMA PISAU YANG BERMATA DUA, JIKA DIGUNAKAN BANYAK PEKERJAAN YANG DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEGERA, TETAPI JIKA CUAI, TANGAN SENDIRI YANG AKAN DI LUKAI.

SELEMAH-LEMAH MANUSIA IALAH ORANG YANG TIDAK BOLEH MENCARI SAHABAT DAN ORANG YANG LEBIH LEMAH DARIPADA ITU IALAH ORANG YANG
MENSIA-SIAKAN SAHABAT YANG TELAH DI DAPATINYA.

HATI ORANG BODOH BERADA DALAM MULUTNYA,
TETAPI MULUT ORANG CERDIK BERADA DI HATINYA.

KETENANGAN YANG MEMBUATKAN KITA TERLENA MUNGKIN LEBIH BERBAHAYA DARIPADA RIBUT YANG MEMBUATKAN KITA TERUS TERJAGA.

MERANGKAK TETAPI BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA LEBIH BAIK DARIPADA BERLARI, TETAPI PUTUS DI TENGAH JALAN.

ORANG YANG BERJAYA BUKANLAH ORANG YANG MEMENDAM SEMANGATNYA KERANA TAKUT GAGAL, BUKAN JUGA ORANG YANG TIDAK PERNAH GAGAL, TETAPI IALAH ORANG YANG TETAP MAJU KE DEPAN SUNGGUHPUN MENEMPUH KEGAGALAN.


RASA TAKUT IALAH NALURI, RASA BERANI IALAH KEMENANGA. KEMAHUAN MEMBUNGKAM RASA TAKUT DAN MENYEMBUNYIKANNYA DI BAWAH RASA BERANI.

KEGAGALAN BUKAN BERERTI KEHANCURAN, TETAPI JADIKANLAH KEGAGALAN ITU SEBAGAI BATU LONCATAN UNTUK MENUJU KEJAYAAN.


KEGAGALAN TERBESAR IALAH KEGAGALAN UNTUK MENCUBA.

JANGAN MENYESALI KEGAGALAN YANG DI ALAMI DENGAN MENUDUH ATAU MENYALAHKAN ORANG LAIN, TETAPI AKUILAH SESUNGGUHNYA KEGAGALAN ITU ADALAH KERANA PERBUATAN SENDIRI.
HATI YANG MULIA ITU IBARAT MATAHARI, KELIHATAN PALING MENARIK KETIKA BERADA DI KAKI LANGIT BERAWAN MEGA.


ILMU PENGETAHUAN ITU SUMBER SINAR JIWA MANUSIA, SEMENTARA HARTA KEKAYAAN ITU BERKEMUNGKINAN MEMBERI KEGELAPAN.

KITA TIDAK BEAJAR DARIPADA KEJAYAAN KITA, TETAPI KITA BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN KITA.

MANUSIA YANG BOLEH HIDUP SEMPURNA ATAU BERJAYA SELALUNYA BERGANTUNG KEPADA BAGAIMANA DIA MERANCANG HIDUP.

LIDAHLAH WAKIL KEBATINAN KITA, MENUNJUKKAN KECERDASAN FIKIRAN, KELUASAN KEFAHAMAN, KEDALAMAN PEYELIDIKAN, KEBANYAKAN PENGALAMAN DAN MELAMBANGKAN KEGAGAHAN DALAM KEMANISAN SESEORANG.

MUSUH YANG PALING BERBAHAYA IALAH PENAKUT DAN RAGU, TETAPI TEMAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN IALAH KEYAKINAN DAN KEBERANIAN.

KEKURANGAN PENGETAHUAN ADALAH UMPAMA MALAM GELAP UNTUK BATIN, SEPERTI MALAM TIDAK DITERANGI OLEH BULAN DAN BINTANG.

GUNAKANLAH PELUANG DAN KELAPANGAN KAMU UNTUK MENANAM BUDI SUPAYA MENJADI SIMPANAN SEMASA SUSAH DAN PENINGGALAN DI AKHIRAT KELAK.

PERKATAAN YANG LEMAH LEMBUT MEMBASUH KEDENGKIAN YANG TERSEMBUNYI DALAM ANGGOTA BADAN.


JANGAN HIDUP SEPERTI KIAMBANG, MENJULANG KE ATAS, TETAPI TIDAK ADA KEKUATAN DIBAWAHNYA.



ALAM BAGAI KITAB BESAR YANG TERDAMPAR PADA MUKA KITA, DIDALAMNYA TERTULIS PERJUANGAN  HAYAT YANG TELAH DITEMPUH LEBIH DAHULU DARIPADA ORANG LAIN.


ADAB ITU MENJADI PELITA AKAL SEBAGAIMANA API DI DALAM GELAP-GELITA MENJADI PELITA MATA.

BERCAKAP TANPA BERFIKIR SEPERTI MENEMBAK TANPA SASARAN.

HATI APABILA TIDAK MAHU KEPADA HIKMAH DAN ILMU DALAM TIGA HARI, MAKA MATILAH HATI ITU.

SMKA SHAMS