10 Nov 2013

SUKAR MEMBAWA TUAH


LATIHAN NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH [TINGKATAN 1 dan PMR]

1.       Berdasarkan novel tingkatan 1,huraikan contoh peristiwa berdasarkan setiap latar di bawah iaitu latar masa,tempat dan masyarakat.

Latar masa –
Contoh peristiwa;
______________________________________________________________________________________________________________
Latar tempat-
Contoh peristiwa;
_____________________________________________________________________________________________________________
Latar masyarakat-
Contoh peristiwa;
________________________________________________________________________________________________________________

2.       Persoalan ;
-keberanian dalam perjuangan
-kasih sayang dalam keluarga
-kegigihan dalam kehidupan

Berdasarkan novel tingkatan 1,huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap persoalan yang dinyatakan di atas.
Jawapan;
-keberanian dalam perjuangan,contoh peristiwa- __________________________________________________________________________________________________________
-kasih sayang dalam keluarga, contoh peristiwa-
_________________________________________________________________________________________________________
-kegigihan dalam kehidupan ,contoh peristiwa-
______________________________________________________________________________________________________________.


Nota rujukan,ada dibawah………..

Sinopsis Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa Tuah

Novel Sukar Membawa Tuah mengisahkan kehidupan Adit sebagai seorang anak Orang Asli yang mundur dari segi pelajaran. Kampung Bakai di kaki Bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli suku Jahut. Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini. Masyarakat Orang di sini masih berpegang kuat pada kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar. Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif, sekadar untuk berteduh siang dan malam.
                        Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya. Awal-awal pagi, Pak Katan telah bersedia untuk ke hutan bersama-sama anaknya, Adit. Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sebagai sarapan dan bekalan mereka ke hutan. Sebelum ke hutan, Adit pergi ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang untuk menangkap ikan.
                        Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untu bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakat Orang Asli. Adit juga menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan. Adit teringat akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronokan bersekolah dan timbul keinginan di hati Adit untuk turut bersekolah. Namun begitu, hasrat Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri semasa berada di rumah.
Perubahan Adit disedari oleh ibu bapanya. Akhirnya Pak Katan memahami hasrat anaknya untuk bersekolah lalu pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit. Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya Adit tidak dapat tinggal di asrama kerana tiada kekosongan. Adit berasa kecewa lalu pergi ke tebing sungai. Di situ, dia berjumpa dengan Tijah. Tijah berjaya memujuk Adit supaya bersabar.
                      Suatu malam, ketika hujan lebat, Pak Katan menjumpai seekor rusa dara yang cedera berteduh di bawah bangsal mereka. Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah Tong dan wang yang diperolehi digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan Adit dan keluarganya. Ah Tong turut menawarkan bantuan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari. Walaubagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal empat pagi dan pulang dengan menumpang lori balak. Adit rela demi menuntut ilmu.
Pak Katan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh. Adit terpaksa belajar bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun, Adit tidak berasa malu. Selama dua bulan Adit perlu bangun awal pagi dan pulang lewat petang kerana menumpang lori balak Pak Atan. Lama-kelamaan, kesihatan Adit semakin merosot akibat kepenatan kerana menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan pulang dari sekolah tetapi Adit tidak pernah bersunggut.
                         Pada suatu hari, Mak Tawi berasa berdebar-debar dan berasa seperti sesuatu yang buruk akan berlaku. Sehingga lewat senja, Adit masih tidak pulang ke rumah. Mak Tawi dan Pak Katan berasa sangat risau lalu meminta bantuan Tok Batin Ahboi dan orang kampung untuk mencari Adit. Setelah empat jam mencari, akhirnya mereka menjumpai Adit di dalam gaung dengan kecederaan parah pada kaki dan kepalanya manakala Ah Tong pula telah meninggal dunia.
                        Adit terlantar selama dua bulan di hospital dan akibat kemalangan itu, kakinya menjadi tempang. Namun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk belajar. Akhirnya, Adit diterima untuk tinggal di asrama dan berkongsi katil dengan Akeh. Adit telah memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Walaubagaimanapun, Adit menolak tawaran itu kerana memikirkan keadaan ibu dan bapanya. Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, hidup mereka akan lebih bermakna. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.
Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan.  Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah.  Dalah hal ini, Adit berpendapat  bahawa sekolah tempat  tidak penting,  bagi Adit asalkan  seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.
Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya  kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran.  Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak.  Sumber air mereka ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan  Adit pergi  ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.
WATAK UTAMA.
ADIT
-Anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi.
-berketurunan Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai yang terletak di kaki bukit lokan.
PERWATAKAN
Perwatakan Adit
 Huraian dan contoh
Ringan tulang
Pada waktu pagi,Adit menolong ayahnya,Pak Katan mencari hasil hutan seperti damar,gaharu,rotan, dan tumbuhan ubat-ubatan.Pada waktu petang pula,dia pergi ke sungai untuk menjenguk belat yang dipasang untuk mendapatan ikan.
Bercita-cita tinggi
Adit bercita-cita tinggi hendak mengubah nasib keluarganya dan masyarakat Orang Asli.Oleh itu,langkah pertama yang mesti dilakukan adalah dengan menuntut ilmu.
Berani
Adit budak yang berani kerana dia mendayung perahu di sungi seorang diri untuk belat yang dipasang

