SAJAK DI PERPUSTAKAAN
SET 1
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu Hanya setitik dari tinta
Satu pertukaran yang kontras Yang akan kupetik
Dari kehangatan merata Hanya sebiji dari mutiara
Kedinginan yang menerpa Engkau adalah pusaka moyang
Terlalu bening di sini Gedung peradaban insan
Gua pendeta bersemadi Tersimpan berzaman
Di puncak sepi
Di sana sini Bersemadi di sini
Kepala-kepala merunduk meneliti Aku adalah pelayar yang dahaga
Mata dan fikir bersebati Di dada samudera
Tak berpantai
Maju ke ruang buku Betapapun kuteguk darinya
Terlalu kerdil aku di sini Dahaga tak pernah langsai.
Terapung di lautan ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari Shafie Abu Bakar
Bahtera ilmu di sini Antologi Harga Remaja
Tak terteroka Dewan Bahasa dan Pustaka
Yang akan kucatat
i) Nyatakan maksud rangkai kata bahtera ilmu di sini . (2 markah)
ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan
para pelajar pergi ke perpustakaan? (3 markah)
iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak “Di Perpustakaan”.
(2 markah)
SET 2
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu Hanya setitik dari tinta
Satu pertukaran yang kontras Yang akan kupetik
Dari kehangatan merata Hanya sebiji dari mutiara
Kedinginan yang menerpa Engkau adalah pusaka moyang
Terlalu bening di sini Gedung peradaban insan
Gua pendeta bersemadi Tersimpan berzaman
Di puncak sepi
Di sana sini Bersemadi di sini
Kepala-kepala merunduk meneliti Aku adalah pelayar yang dahaga
Mata dan fikir bersebati Di dada samudera
Tak berpantai
Maju ke ruang buku Betapapun kuteguk darinya
Terlalu kerdil aku di sini Dahaga tak pernah langsai.
Terapung di lautan ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari Shafie Abu Bakar
Bahtera ilmu di sini Antologi Harga Remaja
Tak terteroka Dewan Bahasa dan Pustaka
Yang akan kucatat
i) Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai.
Berikan maksud baris sajak di atas. (2 markah)
ii) Nyatakan tiga kepentingan perpustakaan kepada para pelajar di sekolah. (3 markah)
iii) Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas. (4 markah)
SET 3
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu Hanya setitik dari tinta
Satu pertukaran yang kontras Yang akan kupetik
Dari kehangatan merata Hanya sebiji dari mutiara
Kedinginan yang menerpa Engkau adalah pusaka moyang
Terlalu bening di sini Gedung peradaban insan
Gua pendeta bersemadi Tersimpan berzaman
Di puncak sepi
Di sana sini Bersemadi di sini
Kepala-kepala merunduk meneliti Aku adalah pelayar yang dahaga
Mata dan fikir bersebati Di dada samudera
Tak berpantai
Maju ke ruang buku Betapapun kuteguk darinya
Terlalu kerdil aku di sini Dahaga tak pernah langsai.
Terapung di lautan ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari Shafie Abu Bakar
Bahtera ilmu di sini Antologi Harga Remaja
Tak terteroka Dewan Bahasa dan Pustaka
Yang akan kucatat
i) Apakah khazanah yang tersimpan di perpustakaan? (2 markah)
ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kurang berminat untuk
mengunjungi perpustakaan awam? (3 markah)
iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas. (3 markah)
JAWAPAN SET 1
i) - pusat/tempat terhimpunnya pengetahuan
Maksimum 2 markah
ii) - mengadakan aktiviti / pertandingan membaca /NILAM
- menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap dan selesa / kondusif
- melengkapkan perpustakaan dengan kemudahan mengakses maklumat
di internet
- menambahkan / melengkapkan pelbagai bahan bacaan / rujukan
- menjadualkan aktiviti ke perpustakaan secara terancang
Maksimum 3 markah
iii) - Kita mestilah gigih / rajin / tekun menuntut ilmu kerana ilmu penyuluh hidup
- Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan kerana ilmu terhimpun di situ
- Kita mestilah berminat mendalami pelbagai bidang ilmu
Maksimum 4 markah
JAWAPAN SET 2
i) - ilmu yang tidak akan habis dipelajari 2
ii) - tempat untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu persekolahan
- membuat rujukan (bahan bacaa / internet)
- meluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
- membuat peminjaman bahan bacaan
- mengisi masa lapang / rehat dengan aktiviti berfaedah
Maksimum 3 markah
iii) – Persoalan khazanah ilmu yang rwedapat di perpustakaan, iaitu terdapat
pelbagai bahan bacaan / buku dalam pelbagai bidang ilmu.
- Persoalan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, iaitu tekun dan gigih
dalam mencari / menimba ilmu
- Persoalan ilmu yang terlalu luas, iaitu tidak pernah habis untuk dipelajari
Maksimum 4 markah
JAWAPAN SET 3
i) - terhimpun peradaban manusia sejak dahulu
- terdapat pelbagai ilmu
ii) - pelajar lebih berminat mengunjungi perpustakaan di sekolah
- orang dewasa tiada masa / sibuk bekerja
- kurangnya kesedaran tentang kepentingan membaca dalam
kalangan masyarakat
- kemudahan yang tidak lengkap / suasana kurang kondusif
- prosedur / peraturan yang ditetapkan dianggap menyusahkan
Maksimum 3 markah
iii) - Nilai kegigihan menuntut ilmu
- Nilai kerajinan mengunjungi perpustakaan
- Nilai ketekunan menuntut ilmu
Maksimum 4 markah