BURUNG-BURUNG PAGI
(A.Wahab Ali)
Rangkap 1
Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak.
Rangkap 2
Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.
Rangkap 3
Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.
Rangkap 4
Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.
Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari rezeki.
2. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di kota tersebut.
3. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki di kota tersebut.
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah baris bebas.
Contohnya : Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 – 7 baris
4. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.
5. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.
1. Kata ganda
Apakah ada ulat-ulat lemah bagimu (Rangkap 3, baris 3)
2. Sinkope
Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)
3. Asonansi
Dan remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5)
Pengulangan vokal ’a’
4. Aliterasi
membuka mataku (Rangkap 1, baris 4)
Sajak ini bernada sinis
1. Nilai keprihatinan
Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.
2. Nilai kegigihan
Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
3. Nilai keyakinan
Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.
1. Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.
2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
3. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.
- Huraikan maksud rangkap ketiga sajak Burung-Burung Pagi.
- Kemukakan 3 pengajaran yang diperoleh dalam sajak Burung-Burung Pagi.
- Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah pengemis di negara kita?
Jawapan:
- Maksud rangkap ketiga itu ialah penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.
- Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah:
a) Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.
b) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki. Contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
c) Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri. Contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.
- Langkah-langkah untuk membantu golongan pengemis di negara kita ialah:
a) Menyediakan tempat perlindungan percuma untuk mereka.
b) Memberi kemudahan percuma seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
c) Membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini.