27 Nov 2010

Program Membaca 12 jam tanpa henti





PROGRAM MEMBACA 12 JAM TANPA HENTI.

      Dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar beberapa usaha yang inovatif perlu dilakukan. Peredaran zaman yang menerima arus gelombang modenisasi yang cukup hebat ini memaksa kita melakukan usaha yang lebih menarik minat pelajar untuk membaca. Lantaran itu,Unit PSS SMK Agama Pedas yang diterajui oleh Pn. Rukiah Bt  Ibrahim telah merancang usaha ini sebagai langkah aktif dan drastik bagi memastikan pelajar membaca serta merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca.

                 Seramai 120 orang pelajar tingkatan 4 telah dipilih menyertai program ini. Sasarannya ialah seorang pelajar membaca 30 buah buku dalam tempoh 12 jam tersebut.Pelajar juga diminta merekodkan ulasan buku yang telah dibaca dalam buku NILAM. Sebelum memulakan bacaan..para perserta telah ditaklimat dan diberi panduan teknik membaca secara 'scanning' dan 'skimming' oleh Pn. Rosiah Bt Othman, Guru NILAM,SMKAP.

             Para peserta membaca serentak dalam kumpulan dan para peserta berehat bagi makan, solat dan pengurusan diri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Air kopi dan biskut disediakan kepada para peserta bagi menjaga kebajikan peserta semasa membaca.Seronok sungguh para peserta membaca secara santai di dewan an Nur , SMKA Pedas ini.Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat untuk menghabiskan 30 buah buku.
Sikap para peserta memang saya puji. Mereka membaca bersungguh-sungguh dan penuh minat. Kalau pada hari sebelumnya mereka asyik dengan permainan lain sambil mengisi waktu selepas peperiksaan, tetapi pada tanggal 11 November 2010 , bermula jam 8.00 pagi , dapat disaksikan satu fenomena yang menyejukkan mata, melihat anak-anak membaca. Bukan lakonan , bukan paksaan., mereka memang melakukan dengan rasa keinginan di hati. Kesannya, matlamat 30 buah buku telah melepasi sasaran jam 3.00 petang. 

                                  Sebagai seorang guru, dalam hati terus berkata, anak-anak di SMKAP ini, anak-anak yang cemerlang. Apa-apa sahaja yang diberikan mereka akan laksanakan dengan cemerlang.Dalam mendidik anak -anak yang cemerlang ini saya sebagai guru harus melakukan sesuatu yang lebih proaktif untuk anak-anak ini , agar anak-anak ini mendapat sesuatu yang lebih baik yang dapat membentuk diri mereka ke arah insan yang terus cemerlang. Di sekolahlah tempat mereka hendak mendapatkan segala-galanya. Apabila keluar dari alam persekolah nanti mereka akan berhadapan pula dengan situasi masyarakat yang berbeza dan mencabar.
                 Tahniah kepada pelajar tingkatan 4 yang telah mengikuti program ini dengan jayanya. Satu lagi yang amat membanggakan saya pelajar meminta agar program membaca ini diteruskan hingga tamat hari akhir persekolahan. Syukurlah, bagi saya program ini telah mencapai matlamat 120 %.Harapan saya mereka akan meneruskan tabiat ini semasa cuti sekolah dan sampai bila-bilapun. Hilang penat apabila usaha membuahkan hasil, benar bahawa hasil mendidik bukan diperoleh secara tunai   namun   jika kesannya jika kelihatan sehari dua sudah pasti  penat lelah terasa hilang dan semangat terus berkobar-kobar untuk terus mendidik mereka agar jadi yang terbaik selama-lamanya.            



Kumpulan Membaca ini memilih atas pentas tempat mereka membaca.


                                                   Bergambar kenangan setelah program tamat jam 10.00 malam.


                                           Peserta khemah membaca dibahagikan kepada 12 kumpulan.satu kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta. Para peserta mengikuti program ini secara santai, ada yang memilih duduk di kerusi dan bermeja, ada yang duduk di kerusi dan paling ramai lebih suka duduk di atas lantai yang dibentangkan tikar.
       Laluan Ilmu ' Membaca 10 minit di Perhimpunan'
                                




                                                                      Ulasan Buku di perhimpunan



Program Jejak Maklumat.antara ujian dalam aktiviti ini para peserta diminta mendeklmasikan sajak.