4 SUBTOPIK
: IMPROVISASI
MASA:
120 MINIT
OBJEKTIF:
i. Membuat
improvisasi secara spontan
ii. Mengembang
daya imaginasi dan kreativiti murid-murid
iii. Menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
LANGKAH
PELAKSANAAN:
i. Sediakan
alat atau situasi yang sesuai untuk improvisasi
ii. Peserta tampil ke hadapan kelas untuk
melakukan improvisasi
iii. Peserta
dalam kumpulan 10 orang melakukan improvisasi secara
bergilir-gilir.
iv. Perserta melakukan improvisasi secara
spontan
RUMUSAN
Peserta dapat melaksanakan aktiviti improvisasi mengikut perancangan.
BAHAN
KURSUS:
- Merupakan satu aksi
fizikal yang tidak memerlukan latihan.
Ia terjadi tanpa dirancang – tetapi selalunya melalui pengalaman atau
desakan yang kuat dari dalam diri atau imaginasi.
- Merupakan satu cara
menyampaikan mesej dengan menggunakan isyarat, pergerakan badan atau suara.
Jenis-jenis
improvisasi
i. Improvisasi yang berdasarkan situasi /
Suasana
- Suasana di pasar
- Suasana pilihanraya
- Pertemuan dua sahabat
- Satu kejadian di stesen bas
- Tinggal seorang diri, terdengar pintu diketuk
- Didatangi seorang pengemis
- Bertemu seorang gadis
yang hampir serupa dengan saudara yang sudah meninggal dunia.
- Menerima satu bungkusan misteri
- Melihat perlawanan bola sepak
- Menonton cerita seram.
Boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.
- Murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan
situasi yang digambarkan oleh guru.
Contohnya:
Anda sendirian di rumah. Hujan lebat mencurah-curah. Kilat sabung-menyabung.
Anda berasa amat takut. Bekalan elektrik terputus.
Anda teringat ajakan ibu bapa supaya menyertai mereka
pulang ke kampung. Timbul kekesalan di
hati anda.
Tiba-tiba anda terdengar ketukan di pintu. Anda pasti di luar itu bukan ibu bapa anda.
Apakah
tindakan anda? Lakonkan.
1. Improvisasi berdasarkan alat/benda.
Sama ada guru menyediakan alat atau alat yang dimiliki
murid.
Contoh 1: Sebilah pedang
Murid mungkin akan
membayangkan pahlawan gagah berani dan mungkin garang.
Contoh 2: Gayung / tali /tongkat /serampang / pisau
Pilih 8 orang murid.
Arahkan mereka duduk dalam bulatan. Berikan
alat yang telah dipilih dan minta mereka fikirkan kegunaan alat tersebut.
Lakonkan aksi yang
sesuai dengan idea yang hendak disampaikan.
2. Improvisasi berdasarkan watak.
Ibu
tua yang kesepian ditinggalkan anak kesayangan tanpa khabar berita. Setiap hari Si Ibu akan duduk di beranda
rumah memandang ke jalan raya menanti kepulangan anaknya. Dari kejauhan Si Ibu melihat seorang pemuda
yang mirip anaknya menuju ke rumahnya.
Lakonkan
aksi Si Ibu.
3. Improvisasi berdasarkan petunjuk.
Guru
memberikan beberapa patah perkataan sebagai rangsangan dan murid dikehendaki
menyambungnya menjadi ayat atau sebuah cerita.
Contoh:
Pilih beberapa orang murid ke
hadapan kelas. Guru memberikan sebaris
ayat dan murid-murid tersebut diminta menyambung ayat tersebut secara
bergilir-gilir sehingga murid-murid itu kehabisan idea.
·
Lelaki
itu berjalan seorang diri.
·
Dia
tersenyum malu.
·
Emak sudah menasihatkan kamu berkali-kali.
·
Dia
masih ingat lagi.
·
Aku
akan menolak pinangannya.
·
Puas
sudah dia mencari cincin pemberian kekasihnya.
·
Ahmad
berasa amat kecewa.
·
Kita perlu berikan bantuan dengan segera.
·
Aku merenung jauh keluar jendela.
4. Improvisasi berdasarkan kostum.
Pakaian,
topi selendang dan barang kemas akan dapat mencipta pelbagai jenis
perwatakan. Murid melalui pengalaman dan
imaginasi mereka akan dapat melakukan aksi spontan.
Contoh:
Guru
memberi seorang murid pakaian kebaya dan
selendang sementara seorang pelajar lain diberikan pula seluar jean dan kemeja
T. Aksi pelajar pasti berbeza.
TUGASAN KUMPULAN
Peserta
melakukan improvisasi bagi setiap jenis elemen yang telah dijelaskan dalam
bahan kursus.