16 Ogo 2013

PANDUAN BINA AYAT

TEKNIK MEMBINA AYAT

Terdapat dua teknik untuk membina ayat iaitu :

1. Teknik pengembangan.
2. Teknik transformasi.

Teknik Pengembangan :

Gunakan soalan apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila dan di mana untuk dikaitkan dengan perkataan yang diuji.

Contoh perkataan diuji : menembak.

1. Siapa - Polis menembak perompak
2. Mengapa - kerana cuba meragut beg tangan seorang wanita
3. Bagaimana - menggunakan sepucuk pistol
4. Bila - petang semalam
5. Di mana - Jalan Pingai.

Ayat lengkap:
Seorang detektif polis menembak seorang perompak yang cuba meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Pingai pada petang semalam dengan menggunakan sepucuk pistol.

Perkataan diuji : Memukul.

Ayat lengkap :
Abang memukul adik dengan menggunakan sebatang rotan kerana adik ponteng sekolah semalam.