12 Dis 2010

Teks Ucapan-Perkongsian Maklumat

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS 

Tarikh:  

Tempat:

Masa  :


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat pagi dan selamat sejahtera

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha ______________,

Pengetua, ______________________________

Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan,

Pemimpin-pemimpin pelajar,

seterusnya murid dan pelajar_________________ yang dikasihi sekalian.

Saya, Cikgu__________________________________ bersama-sama dengan Cikgu 

_____________________________ dan Cikgu ___________________________________ 

ialah guru bertugas sepanjang minggu ini, mulai dari _________________; bersamaan 

_______________________Hijriyyah. Seperti biasa, pelajar boleh merujuk guru 

bertugas jika terdapat perkara yang perlu dibantu.


Sebagai guru bertugas, izinkan kami menyampaikan beberapa panduan yang boleh diambil 

ingatan supaya segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sebab utama kita

berada di sekolah ini  dapat berjalan lancar tanpa gangguan yang boleh menjejaskannya. 


Marilah kita membetulkan semula niat kita bermula pada saat kita berhimpun pada pagi ini 

bahawa kehadiran kita ke sekolah ialah untuk menggilap potensi dan fakulti yang ada dalam

diri masing-masing secara optimum. Maksudnya, murid dan pelajar hendaklah berfikiran besar

bahawa pengorbanan kecil yang bakal dilakukan sepanjang minggu ini pastinya menyumbang 

terhadap kejayaan diri sendiri dan rakan-rakan. Pengorbanan kecil yang dimaksudkan ialah 

kerjasama bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.


Persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik ialah sikap menghormati ilmu dan proses

menuntut ilmu. Hormati guru, hormati kawan-kawan dan hormati diri sendiri supaya proses

pembelajaran di bilik darjah, dan juga di luar bilik darjah  (kegiatan koakademik dan

kokurikulum) berlangsung dengan aktif, menyeronokkan dan terkawal. Jagalah disiplin dan

sahsiah diri.


Satu lagi perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam proses belajar ialah somatik, iaitu

ruang pergerakan tubuh badan yang menyokong pembelajaran seperti susun atur kedudukan

dalam bilik darjah, kemasukan cahaya dan udara yang cukup. Selain itu, aspek somatik mesti

disokong oleh kebersihan dan keceriaan tempat belajar. Justeru, setiap orang murid dan

pelajar hendaklah sentiasa berpakat dalam memastikan bahawa tahap kebersihan dan

keceriaan bilik darjah masing-masing menggambarkan kepekaan yang tinggi terhadap amalan

kesihatan diri dan sekeliling.


Kesimpulannya, ketiga-tiga orang guru bertugas akan memberi fokus terhadap sumbangan 

murid dan pelajar  ke arah wujudnya persekitaran pembelajaran yang 

selesa dan terbaik. Pelajar juga diingatkan agar sentiasa meningkatkan amalan membaca walau bila-bila dan di mana-mana pun kerana membaca adalah jambatan ilmu. Saya bagi pihak guru bertugas minggu ini percaya kalian boleh

melakukannya. 


Sekian sahaja.

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat belajar dan terima kasih.