TUGASAN UNTUK TINGKATAN 4 RAZI DAN 4 IBNU SINA
PAMERAN PANITIA BAHASA MELAYU SEMPENA PERASMIAN SEKOLAH
PELAJAR PUTERA.
1. SIAPKAN 10 RUMUSAN DALAM BENTUK BUKU SKRAP.
2. SOALAN RUMUSAN BERDASARKAN BERDASARKAN BUKU KERJA MUKA SURAT 48-62
MUKA SURAT 135 DAN MUKA SURAT 128.
PELAJAR PUTERI :
1. SIAPKAN 10 SOALAN NOVEL BERDASARKAN ANALISA SASTERA ( PLOT,TEKNIK PLOT, GAYA BAHASA, NILAI , PENGAJARAN, TEMA, PERSOALAN, PERISTIWA MENARIK,KONFLIK DALAM YANG TERDAPAT DALAM NOVEL PAPA.
2. PANJANG JAWAPAN ANGGARAN 100 PATAH PERKATAAN.
3. JAWAPAN YANG DIHASILKAN JUGA DALAM BENTUK BUKU SKRAP.
4.. MARKAH AKAN DIAMBIL BERDASARKAN ISI,KREATIVITI DAN PERSEMBAHAN.
5. MARKAH SEBANYAK 5% DARIPADA MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN AKAN DIBERIKAN UNTUK UNTUK SETIAP TUGASAN YANG DIHANTAR.
31 Mac 2011
Soalan:
Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan masyarakat untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini.
Jawaban:
Strategi: T=Meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat K=Peranan Masyarakat F=Umum | Isi:
|
Pada masa ini, isu tentang perpaduan menjadi buah mulut masyarakat dan agenda utama kerajaan. Perdana Menteri yang ke-6, iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia. Gagasan 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Perdana Menteri berpendapat dan yakin bahawa perpaduan akan menjamin kestabilan lantas menjadi prasyarat untuk mencapai kemajuan dan keamanan di negara kita. Dalam hal ini, semua rakyat Malaysia hendaklah menyokong usaha-usaha untuk mewujudkan perpaduan kerana perpaduan teras kejayaan. Dalam konteks ini, penduduk yang tinggal di sesuatu kawasan atau lebih dikenali sebagai masyarakat setempat perlu memainkan peranan untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan mereka.
(AJ) Satu daripada aktiviti yang perlu dilakukan oleh masyarakat ialah mereka hendaklah mengadakan program gotong-royong yang melibatkan semua penduduk. (AH1) Aktiviti ini bolehlah dirancangkan atau diadakan sebulan sekali atau setiap tiga bulan sekali. (AH2) Aktiviti gotong-royong ini akan memberikan peluang kepada semua penduduk untuk bersua muka dan berkenalan di samping membuat pekerjaan yang memberikan manfaat kepada semua pihak. (AH3) Di samping bergotong-royong, mereka dapat berkenalan dan mengenal hati budi masing-masing kerana tak kenal maka tak cinta. (AC) Sebagai contohnya, pakatan penduduk di sesuatu tempat hendaklah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan tempat tinggal atau menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. (AP) Melalui aktiviti ini, kita bukan sahaja dapat merealisasikan konsep `Rakyat Sihat Negara Maju’, malah kita dapat meningkatkan hubungan dan seterusnya memupuk perpaduan selepas mereka menjalinkan persahabatan dan perkenalan.
Selain itu, (AJ) masyarakat juga hendaklah mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan sesuatu hari perayaan. (AH1) Di negara kita, setiap kaum mempunyai perayaan yang utama yang disambut secara besar-besaran pada setiap tahun. (AH2) Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah mengambil peluang ini untuk mengadakan majlis hari terbuka bagi memberikan peluang kepada kaum yang lain meraikan bersama-sama. (AH3) Perayaan yang utama di negara kita termasuklah sambutan hari raya aidilfitri, tahun baharu China, Deepavali dan krismas. (AC) Sebagai contohnya, pakatan penduduk dalam sesuatu kawasan tempat tinggal hendaklah menganjurkan majlis rumah terbuka perayaan Tahun Baharu China di dewan Orang ramai atau di kawasan terbuka bagi membolehkan semua masyarakat menghadirinya pada hari minggu atau kelepasan am. (AP) Majlis seperti ini sudah tentu dapat mempererat hubungan antara penduduk sekali gus meningkatkan keharmonian dan perpaduan kerana hati gajah sama-sama dilapah, hati kuman sama-sama dicecah.