WATAK  SAMPINGAN.
PAK KATAN.
-Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi.
-Orang Asli berketurunan Jahut yang tinggal di Kg Bakai ,kawasan hutan BukitLokan.
PERWATAKAN.
Perwatakan Pak Katan
Huraian dan contoh
Berani
Pak Katan berani masuk ke dalam kawasan hutan bersama anaknya Adit untuk mencari dammar,gaharu dan rotan.
Prihatin
Pak Katan sangat prihatin terhadap Adit. Dia sanggup berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah walaupun sudah lewat.
Penyayang
Pak Katan sangat saying akan anaknya,Adit. Dia sanggup mencari Adit yang tidak pulang selepas waktu persekolahan. Dia juga sanggup menunggu Adit yang terlantar di hospital selama dua bulan.



LATAR
                        LATAR
HURAIAN DAN CONTOH


Latar Masyarakat
Masyarakat yang bekerja sebagai pembalak
Masyarakat yang terdiri daripada pekerja balak.Mereka kebanyakannya tinggal di rumah kongsi yang dibina di tepi hutan.
Masyarakat pelajar
Masyarakat pelajar yang terdiri daripada anak Orang Asli yang sedang belajar di sebuah sekolah di pekan.Antaranya ialah Akeh dan Adit.
Masyarakat Cina
Masyarakat Cina yang terdiri daripada Ah Tong yang bekerja sebagai penyelia balak dan tauke Cina yang membeli hasil hutan daripada Orang Asli.



Tempat
Kg Bakai
Kg Bakai terletak di kaki bukit Lokan.Rata-rata penduduknya ialah masyarakat orang asli berketurunan Jahut.
Rumah Orang Asli
Rumahnya terdiri daripada bangsal yang sempit dan daif.Tiangnya daripada kayu bulat,berlantaikan nibung belah, berdindingkan kulit bayas dan buluh, dan beratapkan rumbia.
Asrama Jururawat
Terletak di kawasan hospital.Pihak hospital membenarkan Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama ini untuk menjaga Adit yang terlantar di hospital.



Masa
Petang
Adit pergi ke sungai untuk mengangkat belat yang dipasangnya.Dia akan mengambil ikan di dalam belat dan memasukkannya ke dalam bakul. Semua ikan itu diserahkan kepada ibunya untuk dimasak.
Musim Kemarau
Pada musim ini laluan balak akan berdebu. Keadaan ini menyebabkan pakaian Adit menjadi kotor kerana dia menaiki lori balak untuk pulang ke rumah.
Lima pagi
Setiap hari pada pukul lima pagi, Ah Tong keluar ke pekan dengan jipnya untuk mengambil minyak dan membawa Adit ke sekolah.






NILAI DAN PENGAJARAN.


HURAIAN DAN CONTOH



NILAI
Kasih sayang
Kasih saying anak terhadap ibu bapa.Adit sangat menyayangi ibu bapanya.Dia sanggup menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.
Rasional
Adit berfikiran rasional kerana menganggap pelajaran sangat pentng.Orang Asli perlu mengalami perubahan dalam pendidikan.
Berani
Berani seorang bapa,Pak Katan berani ke hutan seorang diri walaupun sudah tua demi mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya.


PENGAJARAN
Kita hendaklah menghormati ibu bapa
Adit selalu menghormati kedua-dua ibu bapanya.
Kita hendaklah sentiasa tabah
Adit tabah menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidupnya demi mengejar cita- citanya untuk maju dalam pelajaran.
Kita hendaklah bersyukur
Kita hendaklah bersyukur apabila terselamat daripada malapetaka seperti kemalangan dan apabila Berjaya dalam pelajaran.