Copy paste fb Rohana Saad
AKU SENTIASA BERTUAH & BERUNTUNG
Wahai diriku, dengan melangkah ke tahun baru ni, berhentilah merisaukan perkara-perkara yang bukan kuasaku dan tidak mampu dikawal. Enjoy saja perjalanan hidup ini. Setiap pertambahan umur itu nikmat tapi jangan lupa selalu muhasabah diri. Banyak hal yang perlu aku perbaiki. Niat sebelum melangkah dan bersyukur walau sekecil-kecil nikmat. Redha saja apa yang ALLAH atur buatku.
Jadilah lebih baik, paling tidak untuk diriku sendiri. Perlakukan orang lain dengan baik kerana kebaikanku akan kembali kepadaku nanti. Lakukan banyak hal baik, maka kebahagianku akan bertambah lagi. Berdoalah untuk orang lain yang baik-baik agar ALLAH memberiku kebaikan dari segala sisi. Aku memang tidak tahu masa depan, bukan bermakna diriku tak ada masa depan bukan?. Esuk tahunnya sudah berganti, aku bakal selalu menangis sambil bersujud syukur.
Aku sambut kedatangan Januari 2023 dengan lapang dada dan bersangka baik. Dengan izin ALLAH aku sangat bersyukur dan bahagia. Alhamdulillah, terima kasih Yaa ALLAH atas berlimpahan rezeki, berlimpahan kasih sayang, berlimpahan rezeki makanan yang lazat dan berlimpahan rezeki harta. Paling sangat berterima kasih atas berlimpahan rezeki mudahnya ibadahku. Aku sentiasa bertuah dan beruntung. Alhamdulillah, terima kasih Yaa ALLAH sepanjang tahun baru 2023 ini kehidupan dan rezekiku sangat stabil malah bermanfaat untuk orang lain. Aamiin 🤲