Seterusnya, (AJ) masyarakat juga hendaklah mengadakan aktiviti hari keluarga. (AH1) Aktiviti ini hendaklah melibatkan semua ahli keluarga yang tinggal di dalam sesuatu kawasan atau taman. (AH2) Pakatan penduduk hendaklah mengadakan aktiviti ini sekurang-kurangnya tiga kali setahun. (AH3) Pelbagai bentuk permainan perlulah dijalankan di samping hadiah-hadiah yang lumayan disediakan. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti seperti lari di dalam guni, mengisi air di dalam botol dan sebagainya bukan sahaja dapat mempererat hubungan dalam kalangan ahli keluarga, malah akan menjalinkan hubungan mesra dengan penduduk setempat yang lain.(AP) Melalui aktiviti ini, perpaduan akan dapat dicapai kerana semua pasukan akan bekerjasama untuk mencapai kemenangan bak kata pepatah, “ke bukit sama-sama didaki, ke lurah, sama-sama dituruni.”.
Bukan itu sahaja, (AJ) masyarakat juga perlulah menubuhkan persatuan rukun tetangga di setiap kawasan kediaman. (AH1)Setiap keluarga atau ibu bapa perlulah menyertai persatuan ini. (AH2) Melalui persatuan rukun tetangga, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti kelas agama, kelas jahitan, permainan, dan sebagainya. (AH3) Sebagai ahli, semua penduduk mestilah memberikan komitmen yang jitu dan bekerjasama ibarat berat sama-sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing untuk melaksanakan pelbagai aktiviti. (AC) Sebagai contohnya, setiap penduduk hendaklah bersama-sama mengawal keselamatan tempat kediaman pada waktu tengah malam hingga pagi mengikut jadual kumpulan masing-masing. (AH4) Aktiviti ini sudah tentu melibatkan semua kaum yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tersebut. (AP) Tegasnya, aktiviti persatuan rukun tetangga ini bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan di kawasan tempat tinggal, malah dapat menjalinkan kerjasama dan hubungan antara penduduk.
Kesimpulannya, (A Ksmpln) masyarakat memainkan peranan yang penting untuk menyokong usaha kerajaan bagi meningkatkan perpaduan. (A Pnln & A Cdgn) Oleh sebab perpaduan sangat sensitif di negara kita yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, maka aktiviti-aktiviti yang mampu memupuk perpaduan tersebut perlulah diperbanyak. (A Pndpt) Oleh hal yang demikian, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri dengan menggunakan slogan, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, perlulah difahami oleh setiap anggota masyarakat. Oleh itu,(A Cdgn) masyarakat harus memainkan peranan untuk menjayakan pelbagai usaha atau aktiviti bagi memastikan setiap penduduk memahami konsep ini Dalam hal ini, (A Cdgn) mereka perlulah memikirkan dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mendukung konsep 1Malaysia bagi menjayakan agenda perpaduan yang dicita-citakan oleh kerajaan.
Soalan Latihan:
1.Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan ibu bapa untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli keluarga.
2.Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan rakyat untuk meningkatkan perpaduan di Negara kita.
3.Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan media massa untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang di Negara kita.
4. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan kerajaan untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Negara kita.
5. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan sekolah untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.
6. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan di Negara kita.
7. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan parti politik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli mereka.
8. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan mahasiswa universiti untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan mereka.
9. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bincangkan peranan semua pihak untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Negara kita.
Soalan:
Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Anda ingin mengulas novel tersebut untuk disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tulis ulasan tersebut dengan lengkap.
