Sinopsis
Bab 1
Darah
Pahlawan
Leftenan
Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak
lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang
bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal,
Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah
membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak
suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen‘siapa yang menentang
Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak
suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumidaripada Tanah Melayu.
Sinopsis
Bab 2
Kampung
Sungai Ramal
Adnan
bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam-kabut, api menulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus
penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang
terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi
perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang
Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat
Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Sinopsis
Bab 3
Harapan
Seorang Ayah
Ketiga-tiga
anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh
anak-anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya
dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama
adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu
menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap
kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain.
Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan
keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Sinopsis
Bab 4
Dusun
Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan
menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan
sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi
yang dermawan menyebabkan orang kampung menynanginya. Apabila tiba musim
buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak
Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau,
Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan
Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British
dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan
bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sjak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui
politik.
Sinopsis
Bab 5
Harapan
Seorang Ibu
Adnan dan
adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan
menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya
Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza
dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris
dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah
Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak
Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan
senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang standing dengan orang Inggeris. Pak
Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga
akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
Sinopsis
Bab 6
Guru Besar
Steward
Pak Saidi
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung
yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad
namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi
orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh
basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari
dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu
dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun
Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar
anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan
berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi
menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh
orang lain.
Sinopsis
Bab 7
Mereka
Tidak Mengerti
Penduduk
kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah
tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi
tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka
sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi
dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai
dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan
anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan
hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis
Bab 8
Seteguh
Karang
Karim
bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris.
Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia
yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak
Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan
bahawa kita harus belajar dari bangsa yang Berjaya supaya anak-anak kita dapat
ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi
dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang
perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungo oleh Tuk
Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan
dia menyekolahkan adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di
sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah
bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi
walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis
Bab 9
Anak-Anak
Kampung
Mamat
menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya
melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan
menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di
sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan
ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita
apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan
Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga
yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya
mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar
tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah
seorang lembaga yang datang pada malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan.
Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis
Bab 10
Masuk Jawi
Basikal Baharu
Adnan akan
berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim
berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai
dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan
basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar
apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu
kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang
sebuah basikal baharu.
Sinopsis
Bab 11
Yakin
Boleh
Pak Saidi
menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris.
Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya
yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.
Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang
dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut.
Mak Milah bangga dengan semnangat Adnan walaupun ditertawakan oleh
rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan
bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong
mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis
Bab 12
Jaguh
Kampung
Adnan dan
rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan pasukan
bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan
jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan
oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan
Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan
fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak
Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah
ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak
mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis
Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatihmengajar
di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru.
Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang
menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah
pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar
Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah
mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.
Sinopsis
Bab 14
Askar
Melayu Diraja
Tersebar
berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan
hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi
oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak
muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.
Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak
dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru
mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis
Bab 15
Buku
Bertemu Ruas
Adnan
bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan
menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port
Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang
anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Sinopsis
Bab 16
Perwira
Setelah
melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut
terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah
saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan,
semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah
diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah.
Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah
lama ditinggalkan.
Sinopsis
Bab 17
Kehidupan
Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah
menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang
sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di
London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi
seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin
dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis
Bab 18
Berhari
Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri
dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang
anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada
akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa
keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang,
dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar
Melayu.
Mereka
hidup bahagia.
Sinopsis
Bab 19
Perang
Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepunbersedia untuk
menjajah Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali
ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa
yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan
anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan
hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, adnan mula mengaturkan persiapan. Askar
Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di
Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan
sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
Sinopsis
Bab 20
Bukit
Candu
Leftenan
Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut
ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Merekapun berkemas ke Bukit Candu
kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang
tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah
kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan
Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah
penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung
berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan
pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan
perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah
air.
Sinopsis
Bab 21
Di Ambang
Perang
Sabtu
6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut
Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun
dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami
pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di
Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan
ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap
kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk
kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju
untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan
askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak
mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis
Bab 22
Hati-Hati
Yang Resah
Pagi itu
Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera
di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit
Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam
meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak
tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun
telah membuat persiapan untuk berpaerang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu
juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari
lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan
taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan.
Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia
kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia
takut kehilangan Adnan.
Sinopsis
Bab 23
Bermulanya
Sengketa
Penduduk
di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam
askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan
Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi
bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada
adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang
bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis
Bab 24
Perangkap
Tidak Mengena
Sejurus
selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan
oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula
membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas
bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG)
di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat
dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel
Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
"Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan
ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,
separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British
yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu
kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak
dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis
Bab 25
Gagalnya
Operasi Matador
Pada 8
Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jenera; Heath memaklumkan bahawa
tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera
Jepun di SOngkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh
sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di
Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit
berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan
askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Keretapa Api
Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jeragkap samar yang dipasang di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh.
Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera
Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera
British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal
pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera
British di Butterworth dan juga di Kuantan., Aloe Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis
Bab 26
Serangan
Bertali Arus
Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang
kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura
menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu
Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan
melakuka serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya
dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada
11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta
kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral
Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan
Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan
membuat serangan terhadap kawsan awam. Pada hari yang sama tentera
Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan
artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan
pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun tentera
ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur.
Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar
laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis
Bab 27
Perancangan
Dua Jeneral
31 Januari
1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di
mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya
menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan
kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert
Brooke-Popham dilucutkan ajwtaan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjunga Tanah Melayu jatuh
ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu
telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera
British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan
kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan
menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis
Bab 28
Pertempuran
Demi Pertempuran
3 Februari
1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di
bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan
supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut
Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di
Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit
Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung
sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal
terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran
dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejmen Askar
Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar
Melayu. Adnan dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah
yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya
dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada
musuh.
Sinopsis
Bab 29
Terus
Berjuang
Leftenan
Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu
menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan
dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak
harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa
Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya
dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati
ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun
menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah
taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang
hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat
dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu
diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan.
Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaka askar Melayu
mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis
Bab 30
Serangan
Balas
Askar
Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi
gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan
mengarahkan anngotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera
Jepun dari udara. Pertempura berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang
terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini
memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun
tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Buit Candu akan
diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang
ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu.
Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera
Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis
Bab 31
Biar Putih
Tulang
Mejar
Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas
tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di
Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah
bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan
mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal
Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh
menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal
dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak
mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah.
Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat
membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Sinopsis
Bab 32
Tumpah
Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk bom tangandan senjata
automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.
tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur
dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya
menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri.
Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah
berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang
yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh
Koperal Yaakob.
Sinopsis
Bab 33
Jatuhnya
Kota Singa
Dua hari
selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah,
Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan
Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu
memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada
yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan
tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu
merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu
menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Sinopsis
Bab 34
Darah
Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu
hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu
Sinopsis
Bab 35
Perjuangan
Belum Berakhir
Penduduk
Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun.
Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat
terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut.
Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi
dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.
Pada 15 Ogos
1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oelh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang
dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah
untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka
semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari
pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan
dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri
yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.
Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.