Secara umumnya ia memang berlaku kepada cara hidup moden kita yang penuh dengan kecanggihan teknologi. Rata-rata orang kita sudah mengenali apa itu dunia siber atau dikenali dengan dunia tanpa sempadan.
Fanatik atau taksub bermaksud suatu emosi yang penuh dengan semangat yang berlebihan terhadap sesuatu yang diminati. Akan tetapi ia tidak kritikal. Biasanya berlaku apabila ketaksuban ke atas sesuatu perkara yang menjadi budaya hidup dan kegemaran atau hobi.
Fanatik siber punca gejala sosial!?
Cuma kali ini aku ingin mengaitkan tentang ketaksuban kita terhadap dunia tanpa sempadan. Isu ini sudah banyak kali dikupas sama ada di media massa dan media elektronik. Aku masih ingat lagi, ianya pernah dikupas di dalam rancangan terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini.
Sesetengah masyarakat kita sering mengaitkan dunia siber ini dengan berlakunya gejala-gejala sosial pada masa kini. Aku tidak menafikannya, tapi apa yang aku harapkan mereka faham bahawa dunia siber juga punyai banyak kelebihan secara langsung.
Aktiviti yang mampu membuatkan seseorang itu fanatik siber adalah seperti,
- Maklumat – teknologi canggih ini mempercepatkan proses carian maklumat yang kamu ingin dapati, tidak kiralah maklumat berkenaan apa sekali pun, ternyata ia pantas dan berkesan seperti maklumat di blog.
- Permainan Dalam Talian – semakin popular sekarang dan mendapat sambutan menggalakan itu pun bergantung kepada capaian internet negara kita (hu3).
Namun dalam dunia siber ini terdapat keburukannya juga, dimana gejala sosial bisa terserap dalam corak hidup yang tidak bermoral kerana penerimaan maklumat yang tidak betul. Mereka selalu terperangkap dengan cara sebegini memandangkan setiap maklumat mendapat capaian secara langsung.
Secara keseluruhannya, fanatik atau tidak bukan persoalannya memandangkan ia boleh berlaku untuk tujuan kebaikan mahu pun keburukan. Sebaiknya anda mendisiplinkan diri ke arah yang boleh memberi faedah dan kebaikan untuk kehidupan yang lebih sihat!