Jawapan:
Strategi: T=Keistimewaan diri K=Kekuatan dan kelemahan dari segi tema, plot, perwatakan, nilai, F= Ulasan | Isi: 1. Tema 2. Watak dan Perwatakan 3. Plot 4. Nilai 5. Mesej |
Nama Buku: Konserto Teraakhir
Penulis: Abdullah Hussain
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Bilangan halaman: 285
Kategori: Novel Remaja
Cetakan pertama: 1980
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Bilangan halaman: 285
Kategori: Novel Remaja
Cetakan pertama: 1980
Harga: RM7.50 (Semenanjung Malaysia)
RM8.80 (Sabah/Sarawak)
RM8.80 (Sabah/Sarawak)
Novel yang bertajuk “Konserto Terakhir” ini dikarang oleh Abdullah Hussain. Novel remaja ini ringkas penceritaannya, tetapi padat dengan plot-plot yang menarik dan mengusik hati dengan dialog-dialog yang mudah tetapi tinggi tahap bahasanya. Hasil buah tangan Abdullah Hussain ini sangat menyentuh jiwa pembaca.
Novel ini bertemakan kegigihan seorang anak muda yang menghambakan diri dalam bidang muzik yang diminatinya untuk menjadi seorang pemuzik yang terkenal Watak Hilmi yang lemah dalam pelajaran, tetapi rajin, penyabar dan berjiwa seni. Hilmi berbakat besar dalam bidang muzik. Dia mempelajari ilmu tentang muzik daripada Encik Bakar. Apabila membaca novel ini, pembaca dapat menghayati ayat-ayat yang tertulis dalam buku ini. Hal ini menyebabkan pembaca dapat menggambarkan peristiwa yang berlaku.
Dari segi penciptaan watak, penekanan terhadap watak utama adalah baik. Hal ini demikian kerana pembaca dapat membuat gambaran tentang paras rupa Hilmi ini kalau dia benar-benar wujud. Watak Hayati pula boleh dikembangkan lagi. Hal ini demikian kerana potensi watak Hayati untuk menjadi salah satu watak penting atau penyelamat dalam novel ini, begitu juga dengan watak Datuk Johari dan . Watak Datin Salmah dikembangkan dengan agak menarik sebagai watak antagonis yang berkonflik dengan Hilmi. Kita dapat melihat betapa Datin Salmah memandang rendah akan kemiskinan Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung.
Watak Azizah dan Datin Salamah kurang disenangi hingga akhir cerita. Walaupun kedua-dua watak ini agak kurang menyenangkan, namun kewujudan kedua-dua watak ini mencuit hati juga menerusi perlakuan dan dialog mereka. Novel ini boleh diadaptasikan dalam bentuk skrip drama televisyen pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana teknik penulisan novel ini sendiri sudah memudahkan kerja-kerja penulisan skrip drama.
Kekuatan novel ini terletak pada plotnya yang kukuh.Dalam novel ini, pengarang menyusun plot secara kronologi, ringkas dan dikuatkan dengan babak-babak lucu, menyentuh hati dan menyakitkan hati.Untuk mengembangkan plot, penulis menggunakan pelbagai teknik. Satu daripadanya ialah Teknik imbas muka. Sebagai contohnya, fikiran pembaca akan turut melayang jauh dan mengimbas ke depan tentang kemungkinan peristiwa yang akan dialami oleh Hilmi. Selain itu, teknik dialog yang banyak digunakan dalam novel ini telah berjaya menghidupkan cerita.
Novel "Konserto Terakhir" ini dapat mencetuskan satu bentuk motivasi terhadap pembaca untuk menjadi seorang yang berjaya. Jika pembaca benar-benar menghayati novel ini, pasti air mata pembaca akan tersentuh apabila membaca beberapa babak dalam novel ini. Bagi pelajar atau remaja, novel ini amat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan. Oleh sebab novel ini banyak memaparkan penggunaan bahasa yang menarik, pembaca yang membacanya akan dapat meningkatkan penguasaan bahasanya.
Dalam novel ini, nilai kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan digambarkan menerusi dialog dan perlakuan watak-wataknya. Hilmi beruntung kerana memiliki guru dan sahabat baik seperti Encik Bakar, guru muzik Hilmi yang baik hati dan juga Mamat. Buku ini juga 'menegur' masyarakat secara tersirat, supaya tidak memandang rendah akan kemampuan seorang pemuda yang miskin dan berpelajaran rendah untuk berjaya dalam kehidupannya.
