31 Mac 2011


Soalan:
Negara kita sering mengadakan kerjasama dengan Negara serantau. Bincangkan kenyataan ini.
Jawapan:
Strategi:
T=Kerjasama Negara Kita dengan Negara Serantau.
K=Bentuk Kerjasama
F=Umum/Perbincangan
Isi:
1.kerjasama dalam bidang keselamatan
2.mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi.
3.mengadakan kerjasama dalam bidang sosial
4.kerjasama dalam bidang politik



(AR) Pertubuhan ASEAN yang dianggotai oleh semua negara dalam rantau Asia Tenggara sebenarnya bertujuan meningkatkan kerjasama dan perkembangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial dalam kalangan negara serantau. (AR) Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menyertai pertubuhan tersebut telah giat memainkan peranannya dalam menjamin kesejahteraan bersama. (AR) Selain itu, pelibatan secara langsung Malaysia dalam projek Pembangunan Bersama yang dilancarkan untuk membantu negara sedang membangun memang tidak dapat menafikan komitmen negara kita terhadap kebajikan serantau. (AR) Dalam hal tersebut, Malaysia telah menjalin sama ada hubungan diplomatik atau hubungan perdagangan dengan negara-negara serantau untuk meningkatkan kerjasama antara negara serantau. (AA) Sebenarnya, kerjasama yang diadakan oleh Malaysia dengan negara serantau dapat dilihat dalam pelbagai bidang.

(AJ) Salah satu kerjasama  yang diadakan oleh Malaysia dengan Negara serantau ialah kerjasama dalam bidang keselamatan. (AH) Kerjasama ini dapat dilihat dalam  Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, Malaysia, Britain, Australia dan New Zealand. (AH) Pakatan ini bertujuan memperkukuh pertahanan Malaysia dan Singapura terhadap ancaman serangan luar sejak beberapa dekad yang lalu. (AH) Namun sekarang, FPDA masih menyumbang  kepada keselamatan Asia Tenggara. (AC) Sebagai contohnya, dari segi kemudahan, latihan dan teknologi ko-ordinasi kegiatan pertahanan oleh anggota yang terlibat dan juga bergiat sebagai jentera yang dapat digunakan dalam perang terhadap terorisme, serta mengawasi perdagangan laut di Asia Tenggara, khususnya Selat Melaka. (AP) Dalam hal ini, Singapura dan Malaysia telah berikrar untuk meneruskan kerjasama yang lebih erat untuk melindungi Selat Melaka daripada serangan lanun dan pengganas.

Seterusnya, (AJ) Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan negara serantau yang lain. (AH) Kerjasama ini memang penting kerana wujudnya perbezaan dari segi bahan mentah dan sumber  yang didapati di negara serantau. (AH) Demi memenuhi sesuatu bahan mentah yang diperlukan, negara serantau akan menjalinkan hubungan perdagangan dua hala. (AH) Sebagai contohnya, NegaraThai yang banyak menghasilkan beras akan mengeksport beras ke negara kita, manakala negara kita yang terkenal dengan sumber minyak yang berkualiti tinggi akan mengeksport minyak ke Negara Thailand. (AP) Dengan itu, kerjasama yang sedemikian bukan sahaja meningkatkan hubungan ekonomi, malah meningkatkan hubungan yang baik antara rakyat kedua-dua buah negara.

Selain itu, (AJ) Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam bidang sosial. (AH) Dalam bidang sosial, setiap negara di rantau Asia Tenggara mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di negara masing-masing. (AH) Kejadian tsunami yang melanda Banda Acheh, Sumatra pada tahun 2004 yang lalu sudah cukup untuk membuktikan betapa eratnya hubungan dari segi sosial antara Malaysia dengan negara jiran, Indonesia. (AH) Untulk membantu mangsa tsunami, pihak kerajaan telah melancarkan kempen mengutip derma secara besar-besaran dan menghantar hasil kutipan tersebut kepada kerajaan Indonesia. (AH) Di samping itu, Malaysia juga berusaha membangunkan kawasan terlibat semula dengan memberikan bantuan kemanusiaan. (AP) Peristiwa ini yang ibarat pepatah Melayu, ’Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga’ menunjukkan kesanggupan Malaysia untuk mengekalkan kerjasama dalam bidang sosial yang baik dalam kalangan negara serantau.

Di samping itu, (AJ) kerjasama dalam bidang politik turut diadakan oleh Malaysia dengan negara-negara serantau. (AH) Sebagai negara yang mengamalkan konsep keterbukaan, Malaysia mempunyai dasar luar negara yang bersifat mementingkan keamanan dan keselamatan serantau. (AH) Dalam hal ini, Malaysia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah  yang berkaitan dengan masalah politik melalui cara rundingan meja bulat. (AC) Sebagai contohnya, konflik yang berlaku antara Malaysia dengan Singapura atas Pulau Batu Puteh beberapa tahun yang lalu telah menemui jalan buntu walaupun telah dirunding secara teliti oleh kedua-dua pihak. (AH) Namun,  kerajaan Singapura dan kerajaan Malaysia tidak berpaling kepada ketenteraan tetapi mengutarakan masalah tersebut kepada Mahkamah Antarabangsa untuk diselesaikan secara aman dan damai. (AH) Hal ini jelas membuktikan bahawa hubungan Malaysia dengan Singapura yang terjalin erat bak kata pepatah Melayu, “bagai isi dengan kuku” telah  mendatangkan kebaikan dari segi politik. (AH) Oleh itu, kerjasama dalam bidang politik  sesungguhnya dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian serantau.

          Kesimpulannya, (A Ksmpln) kerjasama yang diadakan oleh Malaysia dengan negara-negara lain dalam rantau Asia Tenggara banyak mendatangkan faedahnya. (A Pndpt) Negara kita haruslah terus memberikan komitmen sepenuhnya untuk mencapai kemajuan bersama-sama dengan negara serantau yang lain. (A Pndpt) Sebagai langkah seterusnya untuk merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah bergantung pada hubungan diplomatik yang sedia terjalin antara negara lain khususnya hubungan dengan negara serantau. (A Pnln) Dalam hal ini, tindakan kerajaan untuk mengamalkan dasar terbuka dan mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang adalah wajar sekali untuk membantu perkembangan negara kelak.






Analisis Unsur yang Menarik dalam Karangan
Kata yang menarik
Makna
1. komitmen
2. terorisme
3. keterbukaan

Frasa yang menarik
1. mengambil berat

Peribahasa

  1. simpulan bahasa
1. jalan buntu
2.

  1. pepatah
1. Cubit paha kiri, paha kanan terasa
2. bagai isi dengan kuku