12 Dis 2010

TEKS LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN 

Terima kasih pengacara majlis

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, selamat sejahtera

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, guru kanan, rakan guru, pemimpin pelajar dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Selain tugas rutin, tiga orang guru bertugas pada minggu ke__ yang lalu, memberi fokus kepada sumbangan murid dan pelajar SMKAP terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik. Dalam ilmu pendidikan, persekitaran pembelajaran yang sedemikian sifatnya juga disebut sebagai iklim sekolah yang positif, atau budaya sekolah. Iklim sekolah dapat ditentukan menerusi sistem rasa, iaitu apa-apa yang kita rasai setiap detik menjejakkan kaki di sekolah.

Sistem rasa pula bergantung kepada penilaian pancaindera yang kita miliki, terutama sekali terhadap apa-apa yang kita lihat dan apa-apa yang kita dengar. Sebagai contoh, pelawat atau pengunjung luar sekolah datang, lalu mengatakan persekitaran pembelajaran di sekolah sangat kondusif. Keadaan itu dapat dirasakan.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada majoriti atau sebahagian besar warga sekolah yang telah menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik. Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang minggu lalu, proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah laku melencong juga didapati tidak lagi dominan dalam kalangan pelajar.

Marilah kita sokong segala kebaikan yang pelajar lakukan walaupun mungkin dalam skala yang kecil sahaja. Misalnya pada minggu lepas banyak program peningkatan kecemerlangan dan prestasi diadakan. Saya berasa kagum dengan kesabaran dan perhatian yang pelajar  sekolah iniI tunjukkan terhadap majlis yang membabitkan penceramah pakar yang dijemput khasTermasuk juga program jati diri Muslim pada hari Jumaat kelihatannya sangat berjaya.

Rasa kesegeraan (urgency) juga dapat dilihat dalam kalangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam. Sebahagian besar pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas saya lihat asyik memegang buku, pen dan kalkulator. Mereka sudah tiada masa melayan gosip yang berlegar di kawasan kantin atau facebook.
Kes salah laku seperti menghilangkan diri daripada kelas, atau ingkar arahan guru juga tidak dominan. Jika kita fokus kepada kelompok rujukan yang baik-baik ini (normative reference group), tidak semestinya tingkah laku skema, iaitu label yang positif sebenarnya, lambat-laun iklim sekolah yang menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik akan dipindahkan dalam bentuk pencapaian kecemerlangan di SMI.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang hebat-hebat belaka. Teruskan tradisi kecemerlangan sekolah. Buktikan kepada diri sendiri, orang lain dan dunia luar, sekolah sentiasa boleh diharap dan boleh dipercayai.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat _________,  Sibukkan diri dengan amal kebaikan dan kebajikan. Mudah-mudahan Allah memberkati kita, Insya-Allah.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat belajar...