Novel "Konserto Terakhir" adalah salah sebuah buku panduan masa depan terbaik untuk para remaja. Mesejnya mudah difahami, iaitu, jika kita mempunyai cita-cita, jangan cepat-cepat berputus asa bak kata pepatah,”Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Kita tidak harus berputus asa hanya kerana kemiskinan atau berpelajaran rendah. Datuk Hilmi dan Datin Salmah tidak menyangka bahawa Hilmi seorang anak yang miskin dan berpelajaran rendah boleh menjadi pemuzik yang berjaya.
Kesimpulannya, kekuatan novel ini terletak pada jalan cerita yang mudah difahami, plot-plot yang ringkas dan menarik. Novel ini merupakan novel yang patut dibaca terutamanya remaja atau pelajar sekolah. Banyak nilai dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca..Penulis novel ini, iaitu Abdullah Hussain ternyata seorang penulis yang hebat. Sebagai Sasterwan Negara, Gaya penulisannya mampu mewujudkan produk dengan nilai fleksibiliti yang tinggi dalam dunia karyawan, apabila dilihat dari aspek komersil. Novel ini bukan sekadar produk bertulis, malah boleh diangkat dalam pelbagai bentuk media.
Analisis Unsur yang Menarik dalam Karangan
Kata yang menarik | Makna |
1. 2. 3. 4. | |
Frasa yang menarik 1. 2. 3. 4. | |
Ungkapan atau ayat yang menarik 1. 2. 3. | |
Gaya Bahasa | |
1. | |
1. | |
C. Personifikasi 1. | |
D. Hiperbola 1. | |
E. inversi 1. | |
F. Cogan kata atau slogan 1. | |
Peribahasa | |
1. 2. | |
1. 2. | |
1. | |
1. | |
1. | |
Soalan:
Negara kita sering mengadakan kerjasama dengan Negara serantau. Bincangkan kenyataan ini.
Jawapan:
Strategi: T=Kerjasama Negara Kita dengan Negara Serantau. K=Bentuk Kerjasama F=Umum/Perbincangan | Isi: 1.kerjasama dalam bidang keselamatan 2.mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi. 3.mengadakan kerjasama dalam bidang sosial 4.kerjasama dalam bidang politik |
(AR) Pertubuhan ASEAN yang dianggotai oleh semua negara dalam rantau Asia Tenggara sebenarnya bertujuan meningkatkan kerjasama dan perkembangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial dalam kalangan negara serantau. (AR) Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menyertai pertubuhan tersebut telah giat memainkan peranannya dalam menjamin kesejahteraan bersama. (AR) Selain itu, pelibatan secara langsung Malaysia dalam projek Pembangunan Bersama yang dilancarkan untuk membantu negara sedang membangun memang tidak dapat menafikan komitmen negara kita terhadap kebajikan serantau. (AR) Dalam hal tersebut, Malaysia telah menjalin sama ada hubungan diplomatik atau hubungan perdagangan dengan negara-negara serantau untuk meningkatkan kerjasama antara negara serantau. (AA) Sebenarnya, kerjasama yang diadakan oleh Malaysia dengan negara serantau dapat dilihat dalam pelbagai bidang.
(AJ) Salah satu kerjasama yang diadakan oleh Malaysia dengan Negara serantau ialah kerjasama dalam bidang keselamatan. (AH) Kerjasama ini dapat dilihat dalam Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, Malaysia, Britain, Australia dan New Zealand. (AH) Pakatan ini bertujuan memperkukuh pertahanan Malaysia dan Singapura terhadap ancaman serangan luar sejak beberapa dekad yang lalu. (AH) Namun sekarang, FPDA masih menyumbang kepada keselamatan Asia Tenggara. (AC) Sebagai contohnya, dari segi kemudahan, latihan dan teknologi ko-ordinasi kegiatan pertahanan oleh anggota yang terlibat dan juga bergiat sebagai jentera yang dapat digunakan dalam perang terhadap terorisme, serta mengawasi perdagangan laut di Asia Tenggara, khususnya Selat Melaka. (AP) Dalam hal ini, Singapura dan Malaysia telah berikrar untuk meneruskan kerjasama yang lebih erat untuk melindungi Selat Melaka daripada serangan lanun dan pengganas.
Seterusnya, (AJ) Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan negara serantau yang lain. (AH) Kerjasama ini memang penting kerana wujudnya perbezaan dari segi bahan mentah dan sumber yang didapati di negara serantau. (AH) Demi memenuhi sesuatu bahan mentah yang diperlukan, negara serantau akan menjalinkan hubungan perdagangan dua hala. (AH) Sebagai contohnya, NegaraThai yang banyak menghasilkan beras akan mengeksport beras ke negara kita, manakala negara kita yang terkenal dengan sumber minyak yang berkualiti tinggi akan mengeksport minyak ke Negara Thailand. (AP) Dengan itu, kerjasama yang sedemikian bukan sahaja meningkatkan hubungan ekonomi, malah meningkatkan hubungan yang baik antara rakyat kedua-dua buah negara.
Selain itu, (AJ) Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam bidang sosial. (AH) Dalam bidang sosial, setiap negara di rantau Asia Tenggara mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di negara masing-masing. (AH) Kejadian tsunami yang melanda Banda Acheh, Sumatra pada tahun 2004 yang lalu sudah cukup untuk membuktikan betapa eratnya hubungan dari segi sosial antara Malaysia dengan negara jiran, Indonesia. (AH) Untulk membantu mangsa tsunami, pihak kerajaan telah melancarkan kempen mengutip derma secara besar-besaran dan menghantar hasil kutipan tersebut kepada kerajaan Indonesia. (AH) Di samping itu, Malaysia juga berusaha membangunkan kawasan terlibat semula dengan memberikan bantuan kemanusiaan. (AP) Peristiwa ini yang ibarat pepatah Melayu, ’Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga’ menunjukkan kesanggupan Malaysia untuk mengekalkan kerjasama dalam bidang sosial yang baik dalam kalangan negara serantau.
Di samping itu, (AJ) kerjasama dalam bidang politik turut diadakan oleh Malaysia dengan negara-negara serantau. (AH) Sebagai negara yang mengamalkan konsep keterbukaan, Malaysia mempunyai dasar luar negara yang bersifat mementingkan keamanan dan keselamatan serantau. (AH) Dalam hal ini, Malaysia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan masalah politik melalui cara rundingan meja bulat. (AC) Sebagai contohnya, konflik yang berlaku antara Malaysia dengan Singapura atas Pulau Batu Puteh beberapa tahun yang lalu telah menemui jalan buntu walaupun telah dirunding secara teliti oleh kedua-dua pihak. (AH) Namun, kerajaan Singapura dan kerajaan Malaysia tidak berpaling kepada ketenteraan tetapi mengutarakan masalah tersebut kepada Mahkamah Antarabangsa untuk diselesaikan secara aman dan damai. (AH) Hal ini jelas membuktikan bahawa hubungan Malaysia dengan Singapura yang terjalin erat bak kata pepatah Melayu, “bagai isi dengan kuku” telah mendatangkan kebaikan dari segi politik. (AH) Oleh itu, kerjasama dalam bidang politik sesungguhnya dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian serantau.
Kesimpulannya, (A Ksmpln) kerjasama yang diadakan oleh Malaysia dengan negara-negara lain dalam rantau Asia Tenggara banyak mendatangkan faedahnya. (A Pndpt) Negara kita haruslah terus memberikan komitmen sepenuhnya untuk mencapai kemajuan bersama-sama dengan negara serantau yang lain. (A Pndpt) Sebagai langkah seterusnya untuk merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah bergantung pada hubungan diplomatik yang sedia terjalin antara negara lain khususnya hubungan dengan negara serantau. (A Pnln) Dalam hal ini, tindakan kerajaan untuk mengamalkan dasar terbuka dan mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang adalah wajar sekali untuk membantu perkembangan negara kelak.
Analisis Unsur yang Menarik dalam Karangan
Kata yang menarik | Makna |
1. komitmen 2. terorisme 3. keterbukaan | |
Frasa yang menarik 1. mengambil berat | |
Peribahasa | |
1. jalan buntu 2. | |
1. Cubit paha kiri, paha kanan terasa 2. bagai isi dengan kuku | |
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...